Sunday, 7 August 2016

B.U.D. Pelbagai Jenis Ubat

S.K. | 08:30 | 1Comments |
Bismillah . . 




Assalamualaikum . . 




Hari tu, Yaya terbaca dekat blog OhBulan! pasal viral tentang 'Ketahui Sebab Tak Boleh Simpan Baki Ubat Demam Dalam Peti Sejuk' , camtu rasanya tajuk dia , kalau lain , maafkan saya . Dan , antara isi kandungan dan komen-2 yang ditinggalkan oleh pembaca , Yaya lebih tertarik dengan komen-2 tu . Antara komen-2 yang menarik perhatian Yaya adalah :

Habis tu tarikh luput dekat ubat tu? Memang sesaje tulis untuk perhiasan?
Beri penjelasan lebih jelas kepada pengguna plis! Jgn buat pengguna keliru! Selama hari ni pengguna bergantung kepada tarikh luput. Tapi lepas baca artikel ni, maksudnya apa? Tarikh luput kat botol tu untuk hiasan?
lah.. nak keliru apanya. semua benda ada tarikh luput. tarikh luput tu tamat bergantung pada tarikh kalau kita tak buka lagi. kalau dah buka, kan dr. tu kata akan mudah bakteria membiak atas tindak balas udara yg tak bersih. kalau dah buka sekali penggunaan je lah

Tiba-2 terasa  terpanggil untuk memberikan sedikit penjelasan tentang isu ni . In sha Allah , Yaya cuba . Dengan berbekalkan ilmu yang cetek di dada sebagai seorang pelajar Farmasi , Yaya cubalah terangkan serba sedikit . Bukan apa, bila baca komen-2 tu ,  Yaya berpendapat , sesetengah masyarakat kurang diberikan pendedahan mengenai ubat-ubatan ini . Mak aihh , banyak pula membebelnya , ayuhlah kita mulakan . 


Mula-2 , Yaya perkenalkan term 'B.U.D.'  , apa itu BUD ? BUD bermaksud Beyond Use Date atau dalam kata lain tarikh luput . Setiap jenis ubat mempunyai BUD yang berbeza . BUD secara umumnya ada dua jenis , BUD sebelum ubat dibuka dan BUD selepas ubat dibuka .


BUD Sebelum Ubat Dibuka:

BUD sebelum ubat dibuka ni senang je , BUD dia berdasarkan yang tertulis pada kotak atau pek ubat-ubatan tersebut . 


BUD Selepas Ubat Dibuka:
BUD ni ada banyak jenis , Yaya sendiri kadang-2 pun tertukar . Dalam proses pembelajaran lagi kan ? XP
  • Refrigated Aqueous Solution : BUD = 14 days
  • Solid & Non-Aqueous Solution : BUD = 6 months or less
  • All other formulations : 30 days

Em' , faham tak ? Kurang faham ? Okay macam ni , untuk refrigated aqueous solution , kategori ni untuk semua jenis ubat cecair yang diambil secara oral (Oral tu , ubat yang makan melalui mulut) contohnya antibiotics , ubat demam , gargles , mouthwash , nasal wash , inhalations dan segala jenis ubat cecair . Eh lupa , ubat titis telinga dan mata pun termasuk dalam kategori ni okay ? 


Yang kedua , Solid & Non-Aquous Solution . Kategori kedua ni untuk ubat yang berbentuk pepejal dan cecair tu diperbuat berasaskan selain daripada air macam guna elixirs , glycerins , etc. Contoh pepejal macam ubat biji demam , panadol , pil , capsul , caplet , tablet , emulsion . Haa , yang jenis macam tu . 


Dan yang terakhir , untuk segala jenis ubat selain daripada jenis satu dan jenis dua.


Ubat ni kan , sebenarnya , kita boleh simpan selagi tak capai BUD tu . Tapi , once dah sampai BUD , tak kisahlah banyak macam mana pun baki dia , mohon akak-2 dan abang-2 sekalian semua buang ya . Ubat yang dah buka , seharusnya , tiada baki lagi yang tinggal . Sebab , biasanya , pharmacist akan dispense ubat mengikut keperluan kita . So , kalau nak simpan juga ubat , untuk kegunaan masa akan datang dalam tempoh yang panjang , boleh , tapi kena simpan yang masih belum dibuka atau digunakan .


Kenapa dilarang untuk simpan ubat yang dah dibuka dalam jangka yang lama ? Sebab , tahap therapeutic effect , efficacy haa , senang citer tahap keberkesanan ubat tu dah makin berkurang dan kemungkinan besar akan ada pertumbuhan mikroorganisma semua . 

1 comment:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥