Wednesday, 7 September 2016

Ceiba Pentandra Merawat Demam

S.K. | 21:18 | 0Comments |
Image result for daun kekabu

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Ceiba pentandra . . Haa , pernah dengar tak ? Ni nama scientific untuk pokok kekabu . Pernah dengar tak pokok kekabu ? Daun pokok kekabu seperti dalam gambar . . Sya nak share pengalaman bersama daun kekabu . . 


Masa tahun 2000 , Sya first time dapat adik , kiranya bawah Sya la ni , jarak kitorang 4 tahun , masa ni umur Sya pun 4 tahun , Sya mula sekolah tadika masa umur 4 tahun ni la , sebabnya , jeles dengan kakak , kakak ramai kawan , Sya sorang-2 kat rumah , masa tu mak Sya kerja sesi petang , pagi teman Sya kat sekolah tadika , petang pergi kerja . Dalam pukul 11 macam tu dah balik . 


Kemudian , bila mak lahirkan je adik , Sya dah berdikari . Boleh dah kalau mak takde masa kat sekolah tu , masa ni la Sya berkenalan dengan Encik Ceiba Pentandra . Masa tu adik Sya demam panas gila , kemudian , ada lah sorang makcik ni cakap petua mak dia , kalau demam je WAJIB guna daun kekabu . . Esok pagi atau 2,3 jam lepas tu , in sha Allah , demam akan kebah . . 


Cara dia senang je , rendamkan daun kekabu dalam air sikit bagi keluar lendir-2 dari daun kekabu tu , kemudian , letakkan lendir tu atas kepala , sejukkkkk , sedap sangat guna daun kekabu . Sya masa sekolah rendah dulu , kalau mak rendamkan daun kekabu untuk adik , Sya akan join sekali letak atas kepala . . Rasa sedappp je untuk tidur . . Daun kekabu ni sesuai digunakan untuk semua peringkat umur kayyy . Selamat beramal . 


Thanks for reading =)

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥