Wednesday, 5 October 2016

Pemenang Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh

S.K. | 05:34 | 5Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Sya hampir terlupa kot nak umumkan pemenang Giveaway Diagnosis Apkalips Part 2 by stnrsyfh . . . Boleh klik SINI untuk lihat Senarai Peserta giveaway kali ini . . Alhamdulillah , ada 24 orang . . Walaupun ada segelintir yang tak ikut terma dan syarat , Sya halalkan . . Sebab niat nak bagi buku , bukan senang nak jumpa orang yang minat membaca zaman sekarang ni . . Nak tau siapa pemenang dia ? Klik gambar bawah ni . . 



Perhatian kepada Pemenang , sila emelkan butiran diri anda secepat mungkin ya ke stnrsyfh17@gmail.com .

1. NAMA

2. ALAMAT

3. LINK GIVEAWAY

4. NOMBOR TELEFON


Tahniah ! 

Sunday, 2 October 2016

Cinta 2 Negara Part 3

S.K. | 19:11 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Okay ! Sambungan Part 3 =)


Part 3 . . 
Sangat seronok rupanya perasaan ada ayah & mak mertua ye.. Hampir 2 tahun kahwin, tapi tak pernah kenal.. Cuma dengar suara sahaja.. Beautiful relationship. N baru tahu baba adalah antara orang penting dalam kabinet Bangladesh.. Only excellent person bekerja dalam bidang tersebut pakcik suami cakap...salah faham berlaku disini.. Ingatkan baba kerja di Arab Saudi.. Sebab tu baba fasih cakap bahasa inggeris.. Masa mula-2 datang, cium dahi baba, baba terharu sangat.. Ma juga.. Ma nak cakap banyak tp tak tahu bahasa inggeris, sampaikan ma cakap dengan baba suruh bagitau, dia rasa seronok dapat menantu macam dia minta pada Allah.. Walaupan ma tak bertudung lengkap, tapi rajin solat walaupun solat tambahan.. 


Baba cakap ma selalu doa nak "laboma" maksudnya menantu yang bersifat isteri, ibu n beragama..ma seorang yang sangat pembersih.. Bayangkan aku jenis penggeli, tapi tandas dapur, rumah sangat bersih walaupun biasa... Dia bangga anak dia banyak berubah lepas kahwin. Setiap malam, ma akan panaskan susu fresh dari lembu untuk aku minum sebelum tidur, kalau tak makan malam sebab tertidur, bila terjaga malam, ingatkan nak pergi tandas, mak mertua dengar je pintu tandas, walaupun 3 pagi, dia akan buatkan roti segera dan susu untuk mkan, risau perut kosong, 


setiap malam bila suami keluar jumpa kawan, baba n ma akan ajak duduk dalam bilik atas katil (memang budaya borak atas katil) n akan cerita macam-2 tentang suami, bagi tips keluarga bahagia.. Bila pagi ma akan sediakan roti n teh panas... Di sini, walaupun teh segera, tetap kena masak..n baba akan ajak berborak, terangkan had isteri kadang-2..ma tak bagi buat pape kerje... Kadang-2 malu sangat... 

Kadang-2 orang datang, ma akan usap-2 kepala aku n akan citer something dekat semua yang datang.. N dorang akan kata, ma seronok dapatt menantu macam aku.. N sayang sangat sebab menantu sangat menghormati orang tua... hahahha.. Bukan puji diri sendri... Baba pula kalau aku balik lewat mesti tunggu nak buka pintu.. Dengar je pintu buka, cepat-2 je panggil smua..n selalu cakap ini rumah awk..buat je apa awak nak.. Kita satu family.. Love u ma n baba.. Tq being a wonderful in law

Saturday, 1 October 2016

Cinta 2 Negara Part 2

S.K. | 12:09 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Okay , nak sambung Entry SEMALAM . Cinta 2 Negara Part 1


Part 2...

Hari ketiga, keluar dengan suami & sepupu serta adik perempuan suami... Di pertengahan jalan, tiba-2 suami suruh driver berhenti, & jerit, "sir sir".. Tengok-2 ada lelaki tua datang, n suami terus salam dari kerete, yelah kalau keluar, memang kena lenyek kot sebab sebelah pintu Trisha ataupun beca sibuk hanta pelajar sekolah... Faham cuma bila suami kata, Malaysian.. Maybe ckp istri Malaysia kot..


Memang nampak wajah tua tu gembira bila suami bercakap.. Bila kerete gerak, tanya suami siapa? Rupanya, suami kata, itu bekas private school dia.. Macam tuisyen.. Tapi suami kata, dia n sepupu tak pernah bayar, cuma pagi-2 sebelum pergi kelas, singgah rumah dia.. N selalunya dia tak gosok gigi lagi. Suami akan bagi manisan.. Setiap hari macam tu. Kalau orang lain, semuanya akan bayar duit..

Suami n sepupu panggil cikgu manisan hihihi.. N hari kedua melawat sekolah rendah suami.... Bergambar dengan semua cikgu-2 suami ditemani oleh sepupu n adik perempuan.. Kejutan buat suami pergi survey sekolah dia sebelum sampai nak ke rumah sepupu.. Semua cikgu tak abis-2 cakap bangga dengan suami sebab dari sekolah daif berjaya menjadi seseorang.. Sekolah sangat-2 daif.. Cuma 3 kelas. Sekelas maybe 50 plajar.. N bilik guru, sangat-2 simple.. N persekitaran sangat daif..kedai runcit cuma ada beberapa makanan ringan. Bersyukur menjadi rakyat Malaysia.. Pendidikan dan kemudahan yang sempurna.. Cuma kadang-2 kita tak menghargai apa yang kita ada dan sentiasa mencari kekurangan tanpa melihat kehidupan orang lain..

 


Thanks for reading =)

Cinta 2 Negara Part 1

S.K. | 01:57 | 3Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . . 


Saja nak share cerita cinta cikgu sekolah Sya . . Semoga bahagia hingga ke Jannah . . Amiin . . Ini kisah benar okay ? 

Part1...

Alhamdulillah semalam sampai tepat pukul 11.20 pagi waktu Bangladesh.. Sampai airport, sepupu suami ambil by car. Touching sangat sampai-2 sepupu dia terus bagi bunga besar..walaupun tak sehebat bunga di Malaysia, tapi semua bunga simbolik there's country... 


Satu kejutan, atas jalan bunyi hon tak pernah berhenti, drive memng semua gila-2 gempak kalah KL drift.. Hahaha...sherammm..sampai kat kampung dia, gilee ko adventure, kerete ala-2 velfire lalu dekat jalan yang betol-2 muat tayar,bawah gaung...gila gempak..sampai kat kampung pelik, kerete behenti jauh sikit dari pagar rumah, sekali terkejut hakak, dengar jeritan bhavii, dan mammi (makcik)...rupa-2 nya, anak-2 kecil berlari-lari bawa sebakul bunga lagi... 


Sepanjang Jalan abis kelopak bunga dibalingnya.. Sampai pintu pagar, Mak mertua datang peluk, lega kenal rupa mlalui gambar... So takdelah malu tak kenal mak mertua.. Masuk pintu, kejutan lagi, penuh kelopak bunga"welcome bhavi"...masuk rumah, layanan first class....diarah duduk di meja makan, disuap manisan... 


OK part ni seyes aku tak boleh blah, sebab memang tak suka sangat manisan.. Macam makan gula... Apa-2 pun memang terbaik. Tq to Asma Jahan n all family.. So happy here... I'm Bangladesh in law. So proud.. Tak sangka minat citer Tamil & kadang-2 feeling lebih, sekarang Allah izinkan untk rasa suasana & perasaan tersebut..

 


Thanks for reading =)