Saturday, 12 November 2016

Rezeki

S.K. | 09:34 | 2Comments |
Image result for rezeki in english
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Sya muncul balik , macam biskut Chipsmore dah ni , kejap ada kejap takde . . Bukan taknak berblogging dah , tapi , komitmen lain banyak . . Paling utama adalah komitmen belajar . . Tetiba nak cakap pasal rezeki , rezeki Allah sangat luas kan ? No doubt on it . . To be honest (tbh) sem 1 , sem 2 dan sem 3 Sya memang berbeza sangat-2 . . Sya ingatkan dulu , Sya nak jadikan semua sem masa degree ni lebih kurang sama je . . Tapi , plot twisted 180 degree . . Masuk 2nd year ni , terasa sangat perbezaan dengan 1st year . . Bukan yang sikit-2 , tapi bak kata orang , macam langit dengan bumi . .


Back to topic , rezeki . . Masa kecil-2 dulu , Sya selalu terbayangkan , kalua cakap pasal rezeki ni , mesti dalam bentuk wang . . Kalau tengok orang tu kaya je , mesti cakap dia dilimpahkan dengan banyak rezeki . . Pemikiran budak-2 masa kecil-2 kan . . Bila dah meningkat semakin dewasa , baru Sya faham , yang rezeki ni ada dalam pelbagai bentuk , bukan berupa wang je . . Kesihatan yang baik , dikelilingi orang sekeliling yang memahami , mudah bergaul dengan orang , orang suka berkawan dengan kita dan macam-2 lagi la . . So , terhapuslah pemikiran kolot yang cakap murah rezeki tu dalam bentuk wang je . .


Sepanjang 3 semester dalam fasa degree ni , Sya rasa bersyukur sangat-2 , sebab , alhamdulillah , semua orang sekeliling termasuk lecturer senang dengan sikap Sya . . Prinsip Sya senang je , kalau kita permudahkan urusan orang lain , in sha Allah , Allah akan permudahkan juga urusan kita . . Masa Sya sakit (which is sekarang ni la kan) demam masa minggu exam , Allah je tahu perasaan tu . Semoga cepat sembuh Sya . . Okay , sambung balik , macam masa sekarang ni , Sya bersyukur sangat-2 sebab dikelilingi kawan yang prihatin dan ambil berat , selalu tanya progress demam Sya , yang offer nak bawa pergi klinik , yang nak bagi ubat , yang tolong buat itu dan buat ini . . Sya rasa malu sangat sebenarnya dengan diorang , sebab , tolong Sya macam-2 , Sya rasa macam Sya tak layak je untuk dapat layanan sebegitu . . Sya rasa macam Sya ni menyusahkan diorang . . Thank you dearest friends for taking care of me J


Sya rasa banyak sangat Allah pinjamkan rezeki untuk Sya . . Kalau nak senaraikan kat sini , rasanya panjang lagi entry ni . . Sya cuma mampu ucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan segala rezeki yang diberikan pada Sya . . Sya doakan semua orang dimurahkan rezeki . . Sya harap , semua orang akan gembira dan Sya harap kita semua Berjaya dunia dan akhirat . . Amiin . . Amiin . . Amiin . .



P/s : Fuhh , kenapa macam baku sangat entry kali ni . . Mungkin , dah hilang kepakaran dalam menulis entry secara santai . . Hmm , anyway , doakan Sya dipermudahkan untuk menjawab MidSem , ada lagi 3 paperrr . . 

2 comments:

  1. yea pernah baca kalam dr Al marhum Syeikh Sya'rawi pasal keluasan rezeki. Indeed rezeki hari ni sudah terlalu banyak untuk disyukuri. =)

    btw camna awak setting mobile view tema dekstop ea? Harap boleh share tuto.

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥