Tuesday, 6 September 2016

Motivator Jemputan Sekolah

S.K. | 18:54 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Tajuk , kemain kau jahhhh . .  Jet-2 Famous Amos gitu ~ Saja je , nak cerita pengalaman . Pengalaman tu penting . Supaya kehidupan masa akan datang lebih cemerlang , gemilang dannnnn terbilang . =P  Ceritanya , secara tak sengaja datang sekolah , al maklumlah , sekolah 3 minit dari rumah , muka ni lah yang kena teman kawan-2 bila diorang nak melawat sekolah . Fuhhh . . Ikutkan aje , tengah cuti kan . . Tetiba , bila masuk Bilik Kaunseling , cikgu pun cakap , haaa , Jumaat ni datang sekolah balik , ada sesi bersama adik-2 Tingkatan 5 . .  Cuak kau , tetiba kena . . Nak borak apa tak tau , nak kongsi apa tak tau . .


Pikir punya pikir , mula-2 , ingatkan nak main game dengan diorang sebab ingat buat dalam dewan , masa hari kejadian , rupa-rupanya , dewan dah siap susun kerusi meja semua untuk TRIAL SPM 2016 . . Duduklah kami dekat sebelah luar dewan tu . . Dengan tak prepare nak cakap apa , maka , sesi hentam menghentam bermulalah . . Sebab dalam otak nak main game kan , so , tak prepare sangat la ucapan , perkongsian bagai semua ni , Sya  cuma pikir , game yang Sya nak buat tu boleh naikkan semangat untuk diorang belajar , nak TRIAL kan . . Entry kali ni bertujuan berkongsi segala tips dan pengalaman daripada 4 orang Gadis Melayu Terakhir dalam mengharumkan nama sendiri , eh , nama ibu bapa , nama sekolah , nama daerah serta nama negeri . .


1. Jaga Solat

Berjayalah orang Mu'min itu . Iaitu mereka yang mendirikan solat . Allah janji , orang yang berjaya itu ialah mereka yang mendirikan solat dengan khusyuk . Yakin dengan janji-2 Allah , iya adik-2 sekalian , kalau nak berjaya , jaga solat tu , sebelum belajar , pastikan dah siap solat , kalau dah azan , dan awak tengah belajar , mohon sangat-2 untuk berhenti belajar dan dirikan solat tu dulu . Jangan la cakap , "kejap lagi lah , lama lagi sebelum habis waktu ni" Pelis ! Solat first okay . In sha Allah , dah solat tu , hati tenang , nak belajar pun senang . Gaya sangat motivator . Kemudian , tambahkanlah dengan solat-2 sunat , Taubat (sebelum tidur) , Tahajjud (Bangun 3/4 malam) , Hajat (Lepas Maghrib) dan Dhuha . . In sha Allah , segala-galanya dipermudahkan . .


2. Jaga hubungan


Hubungan macam mana tu ? Hubungan kat sini secara menyeluruh tau , hubungan dengan Allah , ibu bapa , guru-2 , keluarga , rakan-2 , haiwan dan tumbuhan dan segala yang ada di langit dan di bumi ni . . Nak berjaya kan ? Jagalah hubungan dengan semua orang , bagi Sya sendiri , walaupun makcik cleaner kat sekolah tu (citer masa zaman sekolah la ni) , Sya layan je , bagi salam dan bersalam . . Cuba fikir , kalau la takde makcik cleaner kat sekolah , sekolah dan kelas kita akan bersih ke ? Selesa ke kita nak belajar ? Masa borak-2 dengan makcik cleaner , selalu juga la Sya selitkan , "Makcik , doakan saya cemerlang tau , takutlah makcik" Sya tak pernah anggap makcik cleaner tu sebagai makcik cleaner , Sya anggap macam ibu sendiri , kadang-2 kalau ada makcik tu menjual , Sya support la juga membeli , kalau sedap , beli hari-2 , kalau kurenggg dengan cita rasa , belilah 2 minggu sekali . Hormat semua orang . Be humble  ! Jangan nak membongkak sangat ! Tak kemana bongkak awak tu .


3. Luangkan masa untuk ibu bapa


Point ni sebenarnya junior Sya yang bagi , Dalam kita sibuk duduk belajar tu , tak salah kita luangkan sikit masa untuk ibu bapa , borak-2 la , jangan asyik belajar je , bila mak ayah nak ajak berborak , kita cakap sibuk , banyak lagi tak study , banyak alasan lah yang kita bagi . Haa , kalau budak asrama tu , hari-2 , pelisss , call la mak ayah , tanya khabar ke , kalau malu nak call , call selang 2,3 hari , jangan senyap tanpa berita je . . In sha Allah , masa yang kita luangkan untuk spend dengan ibu bapa , nanti Allah gantikan balik masa tu , cara Allah ganti tu ada dalam banyak jenis , mana tau , kita boleh faham sesuatu ilmu tu dalam masa yang pendek je , tak pun kita tak belajar lagi , tapi kita dah nampak konsep ilmu tu . Haaa , macam tu lah lebih kurang , so , jangan rasa rugi nak luangkan masa dengan ibu bapa . Okay ?


4. Selalu mengajar rakan


Masa Sya zaman sekolah dulu , ada sorang senior ni , dia malasssss gila nak buat kerja sekolah sendiri , tapi , kerja sekolah kawan , dia tolong siapkan , bukan dia tulis la yang pasti , dia tengok soalan , dia fahamkan konsep dan cari konsep mana yang terlibat , bila kawan tanya soalan yang dia tak tahu tu , dia ajarkan , Yes ! Cara dia study , dia ajar kawan-2 dia , kalau jawapan dia kurang pasti , dia akan gigih buka buku balik dan cari jawapan yang tepat , kemudian , lagi sekali , dia akan ajar kawan . Selalu dengarkan motivator-2 cakap , bila kita ajar orang , kita akan lebih faham dan ingat , jangan kedekut ilmu ! Jangan rasa takde masa nak ajar kawan , macam , issh , bila aku ajar dia ni , nanti dia lagi pandai , nanti kurang la masa untuk aku study , jangan pernah ada perasaan macam tu , rugi sangat-2 , walaupun kadang-2 Sya buat juga (Peringatan untuk diri sendiri la ni) Bukan apa , kadang-2 rasa macam nak cari masa untuk diri sendiri , sebab tu kadang-2 Sya lambat reply sikit apa orang tanya , lagi-2 bila keadaan Sya berserabutttt gila . Sadisss hidup ni kadang-2 , sambung balik . Bila ada kawan-2 tanya dan minta tolong ajar , bersyukur pelisss , Allah bukakan satu pintu rahmat untuk kita lebih faham tentang ilmu tu  . .


Macam panjang sangat pula entry ni , Jari pun dah letih , sambung nanti pula ok ?


Thanks for reading =)


No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥