Tuesday, 30 August 2016

Apa Kau Gelak-gelak

S.K. | 11:07 | 4Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Cuti-2 cinta ni , eh , cuti-2 sem ni , lama dah tak bergaduh dengan orang . . Ayat penerima boleh mencetuskan pergaduhan . . Ini semua gara-2 tengah handle baju batch . . Knock knock , kenapa aku lagiiiiii . . . 


Cenggini , azam nak masuk Tahun Dua ni dah berubah sikit . . Mungkin banyak . . Masuk Tahun Dua nak lebih fokus . . Masuk Tahun Dua , nak let go semua jawatan yang ada . . Masuk Tahun Dua nak berdiam diri . . Berdiam lebih baik daripada berkata-2 , iye dok ? Masuk Tahun Dua nak jadi kanak-2 riang . . Be humble . . That't it . Ini yang kita mahu ! 


Semoga Sya dapat handle baju GENEZEN ini dengan cemerlang , gemilang dan terbilang . . Uhuks . Kepada Penerima , siap kau buka sem nanti . . 




Monday, 29 August 2016

Anabiha Birthday Giveaway

S.K. | 08:32 | 3Comments |
Bismillah  . .


Assalamualaikum . .




Jom ramai-2 meriahkan GA by Anabihah . Semoga Sya menang GA kali ni . Amiin . Harap-2 dapat menang Shawl . Eh . >_<


Saturday, 20 August 2016

Book Giveaway by Abam Kie and Friends

S.K. | 20:19 | 7Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Jom ramai-2 sertai Book Giveaway by Abam Kie and Friends . . Semoga Sya menang dalam Giveaway kali ini . . Amiin . =)


http://www.zukidin.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

Friday, 19 August 2016

ZALORA Tidak Mengecewakan

S.K. | 15:58 | 3Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


ZALORA tidak mengecewakan . . Title , kemaiin lagi . . Jet-2 duta ZALORA sikit . Hari tu , dalam minggu ni maksud Sya , rezeki , dapat voucher ZALORA RM100 . . Haa kau , perempuan , apa lagi , sopiiingggg la keje dia kan . Sebenarnya , ni first time Sya cuba try test berbelanja di ZALORA . . Alhamdulillah , Sangat laju dan pantas ye delivery dia . . 


Cerita dia , Khamis petang , dalam pukul 2.26 pm waktu Malaysia , Yaya terrrorder dua barang . Ter hokeyy =P ZALORA Handle Bucket Bag Beige & ZALORA Diamond Dial Round Face Link Strap Watch . . Sebab tak tahu nak beli apa kan , mula-2 ingatkan nak beli baju , bila fikir-2 balik , macam tak berbaloi je , sebab Sya boleh dapatkan baju tersebut dengan harga yang jauh lebih murah . . Akhirnya , tercetuslah idea membeli dua barang tersebut; Bag & Watch . . Perempuan sangat ! 


Kemudian , dalam pukul 8.52 pm pada hari yang sama , Sya dapat email lagi , bagitau barang yang Sya order dalam perjalanan dah . . Mak aihh , gila cepat !  Dan , pada pukul 3.00 pm hari ni , barang selamat mendarat di hadapan rumah Sya . Ya Allah , perasaan dia , tak tergambar la kan . . Bila Sya dengar je bunyi van GDEX tu , cepat-2 berlari pakai tudung . Haaa , punya eksaited kau . . Dan ! Alhamdulillah , Sya tak salah buat pilihan beli barang . Sangat cantik dan sangat memuaskan ! Tak sabar nak guna . . Almaklumlah , iolsss dalam perjalanan ke arah menjadi wanita melayu terakhir yang ayu , jelitawan . Ihiks . .


Pesanan Sya , kalau nak berbelanja , berbelanjalah dengan ZALORA , gerenti memuaskan . Ehem , Sekali sekala nak beli barang untuk bergaya kan , apa salahnya . . Macam Sya juga , memandangkan ini FREE , maka sampailah Sya ke ZALORA . . Kalau tak , jangan harap lah Sya nak berbelanja di ZALORA , beli online ni kan atau tak online , mana-2 je la , beli masa tengah SALE , okay ? Sekian tips berbelanja dari Sya . 


Thanks for reading =)

Thursday, 18 August 2016

Ice Watch for Women to Adore

S.K. | 09:57 | 3Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .

Okay , entry kali ni bertajuk Ice Watch for Women to Adore . Yess ! Pasal jam . Jam penting kot untuk semua orang , tak lengkap hidup tanpa 'Aku Seutas Jam' . Kejap , penjodoh bilangan untuk jam 'Utas' kan ? Maafkan saya jika tersalah , terlupa nakk oi . . Ada 3 jenis jam yang perlu korang tahu kalau nak berfesyen . Okay , Jom baca !

Ice watch is a well-known brand for its trendy watches and made a name for itself in the fashion industry. The Ice watches will never go out of style and is the perfect addition to complete your wardrobe. If you are someone who wants to own a watch which has that trendy creative twist to it, Ice watch for women collection will be the perfect choice. Designed with various patterns and styles, no women can ever resist the temptation of owning one. Take a look at some of the top favourite time pieces from the brand below.

The Classic White

For the ladies who love that clean look, the white Ice watch timepieces will definitely be great to match with any outfit you have on. The white watch will draw others attention to it as it definitely adds that focus. You can wear it with a nice dress, tee or even your formal wear and it will still look amazing. Some are even embellished with nice Swarovski crystals to add that glamourous hint to it.

Jujur , bagi Sya sendiri , Sya sukakan warna putih , dari top sampai bottom . . Bila orang pakai warna putih , fuhh , macam glamour gitu , nampak macam orang-2 berada . Nampak SMART . Ehem , nampak dah masa depan ciri-2 lelaki idaman , mesti pakaian berwarna putih eh =P . Orang cakap , kalau pakai apa-2 yang berwarna putih , dapat naikkan seri muka dia , walaupun kulit gelap , tu orang cakap la , okay ? So , kalau nak nampak elegant , glamour , vogue , gunalah classic white ice watch .


The Sophisticated Black

Individuals who want that versatile touch to their wardrobe, the black design Ice watch collection will absolutely give you that sophisticated appearance. Match it with anything and you do not have to worry it will look out of place.

Black is Classy . Black is Stylish . Black looks Cool . Always wear Black . Warna hitam nampak simple . Mudah je nak padankan kalau pakai baju warna apa-2 pun . Bagi Sya , bila pakai jam warna hitam ni , kita nampak modest and at the same time nampak arrogant sikit . Tapi jangan risau , hitam hanya pada fizikal pakaian dan aksesori , kehidupan orang tu sentiasa berwarna-warni . Hmm , apakah yang Sya cuba sampaikan ? Pakailah warna hitam kalau tak tahu nak padankan dengan warna baju anda .


The Funky Vibe

Ice watch also provides trendy colourful designs of watches which add that funky vibe to your entire wardrobe. Pull a stylish outfit together with the colourful Ice watch pieces and this will definitely bring out your inner youth. Choose your favourite pick from the collection and show it off with confidence.

Colourful . Jujurnya , bagi Sya , zaman sekarang ni , orang tak kisah sangat dah dengan warna jam , striking ke dull ke , asalkan ada jam yang mampu berfungsi dengan baik , itu cukup melegakan . Kadang-2 , untuk serlahkan kecomelan diri kita , haruslah memakai jam yang berwarna-warni dan dalam masa yang sama , orang akan tahu warna kegemaran kita , so , bila nak belikan hadiah , tau dah la warna apa yang kita minat .

Amacam ? Best kan artikel ni ? Bila nak beli jam , boleh gunakan tips-2 dekat atas ni , dengan adanya jam , hidup kita akan lebih confidence ! Nak beli jam , belilah di SINI !


Thank you for reading =) 

Wednesday, 17 August 2016

Talian Kecemasan

S.K. | 21:24 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .


Thanks for reading =)

Tuesday, 16 August 2016

Hatiku Qalqalah Kubro

S.K. | 23:39 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .

Sya terjumpa kat FB . . Hmm , speechless , masa belajar tajwid dulu , tak terfikir pula nak buat macam ni . 😂 Sangat kreatif dik , hakak salute sama lu 😅


Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler

S.K. | 18:36 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Jom ramai-2 sertai GA by Aku Seorang Traveller . . Semoga Sya dimurahkan rezeki untuk memenangi GA kali ini . Amiin . . 


RIO 2016 ; Ayuh Malaysia

S.K. | 18:14 | 3Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Okay , saja nak share , kot-2 ada yang belum tahu kan , malam ni , nantikan persembahan atlet-2 negara kita dalam acara Badminton dan Berbasikal - Keirin . Tunjukkan sokongan anda  !  ! ! ! *Macam promoter pula kan* 

Monday, 15 August 2016

Cinta Dua Dunia

S.K. | 22:55 | 1Comments |
video

Bismillah..


Assalamualaikum..


Sekarang ni , quarter final men's double. Korea vs Malaysia . Harap-2 Malaysia dapat masuk Semi-Final , amiin.. Walaupun suka tengok Lee Yong Dae main , tapi , cintakan negara tu masih menebal kayy . 😜 Good luck TeamMalaysia. MalaysiaBoleh 💞

Sunday, 14 August 2016

Pokemon Antibiotics

S.K. | 17:19 | 2Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .



Thank you for reading =)

Cara Enjoy Membaca Surah Al-Kahfi

S.K. | 17:06 | 2Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Dipetik daripada FB PU Rahmat

Bahagikan Surah Al Kahfi kepada 4 Cerita Utama

1. Cerita Ashabul Kahfi (Ayat 1-31)

Selepas subuh atau selepas punch card boleh mula kisah pertama 

2. Kisah Pemilik Dua Kebun (Ayat 32-59)

Sebelum solat jumaat ,sambil sambil makan cendol luar masjid boleh mula baca cerita kedua 

3. Kisah Pengembaraan Nabi Musa (Ayat 60-82)

Selesai solat jumaat masuk office sebelum masuk waktu asar boleh sambung cerita no 3

4. Kisah Pengembaraan Zulqarnaian (Ayat 83-110)

Sebelum azan maghrib berikan sedikit masa untuk kisah ke 4

Thank you for reading =)

Ini Semua Gara-gara Sukan Olimpik

S.K. | 13:07 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


 Ini semua gara-2 Sukan Olimpik . Siapa tak kenal Joseph Isaac Schooling ? *Mohon google sekarang* Tengah trending kot dia sekarang ni . Pemenang Emas Pertama bagi Singapore dalam acara Renang 100m kuak kupu-2 (Eh , yeke ?) 


Tetiba terrrrrminat Joseph ni . Dalam video 'Jaseph Schooling's pillar of supports , soalan dia berbunyi "What's one piece of advice your parents have given you that you remember?"


'My dad always says, "You gotta enjoy the journey . Sometimes you train so hard , and the end result might not be what you want it to be. But , you know if you train hard , do what you think you need to , no one can take that away from you.


Nak tengok video tu ? Klik SINI



Thanks for reading =) 

Saturday, 13 August 2016

Cara Terbaik Memohon Praktikal Menggunakan E-mel

S.K. | 17:34 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Terjumpa kat FB , sebagai rujukan untuk masa akan datang , semoga bermanfaat juga untuk mereka yang lain . 


Ciri-ciri permohonan yang bagus:


1. Menggunakan emel yang sesuai. Contoh: menggunakan nama penuh untuk alamat emel


2. Menghantar hanya kepada satu syarikat yang dikehendaki.

3. Menyebut nama orang / pegawai yang berkenaan. Sekiranya tidak tahu, hanya tuliskan tuan/puan.

4. Memperkenalkan diri dan memaklumkan kursus yang diambil.

5. Menyatakan tempoh praktikal dan tarikh.

6. Memaklumkan pemohon boleh dihubungi dengan beberapa cara.


7. Lampirkan resume dalam format pdf (nama fail tu senonoh sikit) dan surat dari universiti. Kalau pelajar design, perlu lampirkan juga portfolio dalam bentuk jpg atau fail zip.

Susun Atur Salasilah Nasab Atas dan Nasab Bawah

S.K. | 17:08 | 4Comments |


Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Haa , mari-2 semua , tengok susun atur salasilah ni . Hmm . Speechless .


Friday, 12 August 2016

Dropshippers

S.K. | 23:31 | 2Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Pernah dengar perkataan dropship tak ? Dropshipper ? Okay , dropshipper ni sebenarnya kita menjadi orang tengah antara pembeli dan dealer sesuatu barang tu , dan adalah sedikit komisyen yang akan diperoleh .

TIPS MENJADI DROPSHIPPER

  1. Perlu sentiasa ada data internet . Elemen paling penting ni . 
  2. Perlu ada akaun bank (Tak kisah la mana-2 bank , yang mudahkan urusan anda)
  3. Facebook atau instagram.
  4. Semangat dan yakin Rezeki tu datang dari Allah.

Sebenarnya . . .  Sya baru berjinak-jinak menceburkan diri dalam bidang dropshipper ni dan masih mencari lagi mana-2 produk atau syarikat atau yang seangkatan dengannya yang memerlukan dropshipper . 


For the first time , Sya menceburkan diri dalam bidang ni , diharapkan , dipermudahkan segala-galanya . Nak tau Sya jual apa ? Boleh KLIK SINI . Sya jual murah-2 je , harga kawan-2 . Ayuh semua ! Support SYA . Yeay . 

Wifi Connected BUT No Internet, Secured

S.K. | 10:07 | 7Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Beberapa hari lepas , Sya mengalami masalah sambungan internet . Untuk device lain , semuanya , elok molek je lepas , untuk laptop Sya , asyik Connected but No Internet , Secured . Satu hari okay lagi , masuk hari kedua , tangan dan gatal-2 dan geram-2 dah ni . Sya pun godek-2 la laptop ni , buat la apa yang Sya tahu . Tak lepas juga , cuak dah ni , jangan lah laptop buat hal . Terpaksa la guna bantuan Encik Google . Banyak juga la tips dan tutorial yang diberikan , malangnya , semua tak lepas . Geram juga rasanya . Last-2 , restart laptop , haa , baru menjadi .  Okay , antara solution yang Sya gunakan adalah:

1. Internet Protocol (TCP / IP)

  1. Tekan WIRELESS CONNECTION ICON dekat bawah kiri tu atau pun search NETWORK CONNECTION
  2. Left Click dan tekan PROPERTIES
  3. Scroll bawah sikit , cari INTERNET PROTOCOL VERSION 4 (TCP / IP v4) atau yang seangkatan dengannya , HIGHLIGHTKAN dan pastikan kotak OBTAIN IP ADDRESS AUTOMATICALLY bertanda .
  4. Sebelum tu , kalau ada nombor pada kotak lain ,  salin dulu la kat mana-2 , in case tak menjadi cara ni , setup balik macam yang awal-2 tadi .
  5. Buka Google , search la apa-2 pun , tengok menjadi ke tak , kalau tak menjadi , boleh RESTART laptop tu dulu . Bila da restart dan masih tak menjadi , boleh cuba cara kedua . 

2. Command Prompt

  1. Dalam kotak search , taip Command Prompt
  2. Kemudian , bila dah buka , tekan enter sekali , copy paste kod bawah ni:
    ipconfig/flushdns
    nbtstat -R
    nbtstat -RR
    netsh int ip reset c:\resetlog.txt
    netsh winsock reset
  3. Pastu , RESTART laptop .

P/s : Ada lagi satu , tapi tak ingat macam mana , kalau Sya ingat , Sya akan update . Hmm , rasa janggal pula guna Sya , Tapi , Sya ada maksud . So , bila orang panggil , kata-2 tu kan doa .

Thank you for reading :)

Thursday, 11 August 2016

The Best One Will Come at the Best Time

S.K. | 23:44 | 0Comments |
Bismillah . . 



Assalamualaikum . .



Just wanna share , what I've read today . Yes ! I'm totally agree with this confession . 


Recently i came across quite a number of sad love(?) stories. Mostly about people's boyfriend or girlfriend end up getting engaged, or marrying someone else. One of the stories is now viral (no I don't know the girl), and others are just stories of people who are related to me; friends and acquaintances.

I have quite (read:very) strict parents. Especially towards me and my sister (they were quite lenient with my brother), when it comes to getting in a relationship. To be in a relationship during school is a strict no for us. Not even crush, or special friends. In fact back in the school years, if we were to have celebrity crush, like, "handsome nya brad pitt!" mom would scold us, "kecik-kecik dah gatal" she said.

I'm not sure with my sister, but as I myself entered college years, mom started to become more flexible. She started asking if i have anyone special, or if anyone has 'approached' me. Okay long story short, i came across several guys, some of which i got quite close to, (disclaimer: my parents are aware of who I befriend with, or who i am close with, especially guys) but as of now, none of them works.

Mom doesn't allow her daughters to go out on dates with a guy (let's not talk about whether or not her daughter obey the rules) but i used to question her principle. I mean, this is the 21st century. Society don't mind anymore if anak dara goes out with a guy who's not their husband and what not.

But at this point in life, at the age of 21+, i truly understand why she set up those rules.

Mainly: never go out with a guy until you're halal, hence no relationship, hence if the guy wants you then he should just go for you: meet your family, tell them he's in it for the long run, hence if you have a crush it better be for real, not an experiment, and in conclusion, never get attached to someone that you're not sure to end up with.

No matter how long the relationship is, how deeply we know our partner, if it's not meant to be, it won't be. Not trying to be secular here, but despite the islamic reasons of why coupling is haram, if we look at it psychologically and even physically, it's bad for us. We say it's experience, but it's more of a waste of time, waste of money, and waste of our precious hearts.

With all these sad endings to my fellow friends' love stories (which i am sure has hikmah from Allah SWT), I understand how short life is, how precious our heart and soul are, and how it's not meant to be used as experiments.

Which is why i would always, and always repeat this prayer, (and may it benefits you too):

"Ya Allah, do not get me and my heart attached to what's not destined to be mine" ameen ya rabb.

Retrieved from : IIUM Confession , Why I (finally) agree with no relationship before marriage 


As for Yaya , I totally agree what this girl said . Honestly , my principle is just the same , my heart isn't for an experiment to gain experiences . Alhamdulillah , till now , I still don't have any boyfriend . I want to keep my heart only for the 'halal' one . I do hope I can keep it safely , because , I do trust that the best one always come at the best time & Malays always said , 'Yang baik selalunya datang lambat' =P Let's enjoy this single days . If you really want me , you should approach my parents at the first step , not approach me . Because , once you decide to marry a girl , you're not only marrying her , but , marrying her family as well . 

Thank you for reading =)

Pelawak Lagenda Kembali ke Rahmatullah

S.K. | 23:25 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Marilah kita sama-2 sedekahkan al-Fatihah buat pelawak lagenda tanah air kita yang lebih dikenali sebagai Pak Piee , pelakon Mami Jarum dan seangkatan dengannya . Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman . Amiin .

Penginapan Berhampiran MSU

S.K. | 13:19 | 11Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . . 


MSU unggul namamu , menjadi universiti pilihan . . . . Lalalala ~ *Okay , Yaya tak ingat lirik sebenarnya . Menyanyi lagu MSU jarang sekali , ingat melodi je . Maafkan saya Tan Sri , Puan Sri Presiden . 


Okay la , Yaya banyak juga la terima e-mel daripada awak dan rakan-2 awak semua bertanyakan mengenai MSU dan tempat penginapan . Mula-2 , Yaya rasa nak reply personal je setiap e-mel tu , dan tiba-2 rasa macam nak buat entry pula . Tahniah kepada semua yang bakal menjadi warga MSU a.k.a MSUrians . Enjoy your study here . Dan , 'Hai ! Saya Senior Farmasi awak' Ihiks . *Okay , menggedik* Jom kita explore .

1. Prima U1 Condominium


Tempat penginapan Yaya sekarang ni . Terletak berhampiran dengan Glenmarie dan Federal Highway . Berbanding tempat penginapan yang lain , Prima U1 ni antara yang jauh juga la , tapi alhamdulillah , kalau nak berjalan tu boleh la dalam 5-15 minit . Depends pada kelajuan kaki anda dan kesesakan lalu lintas . Apa yang Yaya boleh cakap , duduk dekat Prima U1 ni memang selesa . Sebab , ruang tamu dan bilik yang besar . Ada 3 bilik , dalam master bedroom ada toilet , ada dapur dan dekat dapur ada toilet juga . Ada koridor , boleh la buat untuk sidai baju . Ramai je student MSU yang tinggal kat Prima , so , jangan risau la kalau nak lintas jalan tu , mesti akan jumpa orang yang nak lintas sama.



2. Brunsfield Riverview Apartment

Ni antara tempat penginapan yang famous juga la untuk student MSU . Terletak betul-2 di belakang MSU . Kalau berjalan kaki , dalam 5 minit boleh sampai dah . Ada ruang tamu , 2 bilik , bilik air dan dapur . Yang ni apartment okay . 



3. Persanda Apartment

Honestly , Yaya tak pernah masuk lagi Persanda ni . Kedudukan dia di sebelah hospital MSU yang sedang dibina . Kalau tak silap Yaya , Persanda ni ada 2 bilik , ruang tamu , dapur dan bilik air . Kalau tak silap la . 



4. Menara U1 

Lebih dikanali sebagai Menara U . Ramai juga student MSU yang menginap kat sini . Ada 1 bilik air , 2 bilik , ruang tamu dan koridor . Menara U takde dapur , just ada pantri kecik je . Ala-2 studio suite kat hotel camtu . Menara U duduk kat sebelah Persanda .



5. Menara U2

Menara U2 pula , sekali lagi , sejujurnya , Yaya tak pernah masuk lagi . Eh , pernah , pergi court badminton dia je . Masuk rumah tak pernah lagi . Kedudukan Menara U2 mestilah sebelah Menara U1 .


6. Arte Subang West

Haa , yang ni baru lagi buka tahun ni . Kedudukan Arte ni , belakang Menara U1 . Kalau dilihat , agak mewah dan exclusive . Mungkin sebab baru lagi kot . Description untuk Arte ni , Yaya tak berani cank cakap . Yaya tak ingat . Sebab Yaya tak pernah masuk lagi Arte ni , cuma pernah baca flyers je la .


7. Perdana Apartment

Perdana ni antara yang jauh daripada MSU . Sebenarnya , tak jauh mana pun . Kedudukan Perdana ni adalah berhampiran dengan Giant Seksyen 13 Shah Alam . Isi dalam rumah ni , Yaya kurang pasti , sama juga , Yaya tak pernah masuk lagi kat dalam Perdana ni .


8. Indah Alam Apartment

Yang ni palinggggg jauh , nak jalan kaki tu , erm' pikir banyak kali sikit la eh . Tapi , antara yang selesa juga , sama macam Prima U1 . Mostly , student yang tinggal kat Indah Alam ialah mereka yang dapat sponsorship , scholarship , etc . Indah Alam ni , erm ' ada 3 bilik kalau tak silap , ruang tamu , bilik air dan dapur . Besar juga la ruang dalam rumah ni . 


Kalau minta pendapat Yaya , Yaya sarankan tinggal kat Menara U2 atau Prima U1 . Sebab apa ? Sebab Yaya rasa dua-2 ni memberi keselesaan . Yang lain-2 pun okay juga . Cuma , macam Yaya , dah biasa duduk dalam bilik sendiri-2 dengan ruang yang besar , so , Yaya prefer Prima U1 . In sha Allah , Yaya akan kekal duduk kat Prima U1 ni sampai habis degree . Malas lah nak pindah-2 melainkan kalau keadaan memaksa Yaya pindah . 


Anyway , Yaya perlukan seorang housemate . Kalau ada yang berminat , boleh e-mel kat Yaya . Dan , Yaya perlukan pengganti untuk jadi roomate Yaya juga , Kalau housemate ni , tak kisah intake bila , tapi untuk roomate tu , untuk mereka yang bakal masuk bulan Oktober atau pertengahan September . 

Thank you for reading :)

Read on: Kenapa Perlu Masuk MSU

Apabila Kucing Mengejar CInta Kita

S.K. | 09:39 | 9Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .



Okay , nak pinjam video bujibu kejap . Sebenarnya , sejarah keluarga Yaya , tak kira la keluarga kecil atau keluarga besar , kedua-duanya mempunyai kucing . Kalau ditambah tolak , boleh la dikatakan dekat 200 ekor kucing kitorang ada atau lebih . Kemudian , ada orang minta , kucing dah sampai ajal , so , tinggallah berpuluh-puluh ekor je . Yaya sebenarnya sukakan kucing . Serius  ! Tapi , kadang-2 Yaya tak boleh dengan diorang , allergic dengan bulu diorang . Kalau masa tak allergic tu , haaa , kau bagilah berpuluh-puluh ekor , sanggup Yaya main . Kalau allergic tu , kau bagi sekor , aku lempang kau . >_< Banyak kelebihan kucing ni sebenarnya .





Wednesday, 10 August 2016

Bersedekah RM1 dengan Maybank2u Setiap Hari

S.K. | 23:42 | 2Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Saja Yaya nak share , kot-2 ada yang belum tahu lagi kan . Niat di hati ingin bersedekah , tapi , tak tahu nak bersedekah kat siapa kan , so , boleh lah guna kemudahan Maybank2u ni untuk bersedekah .


Haa tengok step bawah ni

1)Bukak maybank2u


2) Pergi pada Quick link >> Bil Payment >> Go


3) Klik Make one - off payment (tgk gambar)


4) Pilih Zakat & Charity (tgk gambar)


5) Pilih laa mana2 badan kebajikan yg nak sedekah (tgk gambar)


lepas tu teruskan step bayaran macam biasa 
RM1 dah cukup !
senang dan mudah

JOM SEDEKAH !

Padah Berblogging

S.K. | 23:20 | 1Comments |


Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Blog . Apa tujuan kau buat blog ni Yaya ? Acerrr cakap sikit . Blog ni wujud dah lama dah , dari tahun 2010 . Tapi , biasalah , berjiwa kanak-2 masa tu (Sekarang berjiwa remaja kayy) , orang ada , kita pun nak ada , tak nak tunjuk noob sangat , nak win je kan =P Hidup berblogging tanpa arah tujuan tu ada la untuk beberapa tahun . Kemudian , dah start nak berblogging secara serius . Masa tu tak berapa pandai lagi la nak tetapkan tema untuk blogging ni . Pikir punya pikir punya pikir , datanglah idea , untuk menolong orang . So , here I am . Yaya ni , takde lah minat sangat untuk menulis sebenarnya . Tapi , dalam adik-beradik Yaya , Yaya rasa , Yaya ni ada jugalah genetik pandai menulis macam ayah Yaya , (Siap berangan dapat terbitkan buku motivasi) Jangan kecam saya peliss . In sha Allah , Yaya boleh lah kot mewarisi gaya penulisan ayah Yaya , cuma ayah Yaya lebih puitis . Yaya , ikut suka je rasanya . Okay , dah panjang dah intro . 


Haa , nak cerita , padah berblogging ni , Yaya kesiankan junior Yaya sebenarnya (Junior Palam) Junior ni , Yaya tak pernah face to face lagi dengan dia , sekadar beremel dan berwhatsapp . Nak dijadikan cerita , dia ada komen dekat salah satu entry Yaya , bertanyakan soalan kalau tak silap , kemudian , ada visitor blog Yaya yang lain , emel la kat dia tanya macam-2 soalan yang berkaitan dengan topik tersebut lah . Mula-2 junior Yaya ni macam pelik juga la , macam-2 pula tu budak tu minta tips itu ini , siap panggil kakak lagi kau , sebab dia ingatkan junior Yaya ni , sama umur dengan Yaya kot . Terima je lah dik oii . =) Padahal , yang budak ni dengan junior Yaya sama umur . Bila baca emel tu , Yaya rasa macam nak gelak guling-2 pun ada juga .


Penangan berblog , orang lain jadi mangsa . Kesimpulan dia , untuk adik junior tersayang , layankan aja kalau ada orang hantar e-mel tu , jawablah dengan seikhlas hati kayy , Orang yang hantar e-mel kat kita ni memang akan appreciate pertolongan kita . Dan selalunya , mereka akan doakan kita berjaya . Jadi , dengan ikhlas dan rela hati , bantulah mereka yang memerlukan . Sebab , kadang-2 kita tak perasan , kejayaan yang kita peroleh bukannya hasil daripada usaha kita sorang , doa kita sorang , kebanyakannya datang daripada doa orang lain juga . Orang yang tak henti-2 mendoakan kebaikan untuk kita . Akhir kalam , Yaya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya , ada dalam kalangan visitor blog Yaya yang tiba-2 e-mel pada awak-2 semua bertanyakan soalan berkaitan dengan entry yang Yaya tulis , Yaya tak bermaksud nak susahkan awak semua . Cuma , awak merupakan insan yang bertuah dan hanya insan-2 yang terpilih sahaja dapat e-mel ni =P


Selamat malam semua  !

Divers Cheong Jun Hoong and Pandelela Rinong win silver, first medal for Malaysia in Rio 2016

S.K. | 08:15 | 1Comments |


Bismillah 

Assalamualaikum 


RIO DE JANEIRO: Divers Cheong Jun Hoong and Pandelela Rinong won Malaysia’s first medal at the Rio Olympic Games after clinching silver in the women’s 10m platform synchronised on Tuesday. 

Jun Hoong-Pandelela scored a total 344.34 points to finish second behind China’s Chen Ruolin-Liu Huixia (354.00). 

Third were Canada’s Meaghan Benfeito-Roseline Filion with 336.18 points. 

The Malaysians had an outing to remember as they were never out of the medal places in all five dives. 

They were placed joint-second after the first two dives, third after the third dive and back into second after the fourth, a position which they didn’t relinquish. 

“We are so proud to have won Malaysia’s first medal at this Olympics,” said Pandelela, 23. “There was pressure but we told ourselves to keep calm and focus on doing what we had been doing in training. I am so glad that our hard work has paid off,” added the 2012 London Olympics bronze medallist. 

For Jun Hoong, the silver was the perfect balm after missing out on a medal in the 3m springboard synchronised with Nur Dabitah Sabri on Sunday. “I told myself to forget what had happened in the 3m event and to focus on the 10m platform. 

Every day is a new day and my focus was on performing in the 10m platform,” said Jun Hoong, 26. Both still have work to do as they will be competing in the 10m platform individual on Aug 17 while Jun Hoong will also be competing in the 3m springboard on Friday.



P/s : Congratulations . :)

GENEZEN Organic Chemistry Variety Show

S.K. | 07:38 | 0Comments |
Bismillah .  .


Assalamualaikum . . 


Genezen - our batch name for SPH MSU 1519 . This Organic Chemistry Variety Show is one of our project for Organic Chemistry . We put a lot of effort to make this event success . Praise to Allah , everything went smooth . So , do enjoy our variety show . It might gives you some information about things around us . 



6th Asia Pacific Pharmacy Education Workshop

S.K. | 07:30 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Today , I'm gonna promote our event . Organize by SPH MSU . 

ASEAN harmonization is evident from the explicit goal of ASEAN Free Trade Area (AFTA) in increasing the region's competitive advantage on production geared towards the world market. ASEAN leaders have recognized healthcare as a priority sector for region-wide cooperation. In the 6th Asia Pacific Pharmacy Education Workshop under the slogan "Pharmacy Education in AFTA era" it focuses on the role of pharmacy education in shaping the regional collaboration towards ASEAN integration 

This workshop is a gathering of all academic and non-academic professionals (hospital, industry, regulatory, community) who are directly and indirectly involved with the development and review of pharmacy curriculum and training programs to produce graduates in the field of pharmacy at the undergraduate and graduate degree levels. 

The participants involved are those countries from the Asia Pacific region and beyond who are willing to share their expertise and experiences to promote the progress and betterment of the pharmacy profession globally. 

For more information , kindly visit : http://www.msu.edu.my/pharmed2016/index.php . See you soon :)


Segmen: Join Bloglist Ain bulan Ogos-September 2016!!!

S.K. | 07:05 | 5Comments |

Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Marilah wahai warga blogger sekalian , kita meriahkan lagi Segmen Ain ini . Nak join macam biasalah kan , mohon klik baner :) Nak tag siapa eh ? Yaya random je ni okay . +Aqilah Azmi  , +Farhanah Afiqah , +adiba rusli 

APA Format

S.K. | 07:00 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . . 


Yaya nak share mengenai APA Format . APA format ni apa ? APA bermaksud American Psychological Association . Biasanya , kalau buat report , thesis dan yang seangkatan dengannya , bila kita nak buat references atau rujukan , kita dimestikan untuk menggunakan APA Format . APA Format bagi Yaya macam tersusun sikit la . Bawah ni contoh APA Format , Yaya ambil dari FB 'Othman Talib' . Terima kasih berkongi ilmu ini .


Tuesday, 9 August 2016

Intake 2016/2017 Fakulti Sains Kesihatan, UKMKL

S.K. | 16:37 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Yaya sedang membantu kawan-2 Yaya , so , kepada hadek-2 , hakak-2 , habang-2 yang dapat masuk UKM KL tu , boleh la join FB Page UKM KL ni okay . Good luck ! 

Intake 2016/2017 Fakulti Sains Kesihatan, UKMKL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Adakah anda terpilih sebagai pelajar Fakulti Sains Kesihatan UKM cawangan Kuala Lumpur, atau mengenali saudara dan kenalan lain yang berjaya mendapat tempat?

Jika ya, tahniah! Anda dijemput untuk "like" page Facebook kami untuk perkenalan, persoalan mengenai FSK dan kursus dibawah FSK serta sebagainya.


Atau boleh taip : UKMKL FSK Intake 2016/2017



Monday, 8 August 2016

Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits

S.K. | 09:57 | 5Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Yaya telah di tag oleh si cantik manis Adiba Rusli .  Memandangkan Yaya tengah cuti sem sekarang ni ,  maka , Yaya ingin memenuhi dan menyokong penuh mana-2 blogger yang sudi buat GA , Pencarian Bloglist dan yang sewaktu dengannya . Target Yaya , satu hari , at least , ada 2 event daripada blogspot ni yang Yaya join . Ceh  !Event . Kelas kauu . 


Okay la , Yaya nak tag +Maria Firdz +Shikin Razali  & +Aqilah Azmi 

Sunday, 7 August 2016

Congratulations On Your E-Day

S.K. | 21:29 | 3Comments |

Bismillah . .


Assalamualaikum . .


First of all , millions congratulations to the most beautiful and gorgeous Kak Anim a.k.a Kak Farahanim Razak (Host for TV Alhijrah Station) on her engagement day , which was yesterday . Can't wait for their wedding . Wanna attend it . She is actually my senior during school days . I know , she can't remember me well , slowly but surely , she can recall me back XP 


Yeay K. Anim , you're not single anymore , always remember , you're now Mrs Fiancee to Mr Handsome Dentist :) I do pray for your best , May Allah bless you guys . May we meet again later =) Don't naughty too much kayy . 


P/s : To see her E-day's pics , do visit her instagram . @farahanimrazak 

Senarai Peserta Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh

S.K. | 21:18 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .


Haa , awak-2 semua dah join belum GA Yaya Part 2 ni ? Belum ? Nak join mohon klik SINI okay , tak rugi join =) dan , kat bawah ni adalah senarai nama peserta GA kali ni .



SEGMEN BLOGGER AKTIF 2016 - MARIA FIRDZ

S.K. | 08:38 | 4Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .



Join . Semoga Yaya dapat jadi salah seorang daripada bloglist MF untuk tahun 2016 ni . Amiin =) Kalau nak join , boleh klik banner .

B.U.D. Pelbagai Jenis Ubat

S.K. | 08:30 | 1Comments |
Bismillah . . 




Assalamualaikum . . 




Hari tu, Yaya terbaca dekat blog OhBulan! pasal viral tentang 'Ketahui Sebab Tak Boleh Simpan Baki Ubat Demam Dalam Peti Sejuk' , camtu rasanya tajuk dia , kalau lain , maafkan saya . Dan , antara isi kandungan dan komen-2 yang ditinggalkan oleh pembaca , Yaya lebih tertarik dengan komen-2 tu . Antara komen-2 yang menarik perhatian Yaya adalah :

Habis tu tarikh luput dekat ubat tu? Memang sesaje tulis untuk perhiasan?
Beri penjelasan lebih jelas kepada pengguna plis! Jgn buat pengguna keliru! Selama hari ni pengguna bergantung kepada tarikh luput. Tapi lepas baca artikel ni, maksudnya apa? Tarikh luput kat botol tu untuk hiasan?
lah.. nak keliru apanya. semua benda ada tarikh luput. tarikh luput tu tamat bergantung pada tarikh kalau kita tak buka lagi. kalau dah buka, kan dr. tu kata akan mudah bakteria membiak atas tindak balas udara yg tak bersih. kalau dah buka sekali penggunaan je lah

Tiba-2 terasa  terpanggil untuk memberikan sedikit penjelasan tentang isu ni . In sha Allah , Yaya cuba . Dengan berbekalkan ilmu yang cetek di dada sebagai seorang pelajar Farmasi , Yaya cubalah terangkan serba sedikit . Bukan apa, bila baca komen-2 tu ,  Yaya berpendapat , sesetengah masyarakat kurang diberikan pendedahan mengenai ubat-ubatan ini . Mak aihh , banyak pula membebelnya , ayuhlah kita mulakan . 


Mula-2 , Yaya perkenalkan term 'B.U.D.'  , apa itu BUD ? BUD bermaksud Beyond Use Date atau dalam kata lain tarikh luput . Setiap jenis ubat mempunyai BUD yang berbeza . BUD secara umumnya ada dua jenis , BUD sebelum ubat dibuka dan BUD selepas ubat dibuka .


BUD Sebelum Ubat Dibuka:

BUD sebelum ubat dibuka ni senang je , BUD dia berdasarkan yang tertulis pada kotak atau pek ubat-ubatan tersebut . 


BUD Selepas Ubat Dibuka:
BUD ni ada banyak jenis , Yaya sendiri kadang-2 pun tertukar . Dalam proses pembelajaran lagi kan ? XP
  • Refrigated Aqueous Solution : BUD = 14 days
  • Solid & Non-Aqueous Solution : BUD = 6 months or less
  • All other formulations : 30 days

Em' , faham tak ? Kurang faham ? Okay macam ni , untuk refrigated aqueous solution , kategori ni untuk semua jenis ubat cecair yang diambil secara oral (Oral tu , ubat yang makan melalui mulut) contohnya antibiotics , ubat demam , gargles , mouthwash , nasal wash , inhalations dan segala jenis ubat cecair . Eh lupa , ubat titis telinga dan mata pun termasuk dalam kategori ni okay ? 


Yang kedua , Solid & Non-Aquous Solution . Kategori kedua ni untuk ubat yang berbentuk pepejal dan cecair tu diperbuat berasaskan selain daripada air macam guna elixirs , glycerins , etc. Contoh pepejal macam ubat biji demam , panadol , pil , capsul , caplet , tablet , emulsion . Haa , yang jenis macam tu . 


Dan yang terakhir , untuk segala jenis ubat selain daripada jenis satu dan jenis dua.


Ubat ni kan , sebenarnya , kita boleh simpan selagi tak capai BUD tu . Tapi , once dah sampai BUD , tak kisahlah banyak macam mana pun baki dia , mohon akak-2 dan abang-2 sekalian semua buang ya . Ubat yang dah buka , seharusnya , tiada baki lagi yang tinggal . Sebab , biasanya , pharmacist akan dispense ubat mengikut keperluan kita . So , kalau nak simpan juga ubat , untuk kegunaan masa akan datang dalam tempoh yang panjang , boleh , tapi kena simpan yang masih belum dibuka atau digunakan .


Kenapa dilarang untuk simpan ubat yang dah dibuka dalam jangka yang lama ? Sebab , tahap therapeutic effect , efficacy haa , senang citer tahap keberkesanan ubat tu dah makin berkurang dan kemungkinan besar akan ada pertumbuhan mikroorganisma semua . 

Saturday, 6 August 2016

GIVEAWAY PERTAMA by FARAH SANUSI

S.K. | 10:05 | 3Comments |


Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Okay , ni GA kedua untuk bulan Ogos yang Yaya join . Semoga hadiah GA ini milik Yaya . Amiin . Bagi yang berminat untuk join , boleh klik banner kay . 


Yaya nak hadiah utama , pilihlah Yaya . 

Giveaway Birthday By Starlavenderluna

S.K. | 09:34 | 3Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Ayuh rakan-2 sekalian , kita join ini GA . Semoga hadiah misteri ini milik Yaya , amiin :) Kalau nak join , klik banner kay . 


YAYA nak hadiah misteri, pilihlah YAYA..!

Friday, 5 August 2016

Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh

S.K. | 16:32 | 27Comments |
     

Bismillah . . .


Assalamualaikum . .


Haaa , kali ni, Yaya nak buat Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh . . Kenapa ada part 2 ? Sebab , Yaya tak tahu pula ramai yang nak sangat buku Diagnosis Apokalips ni . . Lepas pikir-2 , Yaya rasa bersalah sebab tak dapat bagi banyak Diagnosis Apokalips tu . So . . . Terhasil lah Giveaway Diagnosis Apokalips Part 2 by stnrsyfh ni . .  Tempoh GA kali ni panjang sikit , sampai bulan Oktober . Harap-2 adalah yang sudi join . Macam mana nak join ? Senang je . 3 stepsssss yang sangat mudah .

  • Follow SATU dan DUA
  • Buat satu entry , simple je entry tu , Copy salah satu gambar atas ni (Nak copy dua-2 pun boleh) , backlink kan , kemudian , tulis "SAYA NAK DIAGNOSIS APOKALIPS . SEMOGA DIAGNOSIS APOKALIPS MENJADI MILIK SAYA"
  • Publish entry dan tinggalkan link dekat entry ini 

Lupa pula , Giveaway ni berlangsung dari 05 OGOS 2016 - 05 OKTOBER 2016 

Pemilihan pemenang berdasarkan random.org . Sekian , terima kasih .