Saturday, 30 April 2016

Interview Medic UNIMAS

syafi khizar | 23:04 | 0Comments |
Bismillah . . 



Assalamualaikum . . 



Yaya saja nak share . Info ni , Yaya dapat daripada rakan-2 Yaya yang further study Medic kat UNIMAS . Kalau ada salah dan silap info ni , mohon maaf sangat-2 . Ni Yaya copy sebiji-2 apa yang kawan Yaya cakap .


- IV Medic tak berani kata senang @ susah sebab boleh kira berapa orang je dari matriks / asasi lain , Mostly budak asasi Unimas sendiri
- Medic School Unimas tahun lepas no 3 dalam M'sia
- Sistem Medic Unimas lain sikit [Ikut blok , kalau tak silap Yaya]
- Medic Unimas antara yang susah 
- Tips untuk IV , jadi diri sendiri
- Bila IV, tunggu panel habiskan soalan , baru jawab
- Soalan simple-2 je 
 - Kenapa nak jadi doktor
 - Kenapa pilih Unimas
 - Kenapa minta Sarawak
 - Pernah pergi Sarawak tak
 - Tahu ke life doktor macam mana
 - Awak sebagai perempuan ok ke kalau jadi doktor sebab nanti akan berkeluarga
- Medic Unimas cuti dia sikit sangat
- Kena ready jarang balik
- Takde cuti sem , takde study week
- Dapat exposure awal dengan hospital
- Cuti antara Tahun 1 dengan Tahun 2 , hanya 2 minggu sahaja

Pointer :
- Matriks , Selain Asasi Unimas & STPM : 3.9 & above

Tempat yang dibuka hanya 60 orang [Untuk bukan ex-asasi Unimas la]
60 tempat lagi memang fully book untuk student asasi Unimas

MyWiki

syafi khizar | 14:01 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Saja nak try Apps MyWiki ni . Menarik juga . Dannn . . Hasilnya . . . 



Anyway , Love the personal motto : 
A beautiful woman doesn't flirt, she simple smiles... 

Apps ni kadang-2 terkena betul dengan personality kita . Kadang-2 merepek macam-2 . Tapi , yang ni , Memang betul la . Buktinya , Yaya memang tak suka pakai make-up ni . Bagi  Yaya , Yaya ni fake kalau pakai make-up , Yaya lebih sukakn Natural Beauty . That shows how high my confidence level it is . Dan bagi Yaya , senyuman Yaya adalah make-up terbaik untuk diri Yaya .

Friday, 29 April 2016

Petua Mengatasi Tekanan Darah Rendah

syafi khizar | 22:39 | 0Comments |
Bismillah  . . .


Assalamualaikum . . .



Hypotension atau Tekanan Darah Rendah . Yaya sebenarnya salah seorang yang ada hypotension . Hypotension boleh membawa mendapat anemia . Soooooo , Yaya nak share tips pemakanan buat mereka yang satu 'geng' dengan Yaya . Yaya memang pelik gila kalau check darah , Tekanan darah tu NORMAL . Komfirm Yaya minta check 2-3 kali . Semoga bermanfaat .

1. Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.


2. Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).


3. Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.


4. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.


5. Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.


6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.


Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.


Ubat-Ubatan:

Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.


Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.

That Triplets

syafi khizar | 05:35 | 2Comments |
Bismillah  . .


Assalamualaikum . .


Daehan , Minguk , Manse . . . .. . . Seriously , rindu nak tengok diorang . Masa dekat-2 nak last-2 episod untuk diorang , memang Yaya tak skip & tak miss langsung nak tengok . Suka tengok kelatah & gelagat diorang . Yaya menangis kot masa episod last diorang . Wishing that , one day , Yaya akan ada anak saudara yang triplets macam diorang . Erm' anak saudara kayyy . 


Tak boleh la tengok gambar diorang , rindu sampai tahap keluarkan air mata . Parah da ni . Nak buat macam mana , suka budak-2 kan , lagi-2 budak lelaki . Yang nakal lagi banyak ragam , yang baik yang selalu sopan . Macam-2 . Haih . Balik rumah kena marathon tengok episod awal sampai akhir diorang . =) Pfffttt . Pastikan buat homework and study eh Yaya . Jangan laghaaaa sangat . 

Thursday, 28 April 2016

Personality Based on Colours

syafi khizar | 21:08 | 2Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Sebenarnya , terjumpa gambar ni . Okay la, dapat la tau juga personality Yaya based on warna . Warna HIJAU . Yeahhh . 


Komen Yaya :
  • Kajian ni , sedikit sebanyak ada kebenaran dia
  • 90% betul tentang diri Yaya [Nak habaq 100% betul boleh?]
  • Ayat last tu Yaya suka , mungkin la . Entah , Yaya pun tak pasti siapa someone's tu . 

Wednesday, 27 April 2016

Them . Terima Kasih Semua

syafi khizar | 22:39 | 0Comments |
Bismillah  . .


Assalamualaikum . .



**Gambar ihsan atas ni , dari Incik Google . . . .  .


Haiii  ! Okay , tinggal seminggu je lagi sebelum MidSEM ! Not finished study yet . Entry kali ni bertujuan , mengucapkan ribuan , jutaan terima kasih kepada MEREKA yang hadir dalam hidup ni . MEREKA di sini merujuk kepada lelaki-2 yang Yaya kenal , mengenali Yaya , dan yang ada dekat surrounding Yaya sekarang ni . 


Semalam , Yaya baru je dapat Cadbury yang saiz dia besar macam atas ni . . .  Alhamdulillah . Rezeki gituuu . Okay , Sebenarnya , ni hadiah rasuah daripada merekaaa . . . . . . . .  Cisss , Rasuah sangat , takde la, padahal , Yaya tolong diorang buat 'something' . Ekekekeke . Pastu , dapatlah hadiah Cekelattt ni . 


Kemudian , Yaya saja minta kat diorang  satu kerja ni . Jet Jet buat rujukanssss . . And , diorang bagi . . . ..  Wahhhhh , Terharu mehhh .. Terima kasih semua . . . .  Yaya rasa , Yaya start selesa da dengan classmate baru sem ni . Rasa sayang nak tukar kelas [If kena tukar sem 3 nanti] , Alhamdulillah , Terima kasih semua .  


Hidup Yaya sebenarnya banyak dikelilingi kawan-2 lelaki . Mungkin sebab Yaya jenis suka dan senang mingles around , so , dapatlah ramai kawan-2 . Nak cerita lagi , Sepanjang masuk Degree ni , Alhamdulillah , urusan Yaya dipermudahkan . Contohnya macam transport , kalau kena pergi mana-2 event , atau join mana-2 event . Alhamdulillah , komfirm akan ada someone which is teammates lelaki yang akan offer tumpang diorang dan diorang akan amik kat Prima ni haaaa . . Alhamdulillah . Terima kasih semua . 


Macam tadi , setelah sekian lama bersara dalam badminton , akhirnya  ! Yaya buat comeback lagi . Tapi . . .. . .  Main kalah mati . Gila la  ! Terima kasih kepada teammates yang sanggup amik Yaya dan bawa pergi dewan untuk berlatih . Terima kasih semua kerana hadir dalam hidup Yaya dan permudahkan urusan harian Yaya . Perancangan Allah itu cantik =) 


Doakan Yaya malam esok . Tournament Badminton . 1st round . Doakan Yaya berjaya dan menang . Amiin =) Terima kasih .

Tuesday, 26 April 2016

Always Single..... but Never Available

syafi khizar | 22:23 | 1Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Pharmacist ..


Always SINGLE but .... NEVER Available . Iya kaaaaa ? No Comment . Yaya Student Pharmacy baru , Belum PHARMACIST lagi =P . 


Sooo . . . . 


Sunday, 24 April 2016

GiveAway Mei by Ann

syafi khizar | 13:27 | 7Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .
Assalamualaikum wbt..hii
Bismillahirahmanirahim..

http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/giveaway-mei-by-ann.html

Klik banner untuk menyertai


Senarai Sponsor:
Ann , CikNurul , MissBanu , AmirahAzman , UmieYana , #JMbelog , Azira , Farrah


Saturday, 23 April 2016

Bangun Tidur Ikut Sunnah

syafi khizar | 19:20 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Best ke Belajar Farmasi ?

syafi khizar | 18:13 | 0Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Yeayyyy ! ! One day nak bercuti 'Underwater' . Mohon abangs-2 sepupu sekalian support hadekkk sorang ni =P Kenapa abangss sepupu ? Sebab mereka suka buli sayaaaa masa kecikkk . Suka sangat tengok budak kecik ni nangis . Cisss ! 


Alhamdulullillah , daripada 11 homework [Assignment, Proposal, Report] tinggal lagi 4 sahaja belum siap ! Great job Yaya ! Lepas habis Test , lepas habis lepaking kat AEON , lepas Asar Jumaat semalam , terus bertungkus-lumus siapkan semua homework . Yang penting, Ahad esok nak rileks-2 je. Nak study untuk Quiz Korean Class Selasa nanti . Masuk kelas Bahasa Korea , kemaiiin lagi kau Yaya . Saja mencabar diri macam Yaya cabar diri masa mula-2 nak belajar Bahasa Arab dulu . Okay , cukuplah membebel . 


Sebenarnya , Yaya tak boleh move on lagi bila tengok gambar nikah abang sepupu yang kat Penang tu . Bila tengok je gambar nikah diorang , automatik air mata mengalir . >_< Terlalu happy untuk mereka . Plus , abang sepupu Yaya sorang ni , terlampau baik dan bertanggungjawab . Tak sangka dah jadi milik orang .Tak boleh da nak bermanja-manja , nak merengek-rengek , nak mengejek-ejek  , nak kacau-2 dia bila balik Penang nanti . Pasti ! Akan jarang gila dah nak jumpa . *Kakk , Jaga abang kami baik-2 . Kami susah nak lepaskan dia tau*


Back to the main topic . Masa buat blog ni , Share pengalaman itu ini dalam blog ni , tinggalkan e-mail address dekat sidebar , Alhamdulillah , Yaya dapat feedback yang positif daripada pembaca-2 sekalian . Terima kasih semua . Tujuan Yaya buat blog ni sekadar untuk ceritakan pengalaman , share-2 idea , bukan nak mengarut-ngarut sangat la . 


Selalu juga Yaya dapat soalan 
Best ke belajar dalam bidang Farmasi ni?

Mai sini , kami nak jawab soalan hampa .


1. Minat

Sejujurnya , mula-2 Yaya memang anti gila dengan bidang Farmasi ni . Yaya memang taknak amik bidang ni . Memang tak minat . Dan kalau boleh taknak tanam minat dalam bidang Farmasi. Orang cakap , jangan benci sangat , nanti jatuh sayang . Alhamdulillah . Sekarang ni Yaya dah boleh adapt dalam bidang Farmasi ni , walaupun kadang-2 rasa macam nak give up sambung belajar dalam bidang Farmasi ni. Biasalah , kehidupan as a student , ada masa rilex , ada masa stress ada rasa macam-2 dan bercampur baur . Bagi Yaya , sebab Yaya memang minat dalam Medical Field ni dari kecik , so , mungkin la , lepas dah belajar dalam bidang Farmasi ni , Yaya rasa minat tu datang secara automatik walaupun tak dapat jadi doktor (Hmm , Ayat keling apakah petang-2 ni?) . Buka hati luas-2 , terima seadanya kita dalam bidang apa , in sha Allah , seronok bila belajar dan akan minat dalam bidang tu . 


2. Susah ke Senang ?

Memang susah la nak jawab soalan ni . Bagi Yaya , setiap bidang ada susah senang dia . Kita tak boleh nak compare satu bidang ni dengan bidang lain . Ada orang cakap Farmasi lagi senang dari Medic , tak juga . Sebab dalam Medic , kau tak belajar cara nak buat sesuatu 'drug' a.k.a ubat tu . Bagi pendapat Yaya sendiri la kan , nak compare sesuatu tu compare dengan yang setara dengannya . Lagi-2 kalau dalam bidang yang kita belajar , waima , Accountancy , Law , Islamic Banking , TESL , semuanya ada susah senang yang tersendiri dalam cara yang berbeza . Sejujurnya , bagi Yaya yang sedang mengikuti kos Farmasi ni , Farmasi ni ada yang senang dan ada yang susah . Depends pada cara kita handle kesusahan dan kesenangan sesuatu subjek tu . Macam yang Yaya cakap awal-2 tadi , kalau kita letakkan hati dan jiwa kita untuk sesuatu bidang tu , in sha Allah , kita akan rasa senang untuk subjek tu . Mindset kena selalu fikir 'Senang' barulah semua benda jadi mudah . Kemudian , kena rajin membaca . *Ehem ! Yaya ni pemalas untuk membaca* Tapi seriously , setiap hari , peruntukkan satu jam untuk membaca notes setiap subjek tu , in sha Allah , mudah untuk faham . Yaya sendiri pun kadang-2 , bukan kadang-2 , jangan nak menipu sangat . Selalunya , bila baca sekali je notes tu , memang tak faham . Kena baca banyak kali . Madam Yaya selalu pesan , "Read everyday , Repeat , Repeat , Repeat" In sha Allah , ke arah meningkatkan pembacaan harian . Doakan Yaya . 


3. Best ke Tidak ? 

Bagi Yaya , best ! Sebabnya , kita tahu mechanism ubat yang masuk dalam badan kita , kita tahu cara untuk pilih ubat paling terbaik buat diri kita , kita tahu apa penyakit yang kita hadapi bila badan-2 kita dah bagi beberapa tanda dan symptom-2 . Bagi Yaya la . Best ni berkait rapat dengan minat . Kalau kita minat , akan jadi best la . Best juga tersangat berkait rapat dengan rakan-2 satu batch dan classmates . Bagi Yaya , apa yang buat Yaya masih bertahan dan survive dalam bidang Farmasi ni adalah sokongan penuh daripada family , kawan-2 dan lecturer . Alhamdulillah , kawan-2 Yaya semua best-2 . Nak judge kawan-2 ? Yaya tak berani . Yaya lebih terima mereka seadanya . Malas nak serabut otak nak judge orang buat masa sekarang ni . Tapi , kadang-2 perlu . Ikut keadaan semasa . Mostly , Yaya abaikan je . Classmate baru untuk sem ni pun alhamdulillah semuanya ok . Takde yang buat masalah . 


Apa-2 pun , best ke idokkkk , semuanya bergantung pada individu tersebut . Bagi Yaya best . Tapi , mungkin ada orang rasa tak best belajar dalam Bidang Farmasi ni . Apa-2 pun , semuanya bergantung pada minat . Ada minat semua boleh jalan . Takde minat , pergi jalan daaaa~ 

Friday, 22 April 2016

International Aerodance Competition 2016 (Part 2)

syafi khizar | 22:57 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Hari tu , dalam entry INI , Yaya ada cakap pasal International Aerodance Competition 2016 . Dengan muka yang agak malu , dengan perasaan nak tingkatkan VIEWER , Yaya nak share video kami =) A big applause to GENEZEN 2015 . We're not only a pharmacist student , but We conquer everything that we involved . In sha Allah . All for one , One for all . I loveeee you GENEZEN '15 .



P/s : Yang ni yang version SPH punya . In sha Allah , cuti nanti Yaya upload FULL VIDEO . 

Battle War Cry 2016

syafi khizar | 22:48 | 0Comments |
Bismillah . . 

Assalamualaikum . . 

First of all , alhamdulillah . TEST dah tamat ! !Hooray , Hooray , it's a holiday . *Dah kenapa terjebak dengan Aerodance punya lagu , Hmm , Rindu sangat ke nak tengok Aerodance Yaya oiii* Ulang ! Tengok , bukan join . Nak buat macam mana kan , jadi Committee . Terpaksalah berkorban keseronokan bersama rakan-2 . Aiceehh . Ayat , POYO sangat . Ujian lepas TEST , ma sya Allah sisturrrrr sekalian , lagi dahsyat . Nahhhhh ! Kerja bertimbun bagaikan Gunung Everest untuk disiapkan . Cik Yaya , mohon buat . *Tengah buat la ni, TAPI , stop kejap , regang-2 kan otot dengan berblog . * XP

Battle War Cry - 21st April 2016 


First of all , maafkan saya , Secondly , A BIG APPLAUSE to my SPH TEAM because we WON the FIRST PLACE AGAIN this time . Alhamdulillah , rezeki berganda-ganda . Masa 8hb April 2016 haritu , Combination of SPH , IMS & CFS JUARA AERODANCE MSU 2016 ||Iollsss tak boleh move on tengok video , seronokkkkkk || Alhamdulillah , semalam , 21 April 2016 , Combination of SPH & FHLS JUARA BATTLE WAR CRY SUCA - MSU 2016 (Sukan MSU) dengan membawa tema BEAR . GO ! GO ! !PURPLE STRIKERRSSSSS . Guess what , I'm the only first year student who joined this activity . Pffftt ! Tatkala orang lain bertungkus lumus study untuk Last Paper , Yaya bersuka-ria join Battle WAR CRY ni . Nonsense ! Tujuan Yaya satu je sebenarnya , nak hilangkan stress ! Dan , mencabar diri . 


Kadang-2 , Yaya terfikir , masa zaman sekolah dulu-2 , macam-2 aktiviti yang Yaya sertai , tapi Yaya still boleh manage masa dan tenaga untuk study , kenapa masa zaman Universiti Yaya tak boleh buat benda yang sama? Rasa rugi dengan nak lempang diri sendiri ada juga . Orang cakap , zaman dah berubah , dulu-2 waktu sekolah , exam jauh-2 masa dia . AHhhhhhh , Alasan semata-mata . Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan . Bila balik rumah , kadang-2 ayah tanya juga , awak ni belajar je ke? Tak masuk aktiviti apa-2? Kadang-2 rasa malu juga , tapi sebab anak ayah yang sorang ni memang muka tak berapa nak malu , cakap je la , tak masuk apa-2 . Kadang-2 nampak macam ayah kecewa juga la , Mianhaaaeeee . Maka , untuk itu , saya nekad untuk lakukan & join apa-2 sahaja yang mampu saya lakukan . Sebab , OURSELVES IS THE BIGGEST ENEMIES FOR OURSELVES

Satu pesanan ibu bapa Yaya , buatlah apa-2 awak nak buat , TAPI , JANGAN TINGGAL SOLAT , JANGAN LUPA UNTUK MENGAJI SETIAP HARI . Masa kecik-2 dulu pun sama , atok semua pesan benda yang sama . Masa duduk dengan atok dulu [Hujung-2 minggu Yaya suka balik rumah atok , cucu kesayangan gituuuu , =P , Takdelah , sebab memang atok yang mengasuh Yaya selama tiga tahun , bila pindah rumah , barulah ada pengasuh sendiri] Sebelum buat apa-2 , SOLAT & MENGAJI dulu . Yaya ni kadang-2 alpa juga dengan permainan dunia , Solat , tapi tak mengaji lepas solat , Solat , tapi mengaji sekali sehari , Solat tapi tak bangun solat malam , Solat , tapi tak solat hajat . Kadang-2 alpa sangat dengan dunia ni . Tertangguh-tangguh . Cakap kejap lagi la , esok la , macam-2 . Keberkatan dalam hidup tu penting . Arwah Wan selalu pesan juga , nak buat apa-2 cari KEBERKATANnya dulu . Kalau dah berkat , in sha Allah , semuanya dipermudahkan . 


Berbalik semula pada cerita Yaya , Hmm , apa entah yang Yaya cerita kat atas-2 ni , bercampur baur dah semua sekali . Kesimpulannya . Kesimpulan pula dah . ++" , Maafkan saya . Mahu sambung buat kerja . Sebelum kita lakukan sesuatu perkara , carilah KEBERKATAN DARINYA , Tunaikan Hak Allah s.w.t dahulu , SOLAT dan MENGAJI dulu . You know what , bila kau dah selalu mengaji dan solat sebelum buat apa-2 kan , bila kau tinggalkan perkara rutin kau tu , kau akan rasa kurang selesa , rasa kosong . Rasa tak complete . Baca Quran jangan sekadar membaca ayatnya sahaja , bacalah terjemahan sekali , baca kisah-2 dalam al-Quran . Baca NOTA - NOTA CINTA ALLAH sebelum belajar , in sha Allah , dipermudahkan segala-galanya . Doakan Yaya semua . 


P/s : Tajuk ENTRY , Kurang berkaitan dengan Entry . Takpe , tak membawa makna apa-2 . Tajuk hanya sekadar tajuk . ;)


Aerodance - 8th April 2016

Friday, 15 April 2016

Get Involved

syafi khizar | 18:34 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


First of all , CONGRATULATIONS my dear BROTHER on your wedding . Yeay ! Dapat kakak ipar . Jangan lupa bawa balik Pahang raya tahun ni . Actually , not so biological brother , I mean , he's my cousin BUT we act like a biological siblings . To the most gorgeous kakak ipaqqqq , jaga my bruhh elok-2 , kalau dia buat perangai , buka silat terus kayy . Lepas kena tangguh dua kali , Alhamdulillah , selamat sudah diijab kabulkan sebelum Solat Jumaat tadi . Cepat-2 bagi kami semua new niece / nephew kayy . Glad to wait and hear from both of you as soon as possible . 


Sekarang dah minggu kelima . Lusa Minggu KEENAM . Minggu KEENAM tu bermaksud MINGGU TEST . Kemudian , dua minggu berikutnya , MidSem Examination . Busy . Sebab tu Yaya tak sempat hapdate blog . *Alasan semata-mata* Realitinya , idea mencurah-curah , tapi nak menaip memerlukan masa , tenaga dan seumpamanya . Tapi , hmm , busy juga sebenarnya . Sebenarnyalah kan . Kelam kabut siapkan Assignment , Lab , Nota . Rasa macam Semester Dua ni masa dia sekejap je compared tu Semester Satu . Mengapaaaaaa . 


Get Involved . Ingatkan projek untuk PEC dah habis , tinggal aktiviti dalam kelas je , rupa-rupanya , sangkaanku meleset 360 darjah . Ada lagi satu Minor Project . Get involved . And once again , Yaya kena jadi one of the Committee Members . 

IT IS COMPULSORY FOR ALL THE LEADERS NOT TO BE IN THE COMMITTEE - Sir .

Pemilihan untuk jadi Director memang Yaya tolakkk , siap buat 'X' lagi supaya orang tak undi . Alhamdulillah , rakan-2 yang dikasihi tidak mengundi Yaya . Yezzzza ! Kali ni Yaya ambil jawatan Secretary . Nak menangis pun ada juga . Terlepas peluang lagi untuk jadi Partcipants , Explorace kot . I looiikeee . Tetiba teringat satu ayat , rasanya kawan Yaya beri , 
'Kau patut bersyukur , ada orang nak jadi Pemimpin , tapi dia tak pandai , Kau ? Alhamdulillah , selalu diberi peluang untuk jadi Pemimpin , sepatutnya kau bersyukur' 

Yaya insoofffff . Okaylah ,  Kenalah terima dengan hati yang redha . Yaya juga cakap dulu kan , kalau diberi kesempatan untuk pegang jawatan , Yaya lagi suka sebab rasa lebih bertanggungjawab, etc . So , kenalah terima kan ? Belajar dari pengalaman . It's okay , it's alrite , let us go , Fight Fight Fight!


Sebenarnya , banyak kelebihan bila kita jadi one of the committees ni . 

1. Dapat faham dengan sefaham-fahamnya flow untuk aktiviti tersebut . 
Apa yang boleh dibuat , apa yang tak boleh dibuat . Cara pemarkahan , Cara itu , cara ini . Tapi dalam nak dapat kefahaman tu , kena bear betul-2 la dengan arahan yang diberikan .


2. Dapat DERA / BULI participants
Bunyi macam kejam kan ? Tapi , sebab kita yang organize , kita tahu game apa yang kita buat , dapatlah beronok-ronok tengok baju orang lain kotor , basah . Macam tu lah lebih kurang .


3. Lebih dekat dengan lecturers
Point ni penting bagi Yaya . Sebenarnya , Yaya nak bertaubat dah daripada terlampau dikenali oleh Lecturer tapi tak boleh pula . Rasa bersalah bila lecturer tak kenal . Mungkin la , sebab dari zaman sekolah , Yaya diajar oleh parents untuk sentiasa rapatkan diri dengan guru . Yaya memang rasa janggal bila cikgu-2 tak kenal Yaya . Sedihhhh . Walaupun kena behave banyak . Tapi , tu salah satu cara untuk memperbaiki diri Yaya . 


4. Dapat Extra GEMs Point
Part ni Yaya paling suka . Sebab , GEMs point ni salah satu faktor yang diperlukan untuk Yaya dapat extra marks dalam koko . Macam tu lah . 


So Yaya , tajdid niat balik . Lakukan sesuatu itu kerana Allah . Ada sebabnya kenapa kau selalu dipilih menjadi Committee walaupun kau tak volunteer . Mungkin dengan pengalaman yang kau ada ni akan berguna untuk masa akan datang . Siapa tahu kan ? Everyday is a brand new story . Make it happen . 


P/s : Macam mana nak tingkatkan kreativiti dan imaginasi eh ? Lemah sungguh . 

Friday, 8 April 2016

International Aerodance Competition 2016

syafi khizar | 19:43 | 2Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .

Haritu parody , haritu role play , haritu menyanyi . Hari ni ? AERODANCE ! MENARI! ! Last menari depan orang ramai masa Darjah 3 (2005) , tu pun masa Hari Guru . Lagu Medley Bollywood for about 12-15 minutes ? And that time , aku HEROIN dalam lagu tu . Hmm , kau rasa ? Tahap MALU meningkat sampai mana ? Siap ada cikgu cakap mak boleh dapat menantu da . Hmm , HERO pula jiran satu lorong aku . Pfffttt . Kawan dari kecik , memang aku tak segan la citer dia kan XP 


Okay , back to the topic , International Aerodance Competition . Of course la dianjurkan oleh MSU tercinta dan bertempat di MSU . Aerodance ni annual activity untuk MSU especially bila ada Convo . Tapi , cerita kali ni berbeza sedikit dari tahun 2005 . Kali ni , aku jadi one of the committee members which is as a photographer . Jujur cakap , aku agak FAIL sebenarnya untuk jadi PROfesional Photographer , so , buat je la apa yang mampu . Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar . Pengalaman baru pun dapat .


Bagi aku , one day , kalau kena join lagi perkara-2 yang berkaitan tarian ni , in sha Allah , antara jadi committee atau peserta , aku pilih jadi peserta . Nak kata ada bakat dalam tarian , takde sangat la sebenarnya . Jadi photographer sebenarnya penat juga eh . Ingat tak penat . >_< 


Darah tari menari dalam diri aku ni sebenarnya ada la sikit . Sebab , masa umur antara 5-10 tahun , pantang cuti sekolah atau hujung minggu , aku akan balik Kuantan . Kat Kuantan , aku ramai sepupu yang sebaya . Kebetulan , sepupu aku yang lahir 3 hari lebih awal dari aku ni minat menari , dia selalu akan join mana-2 competition / buat performance untuk mana-2 majlis . Depends pada cikgu tari dia la kan . So , bila balik Kuantan , kalau sepupu aku nak berlatih menari , dia akan ajak aku . Ajar aku dan sebab masa tu masih kanak-2 lagi , lepas puas main pondok-2 , kitorang akan menyanyi kemudian menari . Kalau pukul 2-5 pm biasanya kitorang akan pasang DVD lagu irama tradisional (kalau tak silap) , kemudian kitorang akan menari . Memandangkan rumah Tok memang luas , so , pakcik makcik memang tak kisah sangat la . Dari situ aku minat menari . 


Untuk Aerodance ni pula , asal lagu dipasangkan , badan ni macam automatik nak menari sekali . Kadang-2 cover sikit la kan , supaya orang tak syak aku ni minat menari . :P Aerodance ni sebenarnya Major Project untuk PEC 04 (TEAMWORK SKILLS) . Alhamdulillah , aku dah agak da dari semalam sebenarnya ! Kitorang boleh JUARA ! Sebab ? 
  • Malam tadi aku susah nak tidur , tidur-2 ayam je 
  • Dari malam sampai pagi , badan ni asyik nervous memanjang

Kebiasannya , untuk aku la kan , kalau dua-2 tanda ni terjadi pada aku , maksudnya ada benda baik bakal berlaku . Tapi , aku tak percaya sangat pun , just instinct . Camtu la lebih kurang =) Disebabkan ini teamwork , pendapat aku , banyak lagi kumpulan yang lebih mengancam dan menarik , TAPI kenapa kami boleh jadi JUARA ? Sebabnya , kitorang ENJOY dan ada TEAMWORK ! Kumpulan aku sebenarnya hasil gabungan tiga buah fakulti , jadi , akan ada persembahan gabungan dan persembahan solo dari setiap fakulti . Pendapat aku lagi , kami menang sebab , kami bagi kerjasama yang penuh antara satu sama lain dan support antara satu sama lain , contohnya , bila fakulti aku buat persembahan , dua lagi fakulti akan tepuk tangan ikut rentak dan sama-2 sebut perkataan yang penting dalam lagu kami , begitu juga bila fakulti lain buat persembahan , fakulti aku akan tepuk tangan ikut irama dan sebut perkataan keramat dalam lirik lagu tu . 


Betul lah cakap ketua kami , show your support to each other , by doing this , we might WON and it shows our cooperation is at the highest level . 

Thank you semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung . Alhamdullilah , rezeki GENEZEN tahun ni . 



Wednesday, 6 April 2016

Solat

syafi khizar | 23:15 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .



Minggu ni busy , tak sempat nak hapdate blog , sementara tengah goyang-2 kaki dan tangan cari maklumat untuk kelas esok , nak hupdate blog juga la =P Hm , ayat makin keling . Punca ? Overdose dengar lagu Bollywood ! Mungkin .


Selalunya , Yaya akan cakap pada adik-2 Yaya (Bila kat rumah la kan) , 'Adik , awak da SOLAT belum?' "Adik , SOLAT da?" Something like that la kan . . 


Terdetik kat hati juga , kenapa Yaya gunakan perkataan SOLAT lebih banyak daripada SEMBAHYANG . Padahalnya , SOLAT tu sama juga maksud dia dengan SEMBAHYANG . Pikir punya pikir punya pikir , keesokannya dapat jawapan . 


Sebab Yaya rasa diri Yaya ni unik , em' suka something different daripada orang lain , maka , terhasil lah satu jawapan yang Yaya rasa NO DOUBT , mungkin . In my personal opinion la kan , kalau kita sebagai muslim guna perkataan SOLAT , nampak special banyak . Sebabnya , kalau nak kata SEMBAHYANG , hampir kesemua agama menggunakan perkataan SEMBAHYANG untuk sembah Tuhan masing-2 , tapi ada tak yang gunakan perkataan SOLAT untuk sembah Tuhan mereka selain daripada orang Islam ? Takde kan ? Maybe sebab tu Yaya suka gunakan perkataan SOLAT , sebab nak membezakan cara menyembah Allah di antara orang Islam dan bukan Islam .

Okay , kena sambung kerja . Assalamualaikum . 

Saturday, 2 April 2016

Masa Sekolah Dulu , Aku Bercinta Dengan .............

syafi khizar | 00:16 | 1Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


"Semua orang pernah melalui cinta monyet . Cinta monyet ni perkara biasa dalam kehidupan manusia . Tapi , takde apa sangat pun dengan cinta monyet ni . Nak bercinta boleh , tapi janganlah berlebih-lebihan sangat / takyah la melebihi had yang dilarang . Cewah!" (Achik, 2004) 


Kalau sebut pasal bercinta je , mesti orang akan ingat bercinta dengan manusia . Memang mentaliti dah set macam tu , jadi , susah nak ubah . Bercinta tak semestinya dengan manusia . Bercinta dengan perkara lain pun boleh juga . . 


Zaman persekolahan Yaya penuh dengan percintaan .


1. Bahasa Melayu

Personally , Yaya rasakan Yaya takde hal sangat dengan subjek ni . Mungkin la , sebab dari kecik-2 Yaya dah biasa baca novel Kementerian tu , yang kena tukar berpuluh-puluh kali , so , Yaya memang takde masalah dari struktur membina ayat , keluarkan perkataan bombastik , paham hukum D-M , tatabahasa yang kadang-2 menyeronokkan dan kadang-2 membosankan . Mungkin genetik ayah Yaya kuat dalam diri Yaya , so , Alhamdulillah , result untuk subjek Bahasa Melayu ni boleh dianggap membanggakan juga la dan konsisten sepanjang masa . Tips Yaya untuk subjek Bahasa Melayu ni , kalau dulu-2 , Yaya lebih suka TIRU KARANGAN yang dah siap @ ada @ publish kat mana-2 buku / web . Homework tak homework , semua Yaya tiru , dari sekolah rendah lagi . Kemudian , masa dalam exam , Yaya akan combinekan kesemua karangan yang Yaya pernah baca @ tulis semula untuk jadikan cerita baru . HIGHLIGHTKAN PERKATAAN / FRASA yang dianggap menarik & bombastik . Masa Yaya salin balik karangan-2 tu semua , Yaya akan highlightkan frasa-2 yang menarik supaya senang untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang . Dan bila dah highlight , lagi senang la untuk buat ulangkaji . 


2. English

Ikut mood , Kadang-2 okay , kadang-2 k.o . Masa zaman sekolah rendah sampai Asasi , Yaya rasa , Yaya kadang-2 boleh dikatakan agak fluent la untuk speaking . Yaya hentam je cakap . Paling penting CONFIDENT! Ramai kawan-2 Yaya taknak speaking sebab tak komfiden . Takut salah Grammar semua . Sampai satu tahap , masa Asasi dulu , ada kelas ELC which is kelas English masa tu , kena baca article / stories yang lecturer provide kan , kena berdiri la kan , sebutan Yaya sebenarnya more to British accent sampai bila kita sebut , orang ingat salah . Yaya dulu akan pronounce 'Z' as 'Zee' bukan 'Zack' . Camtu la lebih kurang . Yaya boleh speaking laju-2 kalau orang minta . Kadang-2 ada lecturer / cikgu tanya , kenapa Yaya mahir speaking compared to writing . Jawapan Yaya : COMFIDENT! Kemudian , masa kecik-2 dulu , untuk Yaya sebut dengan betul sesuatu perkataan , Yaya kena buka kamus [sebut ikut gaya phonetic tu] @ online searching cara untuk sebut sesuatu perkataan tu'  Sebab lama tak praktis kan , Sebutan Yaya pun terabur habis . Untuk Writing pula , senang je , Keep on Reading English Books / News / Watching English Movies . Nampak senang , tapi nak buat tu , kena betul-2 minat . Sebab , kita deal dengan bahasa , bahasa ni kena buat berdasarkan minat , kalau tak minat , memang hancur la jawabnya .


3. Matematik

Matematik ni , Yaya anggap macam kacang goreng je la . Memang kadang-2 susah nak paham , sekali lagi , mungkin sebab Gene Ayah Yaya , maka , untuk itu , Yaya rasa Matematik ni tak complicated . Banyakkan buat latihan . In sha Allah , senang untuk menjawab dan memahami . Style Yaya pelik sikit , Yaya tak suka sangat buat latihan sebenarnya . Yaya lebih suka Fokus tahap infiniti dalam kelas kemudian ajar kawan . Ikut lah keselesaan masing-2 . Sebab Ilmu bukan macam duit , duit kalau kita bagi kat orang , duit kita akan makin berkurang . Kalau ilmu kita bagi kat orang , ilmu tu akan meningkat . Betul kan ? Macam tu la konsep Yaya dalam menuntut ilmu . Tapi , kadang-2 , bila tengah serabut tu , Yaya malas juga nak ajar orang , tenangkan diri lagi bagus [Bila dah serabut sangat la]


4. Bahasa Arab

Macam entry-2 sebelum ni , Yaya tegaskan , Yaya langsung takde basic dalam Bahasa Arab . Apa yang Yaya belajar masa Form 1 , itulah basic Bahasa Arab Yaya . Then , how come result Yaya untuk Bahasa Arab 88 ke atas ? Minat ! Yaya masuk dalam aliran Agama [Yang kena amik Arab ni] sebab kena paksa dengan kawan-2 Yaya , pluss , Yaya nak duduk kelas 1st , jadi , kenalah amik Arab . Mula-2 kelas , Yaya tak paham apa-2 pun Bahasa Arab ni . Tapi , sebab cara ustazah mengajar , bersoal jawab , buatkan kita takut untuk kena denda . Lama-2 Allah bukakan hati , permudahkan jalan , Yaya jadi minat dengan Bahasa Arab . Mindset Yaya mesti kena selalu cakap , Bahasa Arab ni mudah . Homework yang diberi kena SIAPKAN . Mana yang tak tau tu , cepat-2 tanya jawapan kat ustazah . Nak kata siang malam menghafal Bahasa Arab ni tak juga . Yaya hafal bila Yaya rasa nak hafal , dalam kelas siapkan homework terus . Bila ustazah cakap jawapan salah , cepat-2 cari jawapan yang betul , lama-2 Yaya dapat rhytm macam mana nak belajar Bahasa Arab . 


Okay la , nanti kita sambung lagi . Entry ni lebih kepada pengalaman dan sedikit tips yang mungkin berguna untuk satu-2 individu tu . Mungkin . 

Friday, 1 April 2016

Junior vs Senior

syafi khizar | 20:26 | 3Comments |

Bismillah  . . 


Asssalamualaikum . . 


Junior vs Senior , Biarkan gambar berbicara boleh ? I'm still can't believe what had happened today . Like seriosuly , this kid . Hmm . Early in the morning , it's not like a usual morning , that's where I received a Whatsapp from an unknown number . A soul shocking sound . Every day I shock , Shock ! Usually , ealry in the morning , the notifications always belong to the group Whatsapp and a few friends of mine . But today , from a far far away , unknown , unfamiliar number . Curious tahap infinity la kan . So , here's the story begin .


Niat di hati , memang malas nak on Whatsapp hari ni . Tapi , tetiba tergerak hati nak on , tak familliar dengan nombor unknown tu , Yaya pun reply la Whatsapp tu untuk mencari / mengorek identiti si pemuda/i misteri tu . Whatsapp punya Whatsapp , sampai petang baru tahu pemilik nombor telefon tu . 


Ayat dia simple 

Dari saya Form 2 lagi saya usha akak . Akak antara budak upper form yang famous untuk batch kitorang .

Haaa , speechless kau nakkk !  Seriously , memang tak sangka langsung . Rasa nak tumbuk-2 ada juga budak sorang ni .  Masa upper form , Yaya yakin sangat-2 , tak femes kot . Yaya rasa , naik upper form , Yaya dah slow down sikit menonjolkan diri . Konon-2 fokus study , fokus organisasi pengawas , mostly fokus bahagian pentadbiran & kawalan pelajar . Yaya rasalah . Masa upper form pun , bukan Yaya ikut geng sangat , selalu juga jalan sorang-2 . Dah kenapa budak tu nak usha ! 


Macam-2 ayat psiko Yaya gunakan untuk cari identiti budak ni . Kadang-2 , rasa macam padan muka kat diri sendiri juga la kan , masa sekolah dulu , adalah juga usha-2 budak junior & senior . Malangnya , semuanya dah berpunya . Sedih ! Tengok-2 , hari ni , diri sendiri terkena . Soal punya soal , pelik juga la , macam mana junior lelaki boleh ada nombor Yaya , kemudian dia sebut pasal Majalah Hayat Sekolah ! Allahu ! Baru teringat , dalam tu memang ada letak nombor phone untuk ruangan apa entah khusus untuk bebudak Form 5 & Form 6 . Konon-2 je la kan . Tak sangka pula , budak tu gigih cari & Whatsapp nombor Yaya . Pfft ! Mujur dah tukar phone number , Nombor Whatsapp tu tak kisah sangat la .


Pikir punya pikir , mungkin la , masa zaman sekolah , seriously Yaya cakap , Yaya lebih banyak mingles / bercampur dengan Junior dan Senior berbanding kawan-2 batch sendiri . Ada bercampur dengan kawan-2 batch , tapi untuk aktiviti pembelajaran je la , lain daripada tu , Yaya banyak libatkan diri dengan Junior & Senior , mungkin sebab Yaya ni pemikiran dia lain dari yang lain sikit dan masa zaman sekolah dulu , Yaya ni , em' ibarat macam mata-2 untuk cikgu-2 la . Maybe sebab tu Yaya suka mingles dengan Junior & Senior . Mungkin la . Masa assembly pun , mostly , Yaya akan kawal bahagian Junior , kalau dengan diorang , memang akan biasa dengar la Yaya cakap 'tumbuk , sepak , lempang lelaju , etc' tapi kalau dengan batch sendiri , Yaya awkward kadang-2 . Mungkin la .


Kesimpulan dia , entry ni sungguh tak bermanfaat untuk dibaca . Saja nak meluahkan rasa terkejuttssss dengan apa yang jadi siang tadi . Sebenarnya , budak tu SPM Victim 2016 ni . Yaya rasa kanak-2 tu perlukan bantuan Yaya , mungkin . Sebab masa sekolah dulu-2 , rajin juga la Yaya tolong geng-2 budak ni buat homework @ bagi jawapan Semarak Jaya . Apa-2 pun hadek-2 junior sekalian , jangan la kacau senior kamu hujung-2 minggu ni . >_< Introduce yourself pleasseee . =) Hakak tak marah , Cuma kena cakap la kan awak tu batch siapa , sebab hakak ingat-2 lupa . Good luck SPM ! Lawan batch akak okay ? Akak doakan semuanya dipermudahkan & siapkan Semarak Jaya & segala modul yang ada . In sha Allah , mudah jawab exam nanti .