Wednesday, 10 August 2016

Padah Berblogging

S.K. | 23:20 | 1Comments |


Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Blog . Apa tujuan kau buat blog ni Yaya ? Acerrr cakap sikit . Blog ni wujud dah lama dah , dari tahun 2010 . Tapi , biasalah , berjiwa kanak-2 masa tu (Sekarang berjiwa remaja kayy) , orang ada , kita pun nak ada , tak nak tunjuk noob sangat , nak win je kan =P Hidup berblogging tanpa arah tujuan tu ada la untuk beberapa tahun . Kemudian , dah start nak berblogging secara serius . Masa tu tak berapa pandai lagi la nak tetapkan tema untuk blogging ni . Pikir punya pikir punya pikir , datanglah idea , untuk menolong orang . So , here I am . Yaya ni , takde lah minat sangat untuk menulis sebenarnya . Tapi , dalam adik-beradik Yaya , Yaya rasa , Yaya ni ada jugalah genetik pandai menulis macam ayah Yaya , (Siap berangan dapat terbitkan buku motivasi) Jangan kecam saya peliss . In sha Allah , Yaya boleh lah kot mewarisi gaya penulisan ayah Yaya , cuma ayah Yaya lebih puitis . Yaya , ikut suka je rasanya . Okay , dah panjang dah intro . 


Haa , nak cerita , padah berblogging ni , Yaya kesiankan junior Yaya sebenarnya (Junior Palam) Junior ni , Yaya tak pernah face to face lagi dengan dia , sekadar beremel dan berwhatsapp . Nak dijadikan cerita , dia ada komen dekat salah satu entry Yaya , bertanyakan soalan kalau tak silap , kemudian , ada visitor blog Yaya yang lain , emel la kat dia tanya macam-2 soalan yang berkaitan dengan topik tersebut lah . Mula-2 junior Yaya ni macam pelik juga la , macam-2 pula tu budak tu minta tips itu ini , siap panggil kakak lagi kau , sebab dia ingatkan junior Yaya ni , sama umur dengan Yaya kot . Terima je lah dik oii . =) Padahal , yang budak ni dengan junior Yaya sama umur . Bila baca emel tu , Yaya rasa macam nak gelak guling-2 pun ada juga .


Penangan berblog , orang lain jadi mangsa . Kesimpulan dia , untuk adik junior tersayang , layankan aja kalau ada orang hantar e-mel tu , jawablah dengan seikhlas hati kayy , Orang yang hantar e-mel kat kita ni memang akan appreciate pertolongan kita . Dan selalunya , mereka akan doakan kita berjaya . Jadi , dengan ikhlas dan rela hati , bantulah mereka yang memerlukan . Sebab , kadang-2 kita tak perasan , kejayaan yang kita peroleh bukannya hasil daripada usaha kita sorang , doa kita sorang , kebanyakannya datang daripada doa orang lain juga . Orang yang tak henti-2 mendoakan kebaikan untuk kita . Akhir kalam , Yaya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya , ada dalam kalangan visitor blog Yaya yang tiba-2 e-mel pada awak-2 semua bertanyakan soalan berkaitan dengan entry yang Yaya tulis , Yaya tak bermaksud nak susahkan awak semua . Cuma , awak merupakan insan yang bertuah dan hanya insan-2 yang terpilih sahaja dapat e-mel ni =P


Selamat malam semua  !

1 comment:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥