Tuesday, 7 February 2017

Aku dan Tahajjud

S.K. | 16:43 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .

Image may contain: 1 person, text

"Ana dulu senang sangat nak bangun untuk TAHAJJUD" Suara itu mula bercerita.

Masa zaman sekolah menengah dulu setakat nak bangun sejam atau setengah jam sebelum subuh, mudah sangat. Memang akan terjaga! Dari zaman PMR hingga zaman SPM, consistent.

Tapi.. Bila dah masuk universiti, everything change. Suuusah sangat nak bangun. Selalunya akan terjaga selepas Subuh.

Kadang bila terjaga lepas Subuh, memang kesal sangat. Rasa sedih sampai nak menangis pun ada.

Mungkin letih boleh menjadi alasan sebab rutin sebagai pelajar universiti tak sama dengan rutin pelajar sekolah menengah.

Tapi..sampai bila??

Sampai bila nak selesa dengan alasan letih tu ? Sampaikan bila dah jarang tahajjud, waktu ana cuti ( waktu yang relax, tak ada aktiviti, tak letih pun ) ana tak bangun tahajud. Sedih!

Sedangkan ramai sahabiah ana yang maintain je tahajjud. Ana jadi cemburu dengan diorang tahap macam isteri tinggal serumah dengan 3 madu. Eh.

You feel me, right?

Takkan seseorang itu rela nak tinggal tahajjud melainkan sebab dia tak tahu apa istimewanya seseorang yang bertahajjud ketika orang lain nyenyak tidur dihempap selimut setebal 2 inci. Perasaan itu! I want it back!

Akhirnya, ana cuba cari jalan untuk mujahadah. Ana nak diri ana yang dulu; Yang mampu bangun malam tanpa digerakkan sesiapa atau mudah sahaja bangun malam tanpa perlu pasang lima enam alarm untuk satu malam.

Selain berdoa bersungguh-sungguh, ana cuba tak tinggal TAHAJJUD SELEPAS TIDUR YANG PENDEK.

Macamana?

Ana biasakan diri untuk tidur sebentar selepas isya' dan minta kawan GONCANGKAN badan ana sampai ana jaga.

Lepas tu, ana akan terus ke toilet untuk berwudhu dan buat solat tahajjud. Extra kalau mampu, ana tambah solat taubat, solat hajat dan terus solat witir satu rakaat. Then, baru sambung study.

Ana buat macam ni supaya badan dah biasa buat tahajjud dan akan berusaha tak tinggal tahajjud.

Asalkan otak ana cakap, hari ni ana berjaya tahajjud.

Dah sebulan hingga dua bulan ana cuba cara ini, akhirnya badan kian raksi.

Perlahan-lahan ana cuba biasakan tidur sejam lebih awal dari masa biasa ana tidur ( contoh : biasa tidur jam 12.00, ana ubah jam 11.00pm ) dan ana set alarm jam sejam sebelum subuh dengan mindset nak bangun tahajjud .

Setiap hari selepas itu, nak bangun awal pagi bukan lagi masalah. Siap boleh bersahur kalau nak puasa isnin khamis. Perasaan tak nak tinggal tahajjud selalu menjadi penggerak thorbaik yang membangunkan ana setiap malam.

Berjaya!

After all, ana selalu percaya bahawa untuk setiap perkara yang KITA MAHU, takkan mustahil untuk kita genggam sekiranya orang lain juga pernah atau boleh melakukan.

Paling penting, jangan pernah hilang pergantungan kepada Allah . Minta la apa yang entum mahu .

Allah dah tahu sebenarnya apa yang entum perlu. Tapi Allah nak entum sendiri meluah dan meminta melalui doa dan solat dengan sabar kepada Allah. Supaya entum rasa darjat entum sebagai seorang hamba marhaen di dunia ini.

Have faith and be humble to your Lord! :)


Semoga bermanfaat =)

Credit to : Qasrus Syuhada

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥