Saturday, 2 April 2016

Masa Sekolah Dulu , Aku Bercinta Dengan .............

syafi khizar | 00:16 | 1Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


"Semua orang pernah melalui cinta monyet . Cinta monyet ni perkara biasa dalam kehidupan manusia . Tapi , takde apa sangat pun dengan cinta monyet ni . Nak bercinta boleh , tapi janganlah berlebih-lebihan sangat / takyah la melebihi had yang dilarang . Cewah!" (Achik, 2004) 


Kalau sebut pasal bercinta je , mesti orang akan ingat bercinta dengan manusia . Memang mentaliti dah set macam tu , jadi , susah nak ubah . Bercinta tak semestinya dengan manusia . Bercinta dengan perkara lain pun boleh juga . . 


Zaman persekolahan Yaya penuh dengan percintaan .


1. Bahasa Melayu

Personally , Yaya rasakan Yaya takde hal sangat dengan subjek ni . Mungkin la , sebab dari kecik-2 Yaya dah biasa baca novel Kementerian tu , yang kena tukar berpuluh-puluh kali , so , Yaya memang takde masalah dari struktur membina ayat , keluarkan perkataan bombastik , paham hukum D-M , tatabahasa yang kadang-2 menyeronokkan dan kadang-2 membosankan . Mungkin genetik ayah Yaya kuat dalam diri Yaya , so , Alhamdulillah , result untuk subjek Bahasa Melayu ni boleh dianggap membanggakan juga la dan konsisten sepanjang masa . Tips Yaya untuk subjek Bahasa Melayu ni , kalau dulu-2 , Yaya lebih suka TIRU KARANGAN yang dah siap @ ada @ publish kat mana-2 buku / web . Homework tak homework , semua Yaya tiru , dari sekolah rendah lagi . Kemudian , masa dalam exam , Yaya akan combinekan kesemua karangan yang Yaya pernah baca @ tulis semula untuk jadikan cerita baru . HIGHLIGHTKAN PERKATAAN / FRASA yang dianggap menarik & bombastik . Masa Yaya salin balik karangan-2 tu semua , Yaya akan highlightkan frasa-2 yang menarik supaya senang untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang . Dan bila dah highlight , lagi senang la untuk buat ulangkaji . 


2. English

Ikut mood , Kadang-2 okay , kadang-2 k.o . Masa zaman sekolah rendah sampai Asasi , Yaya rasa , Yaya kadang-2 boleh dikatakan agak fluent la untuk speaking . Yaya hentam je cakap . Paling penting CONFIDENT! Ramai kawan-2 Yaya taknak speaking sebab tak komfiden . Takut salah Grammar semua . Sampai satu tahap , masa Asasi dulu , ada kelas ELC which is kelas English masa tu , kena baca article / stories yang lecturer provide kan , kena berdiri la kan , sebutan Yaya sebenarnya more to British accent sampai bila kita sebut , orang ingat salah . Yaya dulu akan pronounce 'Z' as 'Zee' bukan 'Zack' . Camtu la lebih kurang . Yaya boleh speaking laju-2 kalau orang minta . Kadang-2 ada lecturer / cikgu tanya , kenapa Yaya mahir speaking compared to writing . Jawapan Yaya : COMFIDENT! Kemudian , masa kecik-2 dulu , untuk Yaya sebut dengan betul sesuatu perkataan , Yaya kena buka kamus [sebut ikut gaya phonetic tu] @ online searching cara untuk sebut sesuatu perkataan tu'  Sebab lama tak praktis kan , Sebutan Yaya pun terabur habis . Untuk Writing pula , senang je , Keep on Reading English Books / News / Watching English Movies . Nampak senang , tapi nak buat tu , kena betul-2 minat . Sebab , kita deal dengan bahasa , bahasa ni kena buat berdasarkan minat , kalau tak minat , memang hancur la jawabnya .


3. Matematik

Matematik ni , Yaya anggap macam kacang goreng je la . Memang kadang-2 susah nak paham , sekali lagi , mungkin sebab Gene Ayah Yaya , maka , untuk itu , Yaya rasa Matematik ni tak complicated . Banyakkan buat latihan . In sha Allah , senang untuk menjawab dan memahami . Style Yaya pelik sikit , Yaya tak suka sangat buat latihan sebenarnya . Yaya lebih suka Fokus tahap infiniti dalam kelas kemudian ajar kawan . Ikut lah keselesaan masing-2 . Sebab Ilmu bukan macam duit , duit kalau kita bagi kat orang , duit kita akan makin berkurang . Kalau ilmu kita bagi kat orang , ilmu tu akan meningkat . Betul kan ? Macam tu la konsep Yaya dalam menuntut ilmu . Tapi , kadang-2 , bila tengah serabut tu , Yaya malas juga nak ajar orang , tenangkan diri lagi bagus [Bila dah serabut sangat la]


4. Bahasa Arab

Macam entry-2 sebelum ni , Yaya tegaskan , Yaya langsung takde basic dalam Bahasa Arab . Apa yang Yaya belajar masa Form 1 , itulah basic Bahasa Arab Yaya . Then , how come result Yaya untuk Bahasa Arab 88 ke atas ? Minat ! Yaya masuk dalam aliran Agama [Yang kena amik Arab ni] sebab kena paksa dengan kawan-2 Yaya , pluss , Yaya nak duduk kelas 1st , jadi , kenalah amik Arab . Mula-2 kelas , Yaya tak paham apa-2 pun Bahasa Arab ni . Tapi , sebab cara ustazah mengajar , bersoal jawab , buatkan kita takut untuk kena denda . Lama-2 Allah bukakan hati , permudahkan jalan , Yaya jadi minat dengan Bahasa Arab . Mindset Yaya mesti kena selalu cakap , Bahasa Arab ni mudah . Homework yang diberi kena SIAPKAN . Mana yang tak tau tu , cepat-2 tanya jawapan kat ustazah . Nak kata siang malam menghafal Bahasa Arab ni tak juga . Yaya hafal bila Yaya rasa nak hafal , dalam kelas siapkan homework terus . Bila ustazah cakap jawapan salah , cepat-2 cari jawapan yang betul , lama-2 Yaya dapat rhytm macam mana nak belajar Bahasa Arab . 


Okay la , nanti kita sambung lagi . Entry ni lebih kepada pengalaman dan sedikit tips yang mungkin berguna untuk satu-2 individu tu . Mungkin . 

1 comment:

  1. tapi zety dulu kat sekolah in a love-hate relationship dengan maths,

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥