Thursday, 8 September 2016

Hope UPSR 2016

S.K. | 18:41 | 2Comments |
Image result for hope

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Alhamdulillah , UPSR 2016 dah melabuhkan tirai . Yeay ! Sebenarnya , tahun ni adik bongsu Sya yang ambil UPSR 2016 ni . . Sebelum ni , kami 3 beradik , mak memang selalu ada masa exam sebab satu sekolah dengan mak . . Sekarang ni , bila mak dah pindah sekolah , adik Sya taknak pindah sekali , sebab malas nak sesuaikan diri dengan surrounding baru , lebih kurang macam tu la alasan dia , tinggal la adik Sya ni sorang-2 kat sekolah . .  Sebab Sya masih cuti semester , jadi , Sya lahhhh yang kena teman adik masa UPSR ni . . .  


Hmmm , Sya yang paling muda okayyy , lain-2 semua ibu bapa budak-2 ni la . . Tapi , sebab Sya dah biasa bergaul dengan makcik-2 pakcik-2 ni , jadi , takde lah kekok sangat masa tunggu adik tu . . Apa kaitan tajuk entry dengan UPSR 2016 ni ? Maka , bermulalah sebuah cerita . . 


Banyak hikmah sebenarnya bila Sya hantar adik ni . . Angka giliran adik Sya nombor 3 , kawan sebelah no 4 tu boleh dikatakan kawan baik dia juga la , lelaki . . Anak cikgu sekolah tu juga dan persamaan diorang lagi , adik Sya dan kawan dia ni dua-2 anak bongsu . . Mula-2 , Sya ingatkan kawan adik Sya ni sekelas dengan dia , rupa-2 nya tak . . Kelas lain . . Mak kawan adik Sya citer la , masa dapat keputusan TRIAL UPSR 2016 , ke exam pertengahan tahun , tiba-2 , adik kawan Sya cakap kat mak dia , 

"Adik nak masuk sekolah Kak De tahun depan" (Sekolah Kak De tu merupakan sekolah Sya juga sebenarnya , salah sebuah sekolah cemerlang dalam negeri Sya)

Mak kawan Sya pun reply la 'Kalau nak masuk sekolah Kak De , kena la belajar pandai-2 , kenalah dapat 5 atau 6 A , baru boleh masuk sekolah Kak De'

"Oh , adik tak boleh la macam tu masuk sekolah Kak De , adik tak pandai sampai dapat 5 atau 6 A, siapa lagi nak jaga adik"

Mengalir air mata mak dia dengar luahan si anak ni . Sya yang dengar ni pun tahan sebak juga , rasa nak menangis je . . 


Serious Sya cakap , masa UPSR dulu , Sya tak berapa ambil port sangat dengan kawan-2 lelaki kelas belakang . Sya jarang gila bercakap dengan budak lelaki kelas lain , bukan Sya pandang rendah dengan diorang . . Jauh sama sekali . Sya anggap semua orang pandai dalam dunia ni . Cuma Sya kurang pandai nak bergaul , diorang jenis yang nakal-2 suka menyakat tapi baik . . Sya masa dulu jenis yang introvert sikit , masa kat sekolah rendah , seriously , Sya akan bercakap pasal pelajaran je , sebab dalam otak Sya , Sya kena pertahankan Ranking Pertama batch , jadi kena jadi ulat buku 24 jam . Hmm , hidup Sya masa sekolah rendah bosan sikit la , tapi sebab dah biasa , Sya tak rasa apa-2 sangat la , 24 jam pegang buku . .


Tapi , bila dengar kawan adik Sya punya luahan ni , Sya rasa nak menangis . Sebabnya ? Masa Sya sekolah rendah dulu , Sya tak pernah tahu pun impian atau harapan kawan-2 kelas belakang , yang Sya tahu , diorang selalu akan cakap "Untunglah kau Sya , kau pandai , selalu nombor satu , nanti mesti masa sekolah tu" Sya rasa macam jahil sangat tak pernah tanya diorang sekolah mana diorang impikan . . 

Sambung balik . 

Bila budak ni cakap macam tu , Sya cakap dalam hati "Ya Allah , kurniakanlah kecemerlangan dalam UPSR 2016 buat mereka dan tempatkanlah mereka di sekolah yang mereka impikan" . . Sya baru faham perasaan ibu bapa yang anak-anaknya ditempatkan di kelas belakang , Sya terbayang diri Sya sendiri satu hari nanti , andai ditakdirkan mengalami situasi yang sama , macam mana reaksi Sya nanti . . Salah satu sebab lain Sya nak nangis sebab Sya tengok budak tu jenis yang baik , jenis yang berusaha keras tapi Allah lebih mengetahui segala-galanya . . Sya tahu perasaan bila tak dapat apa yang kita harapkan dan apa yang diimpikan . . 


Eh , terasa mengalir laju pula air mata ni bila taip . Kena berhenti ni . 


Thanks for reading =)

2 comments:

  1. Impian mereka sama.. iaitu ingin berjaya..

    ReplyDelete
  2. Sukacita dimaklumkan anda telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Book Giveaway by Abam Kie and Friends. Untuk maklumat lanjut dan cara-cara untuk menuntut novel yang dimenangi, sila layari http://www.zukidin.com/2016/09/senarai-pemenang-book-giveaway-by-abam.html. Terima kasih dan tahniah!

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥