Monday, 23 May 2016

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara

syafi khizar | 21:51 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Rakan-2 , Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (JPA) bagi tahun 2016 sudah dibuka , selamat memohon semua . Semoga dimurahkan rezeki semua . Amiin .

Klik SINI untuk memohon 


Interview Farmasi UiTM

syafi khizar | 11:40 | 1Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Hari tu dah cerita pasal Interview Dentistry UiTM , Interview Dentistry USM , Interview Pharmacy MSU . Hari ni , nak cerita pula pasal Interview Pharmacy UiTM . 


For the first time , nak masuk Farmasi UiTM , kena lulus iv . First time okay . Iv ni , bukan pengalaman Yaya , pengalaman  junior Yaya . Yaya cuma share-2 je . Yaya rasa sekarang ni , Yaya obses nak buat entry berkaitan pengalaman interview mana-2 universiti . AWAS ! Ini semua pengalaman junior Yaya , so , Yaya ambil bulat-2 apa yang junior Yaya cakap . Flow untuk iv Farmasi UiTM macam kat bawah ni eh . 


  • Dalam pukul 8.30 am, student untuk iv dikumpulkan dalam satu dewan kuliah , masing-2 duduk dalam DK tu borak-2 , kenal-2 satu sama lain (Dalam 100 lebih calon)
  • Kemudian , akan ada satu taklimat
  • Student dibahagikan kepada 18 orang satu kumpulan (untuk kumpulan besar)
  • Kemudian , daripada 18 orang tu , dibahagikan kepada 3 group , jadinya , akan terhasil 6 orang satu group kecil
  • Start iv dalam pukul 10 am macam tu
  • Kumpulan-2 kecil tu akan masuk dalam bilik iv (keenam-enam orang sekali)
  • Dalam bilik iv  , akan ada 6 station yang berbeza , setiap sorang akan duduk kat satu station
  • 2 station untuk station berehat , dan 4 station untuk sesi tanya dan jawab soalan
  • Student diberikan masa 2 minit untuk buat brainstorming , dan kena jawab soalan panel dalam masa 5 minit
  • Satu station WAJIB speaking manakala 3 station lagi boleh pilih nak bahasa apa

Setiap station tu , diuji perkara yang berbeza-beza ;

1. Motivation Station

Soalan tentang basic knowledge pharmacy & kenapa nak jadi ahli farmasi . Senang citer , common question la , pasal diri semua tu


2. Critical Thinking Station

Dia bagi teka-teki kemudian kita kena justify answer kita . 


3. Ethic Station

Soalan pasal tindakan-2 yang akan kita ambil , berdasarkan situasi yang diberikan


4. Communication Station

Soalan pasal kita bagi advice kat orang berdasarkan situasi yang diberikan


Okay , tamat sudah . Good luck semua . =) Harap membantu . 

Lifeless Student

syafi khizar | 00:27 | 1Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Jadi pharmacy student ni lifeless ke ? Kadang-2 , Yaya tertanya-tanya juga diri sendiri ni , entahlah , nak kata gila-2 lifeless takde la juga , sebab Yaya sempat blogging , Facebooking , Instagraming , Whatsapping , Calling , Messaging , and the most important is SLEEPING ! ! ! !


Malam ni , tiba-2 Yaya terfikir balik tentang diri sendiri ni haaa , Pernah , selalu , jarang dan sangat melampau la kalau Yaya cakap tak pernah terlintas langsung untuk Yaya pikirkan diri Yaya . Yaya kadang-2 jealous dengan kawan-2 yang lain , nampak hidup diorang bahagia je . .  Bahagia macam mana ? Iya la , happy-2 , jarang nampak stress , kinda like that la . Dan tetiba malam ni , Yaya terfikir lagi , Yaya bandingkan kehidupan Yaya masa zaman persekolahan sekolah rendah dan menengah rendah , Yaya rasa , kehidupan Yaya zaman sekolah dengan zaman sekarang , bagai langit dengan bumi . Yaya rasa macam Yaya nak kembali kepada zaman Yaya seorang yang pasif tapi aktif . Pasif - bercakap bila perlu , aktif di sini membawa maksud , Yaya rajin join mana-2 program @ sukan . 


Seingat Yaya , masa zaman sekolah rendah dulu , paling minima , sebulan sekali , Yaya komfirm akan wakil sekolah / daerah / negeri untuk ke pertandingan badminton . Kemudian , kan ada latihan pusat bagai semua tu , dah dua minggu pula tak masuk kelas . Even Yaya tak masuk kelas lama , tapi Yaya manage untuk siapkan homework macam mereka yang datang kelas . Even Yaya ketinggalan banyak dalam mata pelajaran , Yaya manage untuk kekalkan rank 1-2 dalam batch . Ohhh Yaya , macam mana kau buat semua ni . Unbelievable . Kenapa sekarang Yaya tak boleh nak buat macam dulu ? Sebab bukan duduk depan mata mak ayah da ? Atau , sebab confidence level Yaya dah berkurang sekarang ni ?


Yaya rasa , 90% adalah disebabkan confidence level Yaya yang semakin menurun setiap hari . Yaya selalu cakap pada kawan-2 , yakin je dengan diri , in sha Allah , boleh buat , tapi , bila sampai kat diri sendiri , lain pula jadinya . Masa pergi medical check up baru-2 ni , sempat lah berborak-2 dengan doktor tu . Doktor tu jiran Yaya . Alhamdulillah , Yaya takde kena infection apa-2 , just bahagian dalam telinga bahgian dalam gilaaaaa tu , middle ear , start dari cochlea semua tu membengkak , merah dan sangat sakit . Dalam hati Yaya , Yaya rasa macam Yaya terkena apa-2 infection , puas menangis sorang-2 tahan sakit pikir kot-2 kena cancer ke . XP Dah lama tak menangis sebab sakit actually . 


Okay , sambung balik, masa pergi check up tu , doktor tu share pengalaman masa dia jadi Medical Student ni  . Dia cakap kat Yaya ;
Cuba Yaya amalkan untuk study bukan pada waktu study , jangan duduk 24 jam menghadap buku , jangan baca sedebuk pastu harapkan semua masuk dalam kepala otak . Sebenarnya , apa yang kita baca sikit-2 tu lebih masuk daripada apa yang kita hadap selama 2-3 jam belajar

Masa doktor tu cakap , Yaya terpikir-2 juga , betul lah apa yang doktor tu cakap . Yaya tak nafikan . Yaya  flash back balik hidup Yaya , Yaya ni sebenarnya seorang yang sangat tak suka dikongkong . Even dengan parents Yaya , mostly , parents Yaya bagi kebebasan pada kami adik-beradik . Ikut suka la nak study style macam mana , asalkan study . Yaya teringat balik , masa zaman sekolah rendah , Yaya ni takdelah menghadap buku sangat , Yaya banyak tengok TV , tapi , masa tengok TV tu , buku ada depan mata Yaya , masa iklan kat TV , Yaya baca buku . Okay , tu style Yaya . Dan masa hari nak exam , Yaya takkan sentuh buku , bila tak ingat sangat-2 baru Yaya akan sentuh buku . Jujur Yaya cakap , masa zaman sekolah , sebelum exam , sehari , sejam , setengah jam , 15 minit sebelum exam , memang Yaya takkan sentuh buku . Bagi Yaya , Yaya percaya pada diri dengan apa yang Yaya dah study sebelum-2 ni . Masa zaman sekolah juga , bila ada kawan-2 yang study sebelum exam start , Yaya macam pelik dengan diorang , takkan tak study kat rumah kot . Dan Yaya memang marah sangat-2 masa zaman sekolah dulu , kalau ada kawan yang buka buku untuk study sebelum exam start .  Yaya cakap kat diorang , bahayalah study sebelum exam start , nanti lupa apa yang dah baca sebelum-2 ni . Tu je la modal Yaya . 


Okay , sebenarnya , selepas Midsem ni , Yaya harap , Yaya dapat berubah kembali kepada kehidupan yang normal , Bagi Yaya , kehidupan Yaya sekrang ni abnormal , sebab Yaya amalkan juga study sebelum exam start . Yaya kena cari balik diri Yaya , Yaya tak boleh banyak melagha , Yaya kena banyak bergerak sendiri dan di atas kaki sendiri . Yaya kena mesti dan harus dapatkan kembali title 'Top Student' . Semoga Yaya pasif tapi aktif mulai hari ini . Amiin . Semoga , Yaya sentiasa membawa nota dan menelaah pelajaran , bukan masa nak exam baru sibuk-2 study . Semoga , Yaya dan rakan-2 cemerlang dunia akhirat . Dan , semoga , Yaya tak menjadi seorang yang digelar 'Lifeless Student' . Amiin .

Saturday, 21 May 2016

Birthday Giveaway by Wanaseoby.com

syafi khizar | 09:26 | 3Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


 
 
+najwa zahid  , +Mohd Noor Shawal , +PeRdU cINta 

#Ananasgoodmood Shawls Giveaway

syafi khizar | 09:20 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


http://frauananas.blogspot.my/2016/05/ananasgoodmood-shawls-giveaway.html 

Semoga Yaya ada rezeki untuk menang . Amiin . 


Wednesday, 18 May 2016

Semakan Temuduga Lepasan STPM dan Setaraf 2016

syafi khizar | 20:16 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai TEMU DUGA dan UJIAN MEDSI (UPSI) sila hubungi UNIVERSITI AWAM yang dimohon.

Maklumat lebih lanjut mengenai permohonan UPUOnline sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dihttp://upu.mohe.gov.my/

Tuesday, 17 May 2016

Semakan Keputusan Permohonan UPU / Interview 2016

syafi khizar | 16:55 | 2Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .





Boleh guna mana-2 link di bawah ini untuk semakan :
  1. http://upu.mohe.gov.my
  2. https://jpt.utm.my
  3. http://jpt.uum.edu.my
  4. https://jpt.unimas.my
  5. http://jpt.ums.edu.my


Wednesday, 11 May 2016

Agen Kuih Raya Nourlie Lembah Klang

syafi khizar | 23:56 | 0Comments |
 

Bismillah  . . 


Assalamualaikum . .


Okay , Yaya nak support business sepupu-2 Yaya , meh pakat ramai-2 selit order , Puasa , Raya nak dekat dah ni . Nak buat makan untuk harian pun boleh . 

Yang mana order untuk makan sebelum raya... Kuih akan di hantar mulai hari esok (11 Mei 2016) ...

Terima kasih kerana terus bersama Nourlie Cookies..

Yang baru nk order...

Boleh WhatsApp 0192545161 / 0189045661

#Terlajak laris

Interview Dentistry USM

syafi khizar | 23:45 | 2Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


First of all , nak ucapkan tahniah kepada Junior Tersayangggg , aicewaaahhh , Sebab dapat interview Dentistry USM . Tahniah . Tahniah . Tahniah . Dengan itu , berbesar hatilah Yaya nak kongsikan pengalaman junior Yaya semasa pergi temuduga Dentistry USM . Bagi Yaya , temuduga dentistry ni, hampir setiap universiti menggunakan kaedah yang sama ; ada Sesi Temuduga dan Sesi Wire Bending.


Mengikut cerita dan pengalaman junior Yaya , interview dentistry USM ni adalah..........
  • Secara individu
  • Boleh buat bahasa rojak which is Bahasa Melayu + English
  • Kena buat kajian serba sedikit mengenai Dentistry
  • Speciality yang ada dalam bidang Dentistry
  • Ujian Wire Bending
  • Soalan-2 cliche ; Kenapa nak ambil Dentistry , Kenapa USM , kenapa , kenapa dan kenapa
  • Ada lebih kurang dalam 3-5 orang panel

Lepas Yaya dengar apa yang junior Yaya ceritakan , Yaya berpendapat , sekiranya kamu nak ambil bidang Pergigian , buatlah kajian yang mendalam mengenai bidang Pergigian tersebut , kena ambil tahu isu semasa mengenai bidang pergigian , ambil tahu kepakaran yang ada atau yang diperlukan dalam bidang pergigian , ambil tahu segala-gala yang berkaitan bidang pergigian . Oh , lagi satu , sebab kita nak masuk rumah orang kan , jadi , kita kenalah ambil tahu serba sedikit pasal struktur organisasi rumah orang tu . 


Tips paling penting dari Yaya , Be confident , 'Confident will cover everything" , Well prepared & Banyakkan bertanya balik soalan kepada panel .  Supaya , panel impress dengan prestasi kita , supaya panel nampak kesungguhan kita untuk lakukan sesuatu perkara , dan supaya kita berjaya dengan cemerlang , gemilang , dan terbilang dalam interview Dentistry itu . . .  Sekian dari Yaya . 


Save Webpage as Image / PDF

syafi khizar | 23:31 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .


Okay , saja nak kongsi . Yaya tau , ramai manusia tak tahu dan tak reti nak aplikasikan ICT dalam kehidupan . Tak kurang juga yang terlebih expert , sampai boleh hack semua benda . Apa yang Yaya nak ajar hari ni , semuanya simple-2 je . 


Pernah tak korang nak save something tu , mostly dari Web la kan , tapi kalau korang tekan Save As , dia akan save dalam bentuk Webpage . Dan ada juga sesetengah application / software , korang taknak print benda tu , nak save je , tapi dia save as Webpage . Jadi , Yaya nak ajar cara untuk save Webpage as image / PDF , maksudnya , boleh download macam biasa dan bila kita nak buka balik apa yang kita download tu , tak perlu internet pun . 


1. Buka mana-2 Webpage yang korang nak save / download .

2. Tekan bahagian Print 

3. Akan keluar pop-up window untuk Print 


4. Dekat bahagian Destination , tekan perkataan Change


5. Dekat bahagian Change tu , pilih Save as PDF


6. Dah siap , sekarang boleh buka apa-2 yang kita nak save tu dalam bentuk PDF .


Mudah kan ?