Wednesday, 14 September 2016

Apabila Sya Berbicara Tentang BPH MSU

S.K. | 22:44 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . .


Alhamdulillah , dah meningkat satu tahun ; Tahun Dua gaissss . . I'm your BPH MSU Senior dear Juniorssss . . =P Best ke jadi senior ? Entahlah , harap-2 Tahun Dua ni GENEZEN akan lebih cemerlang , gemilang dan terbilang , amiiin . . Gembira tengok kawan-2 semua dapat naik tahun sama-2 . . Muka yang nak kena hadap untuk 3 tahun yang mendatang . . . Memandangkan esok takde kelas (Dah sampai Shah Alam , baru semua kelas cancel) Hmmm , ada hikmah tu , in sha Allah . . Memandangkan esok cuti sampai Ahad , Sya nak sambung sikit pasal entry Motivator Jemputan Sekolah , ke Penceramah Jemputan Sekolah , mana-2 lah , lupa dah . . .


Disebabkan Sya sorang je yang belajar di IPTS , jadi , cikgu pun suruh Sya cerita pengalaman belajar di IPTS . . Makanya , ada lah comparison yang Sya buat , tapi malangnya , pada hari kejadian , Sya lupa nak ceritakan perbezaan paling ketara sepanjang Sya jadi student BPH MSU khususnya . . So , kali ni , Sya jet-2 sikit la nak promote suruh jadi student MSU terutama jadi budak-2 Farmasi . .=P Jom mulakan . .


1. Takde Kokurikulum khusus 


Nampak bestkan ? Memang best . Serious , tak tipu , takde langsung aktiviti Koko macam kat uni IPTA yang lain . . TAPI , MSU dia gantikan dengan sistem GeMS , Sistem ni kiranya macam mata merit kita la , join je mana-2 aktiviti , volunteer , community service , ceramah , apa-2 je la , join je , nanti akan dapat markah GeMS ni . . So , takdelah berat sangat untuk turun buat latihan itu ini untuk aktiviti unit beruniform . . Kalau yang rajin tu , boleh join kelab-2 yang ada kat MSU ni , macam-2 kelab ada . . Nak join lebih daripada satu pun boleh . . Serious talk ! Kokurikulum MSU berdasarkan Sistem GeMS ni sahaja . . Tak tipu . .


2. Assignment di Luar Kotak


Macam Sya sendiri , pengalaman Tahun Satu Pelajar Farmasi MSU , assignment Sya kebanyakan nampak macam Sya ni bukan budak Farmasi . Contoh macam Sem 1 , kena buat parody untuk chemistry , buat model HIV , role play . . Masuk Sem 2 pula , kena buat Variety Show berkonsepkan Organic Chemistry , Kena buat role play @ musical untuk Pharmacology , crossword puzzle untuk pathophysiology dan kena masuk Aerodance untuk TeamWork . . Haa , unik-2 kau dia punya assignment , serius cakap , sebelum Midsem , student Farmasi MSU sebenarnya bukanlah student Farmasi , kami boleh katakan yang kami ni pelajar Arts & Theater . . Menyanyi , Menari , Berlakon , yang selama ni Sya tak pernah terfikir pun nak buat depan orang ramai , nahhh , tiba-2 kena buat . . Mostly , assignment student Farmasi MSU berasaskan video dan haruslah kau kena pandai cari groupmate yang pandai edit video . . 


3. Lecturer Semua Gempak ! 


Aura-2 semua lecturer MSU kebanyakannya aura yang menaikkan semangat kita untuk belajar . . Sya dulu agak anti sikit la dengan Biology , tapi , cara pendekatan lecturer kat sini membuatkan Sya rasa macam , "Allahu , kenapalah masa Asasi dulu tak rasa Biology ni senang macam Degree" . . Sampai tahap tu Sya rasa . . Lecturer BPH MSU semuanya berpengetahuan luas , datang dari pelbagai negara yang berbeza , yang paling penting , sayangkan student . . Sya boleh borak dengan lecturer macam kawan-2 , yes ! Sya ada rasa hormat lagi pada mereka , tapi sifat keterbukaan mereka menyebabkan Sya selesa berborak , sifat keibu bapaan yang tinggi dalam diri mereka Sya respect gila ! Paling penting , takde sifat berat sebelah . . Semua sama rata . . Kemudian , cara penyampaian lecture yang berbeza setiap kali kelas . . Memang tak bosan la nak datang , walaupun kadang-2 rasa takut juga bila tiba-2 nama kena seru untuk jawab soalan apa-2 , bagi pendapat , perbetulkan kesalahan orang lain . . One word for them - Gempak ! 


4. Kelas yang kondusif


Disebabkan sekarang ni MSU tengah amalkan pembelajaran Alaf 21 , jadi , sepatutnya , kitorang kena berbincang dalam kelas , ada aktiviti , etc . . Disebabkan meja disusun sebiji macam Flip Classroom , jadi , dapat la feeling budak sekolah rendah balik , satu group ada 6 meja macam tu , senang la nak berkongsi makanan , nak borak-2 , eh  ! Bila take 5 okay , dannnnn , senanglah nak usha orang . Main-2 . . Kelas yang kondusif lagi sebab , aircond yang sejuk membeku gila  ! Dalam kelas tu takdelah padat dengan student sangat . . Sya selesa dengan classmates yang ada sekarang ni , macam-2 orang , lain-2 ragam . . Tapi , Sya tak suka kalau kena belajar dalam Lecture Hall , sejuknakmateiiiii , tahap Kutub Utara Kutub Selatan dah kalau duduk dalam tu . . Bila buat flip classroom , senang nak berbincang dengan kawan mana yang tak faham , tapi. . . . Bila lecturer tengah mengajar , pastu ada hamba Allah ganggu , tak senang juga , rasa nak backhand je . . 


Apa lagi ye nak cerita pasal BPH MSU ? ? Okay la , setakat ni sahaja persepsi Sya terhadap BPH MSU , Sya pasti akan rindu saat-2 duduk kat MSU satu hari nanti . .

Image result for flip classroom

Thank you for reading =)

1 comment:

  1. My bro is in IPTS whilst I'm in IPTA. Yaa yaa I have koko but just not that much, i still hate that tho XD

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥