Sunday, 2 October 2016

Cinta 2 Negara Part 3

S.K. | 19:11 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Okay ! Sambungan Part 3 =)


Part 3 . . 
Sangat seronok rupanya perasaan ada ayah & mak mertua ye.. Hampir 2 tahun kahwin, tapi tak pernah kenal.. Cuma dengar suara sahaja.. Beautiful relationship. N baru tahu baba adalah antara orang penting dalam kabinet Bangladesh.. Only excellent person bekerja dalam bidang tersebut pakcik suami cakap...salah faham berlaku disini.. Ingatkan baba kerja di Arab Saudi.. Sebab tu baba fasih cakap bahasa inggeris.. Masa mula-2 datang, cium dahi baba, baba terharu sangat.. Ma juga.. Ma nak cakap banyak tp tak tahu bahasa inggeris, sampaikan ma cakap dengan baba suruh bagitau, dia rasa seronok dapat menantu macam dia minta pada Allah.. Walaupan ma tak bertudung lengkap, tapi rajin solat walaupun solat tambahan.. 


Baba cakap ma selalu doa nak "laboma" maksudnya menantu yang bersifat isteri, ibu n beragama..ma seorang yang sangat pembersih.. Bayangkan aku jenis penggeli, tapi tandas dapur, rumah sangat bersih walaupun biasa... Dia bangga anak dia banyak berubah lepas kahwin. Setiap malam, ma akan panaskan susu fresh dari lembu untuk aku minum sebelum tidur, kalau tak makan malam sebab tertidur, bila terjaga malam, ingatkan nak pergi tandas, mak mertua dengar je pintu tandas, walaupun 3 pagi, dia akan buatkan roti segera dan susu untuk mkan, risau perut kosong, 


setiap malam bila suami keluar jumpa kawan, baba n ma akan ajak duduk dalam bilik atas katil (memang budaya borak atas katil) n akan cerita macam-2 tentang suami, bagi tips keluarga bahagia.. Bila pagi ma akan sediakan roti n teh panas... Di sini, walaupun teh segera, tetap kena masak..n baba akan ajak berborak, terangkan had isteri kadang-2..ma tak bagi buat pape kerje... Kadang-2 malu sangat... 

Kadang-2 orang datang, ma akan usap-2 kepala aku n akan citer something dekat semua yang datang.. N dorang akan kata, ma seronok dapatt menantu macam aku.. N sayang sangat sebab menantu sangat menghormati orang tua... hahahha.. Bukan puji diri sendri... Baba pula kalau aku balik lewat mesti tunggu nak buka pintu.. Dengar je pintu buka, cepat-2 je panggil smua..n selalu cakap ini rumah awk..buat je apa awak nak.. Kita satu family.. Love u ma n baba.. Tq being a wonderful in law

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥