Wednesday, 8 June 2016

#RamadanInspirationalWords

syafi khizar | 23:21 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 

#RamadanInspirationalWords

Buat kerja yang kita suka ni, sakit penat sekalipun, ikhlas tu senang ada. Kerja ikhlas, Allah suka. 

Kepada yang masih pertikai kenapa saya memilih 'business' sebagai kerjaya, bukan 'engineering', ingat, menuntut ilmu itu tanggungjawab dan mencari rezeki juga tanggungjawab tetapi tak semestinya kita 'wajib' kerja dalam jurusan belajar kita. 

Saya minat belajar engineering tetapi saya tidak minat bekerja sebagai engineer. Jadi saya memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri, yang saya suka, kerana saya khuatir jika saya paksa diri untuk bekerja sebagai engineer, ikhlas tu tak ada bersama. 


Rugi ilmu.? Belajar jauh-jauh, balik tak berbakti pula.? Pada saya, tiada istilah rugi dalam menuntut ilmu dan tak semestinya saya mesti kerja sebagai engineer untuk berbakti. Proses pembelajaran adalah proses men'develop' thinking skills, kematangan utuk melihat dan menyelesaikan masalah. Apa pun bidang yang kita belajar, konsepnya adalah sama. Dan, ilmu, walau dilihat 'tidak dipraktikkan', tidak akan pernah tidak berguna 

1 comment:

  1. Setuju tu.. Buat apa yg kita suka... Baru kita happy...

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥