Thursday, 29 September 2016

7th DLC SPH MSU

S.K. | 22:31 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Lama dah tak update blog . Busy mungkin . Mungkin . Eh , takdelah busy mana sebenarnya . . Kelas dari pagi (Pukul 8 kau...) balik sebelum senja , yakni pukul 7 atau pukul 6 . . . . Stay seterongggg pelisss . . Nak citer sikit kisah semalam . Sikit je , janji , tak banyak =)


Baca caption dalam gambar je . . Okay ? Alhamdulillah . Rezeki . Congrats semua . . Semoga masuk Tahun Dua ni , semua GENEZEN dan SPH-ians akan lebih cemerlang , gemilang , terbilang dan dipermudahkan segala urusan . . Amiin . . 


Lepas abis ceremony tu , ada 'something' yang terjadi . . Tak tau lah Sya sorang yang perasan atau memang betul-2 terjadi . . Kalau betul-2 la kan , Sya minta maaf . . Tak terniat apa pun . . Back to normal ~ Ke Sya yang terlebih pikir , hmm , entahlah . . Apa-2 pun , harap-2 takde apa yang terjadilah kan ;) Small matter je ni , jangan nak besar-besarkan sangat . .  Apa-2 pun , tahniah semua .  . Strive for Success for 3 more years ! Jangan ada yang tertinggal kayy . .  


P/s : Saje update , rehat kejap . . 


Thanks for reading =)

Thursday, 22 September 2016

UBER FREE Rides

S.K. | 17:07 | 2Comments |
Bismillah . . .

Assalamualaikum !
Your FREE rides have arrived
 
Remember, there's still 2 more weeks to go to get 30 FREE rides, every Thursday to Sunday !Just apply the promo code WEEKENDCRUISIN to start riding.

Okay , Sya saja nak share , bagi sesiapa yang nak naik UBER dan FREE RM 5 , boleh apply promo code kat atas ni , tapi , hanya untuk hari Khamis sehingga Ahad sahaja . . Lagi 2 minggu je . . Sya tak guna pun UBER buat masa dua minggu ni , so , bagi sesiapa yang nak guna , dipersilakan guna =) 






Thanks for reading =)

Monday, 19 September 2016

Berat Memang La Berat

S.K. | 20:38 | 3Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Image result for tunas hlovate

Second Year ! Alhamdulillah , semua berjalan lancar , walaupun blur-2 juga masa kelas start . . Pharmacology of PNS (Peripheral Nervous System) . . Tak kena assign jadi Class Rep lagi setakat ni , mungkin sebab dah bagi amaran awal-2 (Dari habis Sem 2 dah cakap nak bersara) Kalau kena assign lagi , mungkin dah takdir . . 


Teringat tiba-2 masa dengar radio IKIM FM , cerita pasal Sit Khadijah r.a. , lupa pula ustaz apa yang bagi ceramah tu , tapi ustaz tu cakap , orang yang bernama 'Siti' ni , selaluya dialah yang dianggap sebagai ketua . . Bila tengok balik diri Sya , rasa macam betul pula ustaz tu cakap , sejak dari bangku sekolah lagi , Sya diberi kepercayaan untuk memimpin . . Bakat semula jadi ? Wallahualam . . Dan secara tiba-2 , Sya rasa kesian pula dekat class rep baru , Sabar ye kawan , in sha Allah , dipermudahkan . . Masa Sya baca buku TUNAS karya Hlovate , kan ada satu part Kucai cakap pada Didi , 

"Berat memang la berat. Tapi kalau semua orang tak nak buat , dah tu siapa nak buat ? Lagipun cuba fikir , katakan title ni dapat dekat kepala weng sikit , macam mana ? Dibuatnya dia tu jenis hu-ha je..."


This hits me hard ! Al-kisah , beberapa hari sebelum Sya baca balik buku TUNAS ni , someone Whatsapp me and tried to console me (as he said =P) with the same sentence like that . . Yeah ! Not exactly the same , but almost the same . . And I just said  "Tengoklah dulu , kalau hati terbuka" . . ~_~


Kadang-2 , Sya terfikir , Sya ni pentingkan diri ke ? Sya cuma rasakan , Sya kurang masa untuk diri sendiri , yes ! I love to help people , but somehow , I don't have a very peaceful time for myself , even when they Whatsapp me late at night , if I didn't reply them , I can't sleep , I feel sorry & pity for them , I might think , the things they asked was very important to them . . And , as I give this position to other people , I feel sorry for them , is it I'm too selfish ? Am I do a right things ? Hopefully  . . 


Coretan tanpa sedar ~


Thanks for reading =)

Friday, 16 September 2016

A Free Uber Ride (worth up to RM10)

S.K. | 07:22 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Pernah guna Uber tak ? Tau tak Uber tu apa ? Okay , Uber ni kira macam teksi yang kita sewa la . Selamat ke tak ? Setakat yang Sya guna ni , selamat lagi la . So , nak tak naik Uber tapi free ? Kalau nak , Sign Up Uber macam dekat bawah ni , :) Nanti dapat Free Ride up to RM10 , kalau tak guna link tu bila sign up , so , tak dapat la ye Free Ride ^_^

I’m giving you a free ride on the Uber app (up to RM10). To accept, use code 'jpxgx59xue' to sign up. Enjoy! Details: https://www.uber.com/invite/jpxgx59xue


Image result for uber

Wednesday, 14 September 2016

Apabila Sya Berbicara Tentang BPH MSU

S.K. | 22:44 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . .


Alhamdulillah , dah meningkat satu tahun ; Tahun Dua gaissss . . I'm your BPH MSU Senior dear Juniorssss . . =P Best ke jadi senior ? Entahlah , harap-2 Tahun Dua ni GENEZEN akan lebih cemerlang , gemilang dan terbilang , amiiin . . Gembira tengok kawan-2 semua dapat naik tahun sama-2 . . Muka yang nak kena hadap untuk 3 tahun yang mendatang . . . Memandangkan esok takde kelas (Dah sampai Shah Alam , baru semua kelas cancel) Hmmm , ada hikmah tu , in sha Allah . . Memandangkan esok cuti sampai Ahad , Sya nak sambung sikit pasal entry Motivator Jemputan Sekolah , ke Penceramah Jemputan Sekolah , mana-2 lah , lupa dah . . .


Disebabkan Sya sorang je yang belajar di IPTS , jadi , cikgu pun suruh Sya cerita pengalaman belajar di IPTS . . Makanya , ada lah comparison yang Sya buat , tapi malangnya , pada hari kejadian , Sya lupa nak ceritakan perbezaan paling ketara sepanjang Sya jadi student BPH MSU khususnya . . So , kali ni , Sya jet-2 sikit la nak promote suruh jadi student MSU terutama jadi budak-2 Farmasi . .=P Jom mulakan . .


1. Takde Kokurikulum khusus 


Nampak bestkan ? Memang best . Serious , tak tipu , takde langsung aktiviti Koko macam kat uni IPTA yang lain . . TAPI , MSU dia gantikan dengan sistem GeMS , Sistem ni kiranya macam mata merit kita la , join je mana-2 aktiviti , volunteer , community service , ceramah , apa-2 je la , join je , nanti akan dapat markah GeMS ni . . So , takdelah berat sangat untuk turun buat latihan itu ini untuk aktiviti unit beruniform . . Kalau yang rajin tu , boleh join kelab-2 yang ada kat MSU ni , macam-2 kelab ada . . Nak join lebih daripada satu pun boleh . . Serious talk ! Kokurikulum MSU berdasarkan Sistem GeMS ni sahaja . . Tak tipu . .


2. Assignment di Luar Kotak


Macam Sya sendiri , pengalaman Tahun Satu Pelajar Farmasi MSU , assignment Sya kebanyakan nampak macam Sya ni bukan budak Farmasi . Contoh macam Sem 1 , kena buat parody untuk chemistry , buat model HIV , role play . . Masuk Sem 2 pula , kena buat Variety Show berkonsepkan Organic Chemistry , Kena buat role play @ musical untuk Pharmacology , crossword puzzle untuk pathophysiology dan kena masuk Aerodance untuk TeamWork . . Haa , unik-2 kau dia punya assignment , serius cakap , sebelum Midsem , student Farmasi MSU sebenarnya bukanlah student Farmasi , kami boleh katakan yang kami ni pelajar Arts & Theater . . Menyanyi , Menari , Berlakon , yang selama ni Sya tak pernah terfikir pun nak buat depan orang ramai , nahhh , tiba-2 kena buat . . Mostly , assignment student Farmasi MSU berasaskan video dan haruslah kau kena pandai cari groupmate yang pandai edit video . . 


3. Lecturer Semua Gempak ! 


Aura-2 semua lecturer MSU kebanyakannya aura yang menaikkan semangat kita untuk belajar . . Sya dulu agak anti sikit la dengan Biology , tapi , cara pendekatan lecturer kat sini membuatkan Sya rasa macam , "Allahu , kenapalah masa Asasi dulu tak rasa Biology ni senang macam Degree" . . Sampai tahap tu Sya rasa . . Lecturer BPH MSU semuanya berpengetahuan luas , datang dari pelbagai negara yang berbeza , yang paling penting , sayangkan student . . Sya boleh borak dengan lecturer macam kawan-2 , yes ! Sya ada rasa hormat lagi pada mereka , tapi sifat keterbukaan mereka menyebabkan Sya selesa berborak , sifat keibu bapaan yang tinggi dalam diri mereka Sya respect gila ! Paling penting , takde sifat berat sebelah . . Semua sama rata . . Kemudian , cara penyampaian lecture yang berbeza setiap kali kelas . . Memang tak bosan la nak datang , walaupun kadang-2 rasa takut juga bila tiba-2 nama kena seru untuk jawab soalan apa-2 , bagi pendapat , perbetulkan kesalahan orang lain . . One word for them - Gempak ! 


4. Kelas yang kondusif


Disebabkan sekarang ni MSU tengah amalkan pembelajaran Alaf 21 , jadi , sepatutnya , kitorang kena berbincang dalam kelas , ada aktiviti , etc . . Disebabkan meja disusun sebiji macam Flip Classroom , jadi , dapat la feeling budak sekolah rendah balik , satu group ada 6 meja macam tu , senang la nak berkongsi makanan , nak borak-2 , eh  ! Bila take 5 okay , dannnnn , senanglah nak usha orang . Main-2 . . Kelas yang kondusif lagi sebab , aircond yang sejuk membeku gila  ! Dalam kelas tu takdelah padat dengan student sangat . . Sya selesa dengan classmates yang ada sekarang ni , macam-2 orang , lain-2 ragam . . Tapi , Sya tak suka kalau kena belajar dalam Lecture Hall , sejuknakmateiiiii , tahap Kutub Utara Kutub Selatan dah kalau duduk dalam tu . . Bila buat flip classroom , senang nak berbincang dengan kawan mana yang tak faham , tapi. . . . Bila lecturer tengah mengajar , pastu ada hamba Allah ganggu , tak senang juga , rasa nak backhand je . . 


Apa lagi ye nak cerita pasal BPH MSU ? ? Okay la , setakat ni sahaja persepsi Sya terhadap BPH MSU , Sya pasti akan rindu saat-2 duduk kat MSU satu hari nanti . .

Image result for flip classroom

Thank you for reading =)

Thursday, 8 September 2016

Hope UPSR 2016

S.K. | 18:41 | 2Comments |
Image result for hope

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Alhamdulillah , UPSR 2016 dah melabuhkan tirai . Yeay ! Sebenarnya , tahun ni adik bongsu Sya yang ambil UPSR 2016 ni . . Sebelum ni , kami 3 beradik , mak memang selalu ada masa exam sebab satu sekolah dengan mak . . Sekarang ni , bila mak dah pindah sekolah , adik Sya taknak pindah sekali , sebab malas nak sesuaikan diri dengan surrounding baru , lebih kurang macam tu la alasan dia , tinggal la adik Sya ni sorang-2 kat sekolah . .  Sebab Sya masih cuti semester , jadi , Sya lahhhh yang kena teman adik masa UPSR ni . . .  


Hmmm , Sya yang paling muda okayyy , lain-2 semua ibu bapa budak-2 ni la . . Tapi , sebab Sya dah biasa bergaul dengan makcik-2 pakcik-2 ni , jadi , takde lah kekok sangat masa tunggu adik tu . . Apa kaitan tajuk entry dengan UPSR 2016 ni ? Maka , bermulalah sebuah cerita . . 


Banyak hikmah sebenarnya bila Sya hantar adik ni . . Angka giliran adik Sya nombor 3 , kawan sebelah no 4 tu boleh dikatakan kawan baik dia juga la , lelaki . . Anak cikgu sekolah tu juga dan persamaan diorang lagi , adik Sya dan kawan dia ni dua-2 anak bongsu . . Mula-2 , Sya ingatkan kawan adik Sya ni sekelas dengan dia , rupa-2 nya tak . . Kelas lain . . Mak kawan adik Sya citer la , masa dapat keputusan TRIAL UPSR 2016 , ke exam pertengahan tahun , tiba-2 , adik kawan Sya cakap kat mak dia , 

"Adik nak masuk sekolah Kak De tahun depan" (Sekolah Kak De tu merupakan sekolah Sya juga sebenarnya , salah sebuah sekolah cemerlang dalam negeri Sya)

Mak kawan Sya pun reply la 'Kalau nak masuk sekolah Kak De , kena la belajar pandai-2 , kenalah dapat 5 atau 6 A , baru boleh masuk sekolah Kak De'

"Oh , adik tak boleh la macam tu masuk sekolah Kak De , adik tak pandai sampai dapat 5 atau 6 A, siapa lagi nak jaga adik"

Mengalir air mata mak dia dengar luahan si anak ni . Sya yang dengar ni pun tahan sebak juga , rasa nak menangis je . . 


Serious Sya cakap , masa UPSR dulu , Sya tak berapa ambil port sangat dengan kawan-2 lelaki kelas belakang . Sya jarang gila bercakap dengan budak lelaki kelas lain , bukan Sya pandang rendah dengan diorang . . Jauh sama sekali . Sya anggap semua orang pandai dalam dunia ni . Cuma Sya kurang pandai nak bergaul , diorang jenis yang nakal-2 suka menyakat tapi baik . . Sya masa dulu jenis yang introvert sikit , masa kat sekolah rendah , seriously , Sya akan bercakap pasal pelajaran je , sebab dalam otak Sya , Sya kena pertahankan Ranking Pertama batch , jadi kena jadi ulat buku 24 jam . Hmm , hidup Sya masa sekolah rendah bosan sikit la , tapi sebab dah biasa , Sya tak rasa apa-2 sangat la , 24 jam pegang buku . .


Tapi , bila dengar kawan adik Sya punya luahan ni , Sya rasa nak menangis . Sebabnya ? Masa Sya sekolah rendah dulu , Sya tak pernah tahu pun impian atau harapan kawan-2 kelas belakang , yang Sya tahu , diorang selalu akan cakap "Untunglah kau Sya , kau pandai , selalu nombor satu , nanti mesti masa sekolah tu" Sya rasa macam jahil sangat tak pernah tanya diorang sekolah mana diorang impikan . . 

Sambung balik . 

Bila budak ni cakap macam tu , Sya cakap dalam hati "Ya Allah , kurniakanlah kecemerlangan dalam UPSR 2016 buat mereka dan tempatkanlah mereka di sekolah yang mereka impikan" . . Sya baru faham perasaan ibu bapa yang anak-anaknya ditempatkan di kelas belakang , Sya terbayang diri Sya sendiri satu hari nanti , andai ditakdirkan mengalami situasi yang sama , macam mana reaksi Sya nanti . . Salah satu sebab lain Sya nak nangis sebab Sya tengok budak tu jenis yang baik , jenis yang berusaha keras tapi Allah lebih mengetahui segala-galanya . . Sya tahu perasaan bila tak dapat apa yang kita harapkan dan apa yang diimpikan . . 


Eh , terasa mengalir laju pula air mata ni bila taip . Kena berhenti ni . 


Thanks for reading =)

Wednesday, 7 September 2016

Ceiba Pentandra Merawat Demam

S.K. | 21:18 | 0Comments |
Image result for daun kekabu

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Ceiba pentandra . . Haa , pernah dengar tak ? Ni nama scientific untuk pokok kekabu . Pernah dengar tak pokok kekabu ? Daun pokok kekabu seperti dalam gambar . . Sya nak share pengalaman bersama daun kekabu . . 


Masa tahun 2000 , Sya first time dapat adik , kiranya bawah Sya la ni , jarak kitorang 4 tahun , masa ni umur Sya pun 4 tahun , Sya mula sekolah tadika masa umur 4 tahun ni la , sebabnya , jeles dengan kakak , kakak ramai kawan , Sya sorang-2 kat rumah , masa tu mak Sya kerja sesi petang , pagi teman Sya kat sekolah tadika , petang pergi kerja . Dalam pukul 11 macam tu dah balik . 


Kemudian , bila mak lahirkan je adik , Sya dah berdikari . Boleh dah kalau mak takde masa kat sekolah tu , masa ni la Sya berkenalan dengan Encik Ceiba Pentandra . Masa tu adik Sya demam panas gila , kemudian , ada lah sorang makcik ni cakap petua mak dia , kalau demam je WAJIB guna daun kekabu . . Esok pagi atau 2,3 jam lepas tu , in sha Allah , demam akan kebah . . 


Cara dia senang je , rendamkan daun kekabu dalam air sikit bagi keluar lendir-2 dari daun kekabu tu , kemudian , letakkan lendir tu atas kepala , sejukkkkk , sedap sangat guna daun kekabu . Sya masa sekolah rendah dulu , kalau mak rendamkan daun kekabu untuk adik , Sya akan join sekali letak atas kepala . . Rasa sedappp je untuk tidur . . Daun kekabu ni sesuai digunakan untuk semua peringkat umur kayyy . Selamat beramal . 


Thanks for reading =)

Tuesday, 6 September 2016

Oh Charlie Chaplin

S.K. | 19:00 | 1Comments |
Bismillah . .



Assalamualaikum . . 



Charlie Chaplin told the audience a wonderful joke and all the people started laughing.

Charlie repeated the same joke and only few people laughed..??

He again repeated the same joke but this time no one laughed..??

Then he said these beautiful lines - 
"When you cannot laugh on the same joke again and again...then why do you cry again and again on the same worry."

So enjoy your every moment of life..!!

Life is beautiful!

His 3 heart-touching statements:

(1) Nothing is permanent in this world, not even our troubles.

(2) I like walking in the rain, because nobody can see my tears.

(3) The most wasted day in life is the day in which we have not laughed.

Keep smiling and pass this message to everyone whom you would like to see smiling. 
I just did..😊

Image result for charlie chaplin

Motivator Jemputan Sekolah

S.K. | 18:54 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Tajuk , kemain kau jahhhh . .  Jet-2 Famous Amos gitu ~ Saja je , nak cerita pengalaman . Pengalaman tu penting . Supaya kehidupan masa akan datang lebih cemerlang , gemilang dannnnn terbilang . =P  Ceritanya , secara tak sengaja datang sekolah , al maklumlah , sekolah 3 minit dari rumah , muka ni lah yang kena teman kawan-2 bila diorang nak melawat sekolah . Fuhhh . . Ikutkan aje , tengah cuti kan . . Tetiba , bila masuk Bilik Kaunseling , cikgu pun cakap , haaa , Jumaat ni datang sekolah balik , ada sesi bersama adik-2 Tingkatan 5 . .  Cuak kau , tetiba kena . . Nak borak apa tak tau , nak kongsi apa tak tau . .


Pikir punya pikir , mula-2 , ingatkan nak main game dengan diorang sebab ingat buat dalam dewan , masa hari kejadian , rupa-rupanya , dewan dah siap susun kerusi meja semua untuk TRIAL SPM 2016 . . Duduklah kami dekat sebelah luar dewan tu . . Dengan tak prepare nak cakap apa , maka , sesi hentam menghentam bermulalah . . Sebab dalam otak nak main game kan , so , tak prepare sangat la ucapan , perkongsian bagai semua ni , Sya  cuma pikir , game yang Sya nak buat tu boleh naikkan semangat untuk diorang belajar , nak TRIAL kan . . Entry kali ni bertujuan berkongsi segala tips dan pengalaman daripada 4 orang Gadis Melayu Terakhir dalam mengharumkan nama sendiri , eh , nama ibu bapa , nama sekolah , nama daerah serta nama negeri . .


1. Jaga Solat

Berjayalah orang Mu'min itu . Iaitu mereka yang mendirikan solat . Allah janji , orang yang berjaya itu ialah mereka yang mendirikan solat dengan khusyuk . Yakin dengan janji-2 Allah , iya adik-2 sekalian , kalau nak berjaya , jaga solat tu , sebelum belajar , pastikan dah siap solat , kalau dah azan , dan awak tengah belajar , mohon sangat-2 untuk berhenti belajar dan dirikan solat tu dulu . Jangan la cakap , "kejap lagi lah , lama lagi sebelum habis waktu ni" Pelis ! Solat first okay . In sha Allah , dah solat tu , hati tenang , nak belajar pun senang . Gaya sangat motivator . Kemudian , tambahkanlah dengan solat-2 sunat , Taubat (sebelum tidur) , Tahajjud (Bangun 3/4 malam) , Hajat (Lepas Maghrib) dan Dhuha . . In sha Allah , segala-galanya dipermudahkan . .


2. Jaga hubungan


Hubungan macam mana tu ? Hubungan kat sini secara menyeluruh tau , hubungan dengan Allah , ibu bapa , guru-2 , keluarga , rakan-2 , haiwan dan tumbuhan dan segala yang ada di langit dan di bumi ni . . Nak berjaya kan ? Jagalah hubungan dengan semua orang , bagi Sya sendiri , walaupun makcik cleaner kat sekolah tu (citer masa zaman sekolah la ni) , Sya layan je , bagi salam dan bersalam . . Cuba fikir , kalau la takde makcik cleaner kat sekolah , sekolah dan kelas kita akan bersih ke ? Selesa ke kita nak belajar ? Masa borak-2 dengan makcik cleaner , selalu juga la Sya selitkan , "Makcik , doakan saya cemerlang tau , takutlah makcik" Sya tak pernah anggap makcik cleaner tu sebagai makcik cleaner , Sya anggap macam ibu sendiri , kadang-2 kalau ada makcik tu menjual , Sya support la juga membeli , kalau sedap , beli hari-2 , kalau kurenggg dengan cita rasa , belilah 2 minggu sekali . Hormat semua orang . Be humble  ! Jangan nak membongkak sangat ! Tak kemana bongkak awak tu .


3. Luangkan masa untuk ibu bapa


Point ni sebenarnya junior Sya yang bagi , Dalam kita sibuk duduk belajar tu , tak salah kita luangkan sikit masa untuk ibu bapa , borak-2 la , jangan asyik belajar je , bila mak ayah nak ajak berborak , kita cakap sibuk , banyak lagi tak study , banyak alasan lah yang kita bagi . Haa , kalau budak asrama tu , hari-2 , pelisss , call la mak ayah , tanya khabar ke , kalau malu nak call , call selang 2,3 hari , jangan senyap tanpa berita je . . In sha Allah , masa yang kita luangkan untuk spend dengan ibu bapa , nanti Allah gantikan balik masa tu , cara Allah ganti tu ada dalam banyak jenis , mana tau , kita boleh faham sesuatu ilmu tu dalam masa yang pendek je , tak pun kita tak belajar lagi , tapi kita dah nampak konsep ilmu tu . Haaa , macam tu lah lebih kurang , so , jangan rasa rugi nak luangkan masa dengan ibu bapa . Okay ?


4. Selalu mengajar rakan


Masa Sya zaman sekolah dulu , ada sorang senior ni , dia malasssss gila nak buat kerja sekolah sendiri , tapi , kerja sekolah kawan , dia tolong siapkan , bukan dia tulis la yang pasti , dia tengok soalan , dia fahamkan konsep dan cari konsep mana yang terlibat , bila kawan tanya soalan yang dia tak tahu tu , dia ajarkan , Yes ! Cara dia study , dia ajar kawan-2 dia , kalau jawapan dia kurang pasti , dia akan gigih buka buku balik dan cari jawapan yang tepat , kemudian , lagi sekali , dia akan ajar kawan . Selalu dengarkan motivator-2 cakap , bila kita ajar orang , kita akan lebih faham dan ingat , jangan kedekut ilmu ! Jangan rasa takde masa nak ajar kawan , macam , issh , bila aku ajar dia ni , nanti dia lagi pandai , nanti kurang la masa untuk aku study , jangan pernah ada perasaan macam tu , rugi sangat-2 , walaupun kadang-2 Sya buat juga (Peringatan untuk diri sendiri la ni) Bukan apa , kadang-2 rasa macam nak cari masa untuk diri sendiri , sebab tu kadang-2 Sya lambat reply sikit apa orang tanya , lagi-2 bila keadaan Sya berserabutttt gila . Sadisss hidup ni kadang-2 , sambung balik . Bila ada kawan-2 tanya dan minta tolong ajar , bersyukur pelisss , Allah bukakan satu pintu rahmat untuk kita lebih faham tentang ilmu tu  . .


Macam panjang sangat pula entry ni , Jari pun dah letih , sambung nanti pula ok ?


Thanks for reading =)


Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com

S.K. | 18:29 | 1Comments |
Fabulous Four Terbaru Dari Domino's Pizza Malaysia

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Semoga Sya dimurahkan rezeki untuk menang GA Fabulous Four . Amiin . Domino Pizza  ! Yummy ! 

Pemikiran Sama

S.K. | 09:29 | 2Comments |
Bismillah . .


Assalamuaalaikum . .


Ingat tak , dalam entry sebelum ni , Sya ada cakap pasal azam Tahun Dua . . Salah satu daripadanya adalah untuk lepaskan semua jawatan yang Sya ada . .
Sya ada la usulkan kepada beberapa orang yang terlibat , tiba-2 salah sorang daripada mereka tu hantar kat Sya ayat macam dalam gambar ni . .


Bila Sya fikir-2 balik , sebenarnya , memang sayang nak lepaskan jawatan-2 ni , bukan sebab gila pangkat , sebab niat Sya dari bangku sekolah dulu sampai sekarang , kalau orang dah bagi amanah , Sya akan pegang sebaik-baiknya dan jalankan tanggungjawab tu memang sebaik-baiknya la kan . . Jangan jadi pengecut , macam tu . . Bila dah bincang-2 dan doa , in sha Allah , Sya akan terus jalankan amanah yang diberi ni . . Sebab dari duku lagi Sya pegang prinsip , susah sekarang takpe , mungkin Allah bagi kemudahan masa akan datang . Amiin.  Harapnya . 


Jadi apa yang sama pemikirannya? Ok lah , masa dulu , Sya fikir , sebelum terima jawatan-2 ni , Sya fikir sama macam ayat dalam Whatsapp ni , kalau bukan kita , siapa lagi ? 

Saturday, 3 September 2016

Saya Nak Menang Set Skinfood Bernilai RM200

S.K. | 22:09 | 6Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .

Jom join sama-2 . . +Shikin Razali , +nur nabila  +Noor Akma



Saya nak menang Set Skinfood kerana Sya optimist Sya boleh menang set SkinFood ini . . Niat Sya nak menang Set Skinfood ini adalah untuk membantu adik Sya dan diri Sya sendiri yang mempunyai masalah kulit . . Diharapkan dengan menggunakan Set Skinfood ini selepas Sya memenanginya , kulit kami dua beradik sihat sedia kala dan kami tidak malu lagi untuk bergaul dengan orang lain . . Selain tu , Sya rasa Sya patut menang set Skinfood ini supaya penaja GA kali ni tak perlu pusing-2 dan pening-2 untuk cari pemenang . =D Sya nak sangat menang Set Skinfood ni , sebab Sya nak cuba keserasian dan kesesuaian produk ni pada kulit Sya , dan jika ada chemistry , peptide bond , hydrogen bond dan segala jenis ikatan kimia yang terhasil atas keserasian produk ni dapat meningkatkan semangat Sya untuk mencari wang poket untuk membeli set Skinfood ini pada masa akan datang . . Semoga Sya menang . Amiin ! Semoga Sya merupakan pemenang yang dicari . Amin . Semoga Sya dan rakan-2 yang lain dimurahkan rezeki . Amin !

Thanks for reading =)

Tak terlambat lagi untuk join GA Sya . Klik SINI okay ? 

Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal

S.K. | 21:54 | 4Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .

giveaway penghargaan rm100 anjuran kennymerligal

Giveaway penghargaan cash rm100 by kennymerligal | mencari 5 orang pemenang bertuah bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak rm20 untuk setiap seorang. Giveaway ini akan bermula pada 1 September 2016 dan berakhir pada 30 September 2016.

Cara untuk menyertai:

  1. Buat satu entry blog bertajuk "Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal".
  2. Copy dan paste banner diatas ke dalam blog post anda atau gunakan kod yang telah disediakan dalam ruangan textarea dibawah.
  3. Backlinkkan entry ke sini.
  4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen artikel giveaway sahaja. 

Syarat syarat :

  1. Blogger Malaysia.
  2. Follow blog kennymerligal 
  3. Follow instagram
  4. Follow twitter
  5. Like facebook page 
(* syarat yang kedua adalah wajib manakala yang selebihnya terpulang kepada  anda )

Hadiah :

  1. Wang tunai RM20 x 5 orang pemenang bertuah.
Pemenang akan dipilih secara rawak oleh admin dan keputusan akan diumumkan selepas tamat giveaway. Semoga penganjuran giveaway ini dapat merapatkan lagi tali persahabatan di kalangan rakan rakan blogger. 



Thanks for reading =)

Tak terlambat lagi untuk join GA Sya . Klik SINI okay ? 

August Anniversary Giveaway

S.K. | 21:48 | 4Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .




Thanks for reading =)

Tak terlambat lagi untuk join GA Sya . Klik SINI okay ? 

Giveaway Redmoon Clothpad

S.K. | 21:44 | 5Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .


Thanks for reading =)

Tak terlambat lagi untuk join GA Sya . Klik SINI okay ? 

Giveaway RM400 by AsyaAmin

S.K. | 21:19 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .

Giveaway RM400 by AsyaAmin.



Syarat penyertaan :

1. Blogger Malaysia
2. Follow blog ini. Wajib
3. Follow :


https://www.instagram.com/syaaddaa/   https://twitter.com/syaaddahttps://www.facebook.com/nsyaaa 


4. Bahagian sponsor :

Follow SEMUA. Highlited. (exceptional to those yang tiada Instagram dan twitter. But please do mention if you don't have Instagram and Twitter account)

https://www.instagram.com/_mrdiana/ (Follow)


https://www.instagram.com/shahhaizal/ (Follow)


https://www.facebook.com/kelakardotmy/  Like page Facebook (Wajib)

https://plus.google.com/+TheNewMindedakaUltraStation/posts (Optional)


nurnabla.blogspot.my (Wajib)

https://www.instagram.com/nur__nabila/ (Follow)

http://julinaalias24.blogspot.my/ (Wajib)

https://www.facebook.com/julina.alias (Follow)

https://www.instagram.com/cucigambar_murah/ (Follow)


5. Buat entry bertajuk "Giveaway RM400 by AsyaAmin!"
6. Letakkan banner pada entry (boleh copy paste html code dalam box di atas)
7. Banner hendaklah dibacklink ke sini
8. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.



Senarai Hadiah :

Top Referral :
1. Wang tunai RM 150 x 1 pemenang
2. Wang tunai RM 60 x 1 pemenang
3. Wang tunai RM 40 x 1 pemenang



Random:
1. Photobook 6X6 INCI/40 Page/100 keeping gambar x 1 pemenang
2.  -Blog review x 4 pemenang
-Bloglist selama 30 hari x 9 pemenang
3. -Topap RM 5 x 2 pemenang
-Blog Review x 3 pemenang
4. Topap RM 10x 9 pemenang


Penyertaan terbuka kepada semua blogger Malaysia.
Selamat Berjaya :)


Mula :
16 Ogos 2016
Tamat:
1 Oktober 2016


p/s: I state RM400 based on total overall.


Thanks for reading =)

Tak terlambat lagi untuk join GA Sya . Klik SINI okay ? 

Segmen: Bloglist Ayuinsyirah Tahun 2016

S.K. | 21:19 | 11Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .


Thanks for reading =)

Tak terlambat lagi untuk join GA Sya . Klik SINI okay ? 

KUTUK & MENANG HADIAH BERSAMA LEKATLEKIT.COM

S.K. | 21:12 | 3Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Kutukan Sya :

Header tu . . . Gambar tu scary sikit kalau bukan tengah-2 malam . hehe . . Harap-2 dapat tukar header yang lebih ceria =) 


Thanks for reading =)

Jom sama-2 join GA Sya . Klik SINI okay ?  

Perbezaan CV dan Resume

S.K. | 20:28 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 













Thanks for reading =) 

Permohonan Sekolah Kawalan / SMKA / SABK (SMA) / SMKA TMUA (TAHFIZ) 2017

S.K. | 20:22 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 

Kepada ibu bapa yang anaknya akan ambil UPSR 2016, anda boleh melayari web berikut untuk permohonan sekolah kawalan / SMKA / SABK (SMA) / SMKA TMUA (Tahfiz) secara online bagi sesi persekolahan tahun 2017. Pendaftaran sudah dibuka pada hari ini .  . Permohonan bermula 2.9.2016 . . Ibu bapa perlu menggunakan ID sendiri bukan ID anak untuk mendaftar. 


Layari




Hospital yang Menyediakan Perkhidmatan Ujian Mengesahkan Virus ZIKA

S.K. | 20:15 | 1Comments |
Bismillallah . . 


Assalamualaikum . . 


Harap membantu semua . . 



Thanks for reading =)