Friday, 29 April 2016

Petua Mengatasi Tekanan Darah Rendah

syafi khizar | 22:39 | 0Comments |
Bismillah  . . .


Assalamualaikum . . .



Hypotension atau Tekanan Darah Rendah . Yaya sebenarnya salah seorang yang ada hypotension . Hypotension boleh membawa mendapat anemia . Soooooo , Yaya nak share tips pemakanan buat mereka yang satu 'geng' dengan Yaya . Yaya memang pelik gila kalau check darah , Tekanan darah tu NORMAL . Komfirm Yaya minta check 2-3 kali . Semoga bermanfaat .

1. Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.


2. Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).


3. Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.


4. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.


5. Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.


6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.


Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.


Ubat-Ubatan:

Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.


Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥