Friday, 8 April 2016

International Aerodance Competition 2016

syafi khizar | 19:43 | 2Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .

Haritu parody , haritu role play , haritu menyanyi . Hari ni ? AERODANCE ! MENARI! ! Last menari depan orang ramai masa Darjah 3 (2005) , tu pun masa Hari Guru . Lagu Medley Bollywood for about 12-15 minutes ? And that time , aku HEROIN dalam lagu tu . Hmm , kau rasa ? Tahap MALU meningkat sampai mana ? Siap ada cikgu cakap mak boleh dapat menantu da . Hmm , HERO pula jiran satu lorong aku . Pfffttt . Kawan dari kecik , memang aku tak segan la citer dia kan XP 


Okay , back to the topic , International Aerodance Competition . Of course la dianjurkan oleh MSU tercinta dan bertempat di MSU . Aerodance ni annual activity untuk MSU especially bila ada Convo . Tapi , cerita kali ni berbeza sedikit dari tahun 2005 . Kali ni , aku jadi one of the committee members which is as a photographer . Jujur cakap , aku agak FAIL sebenarnya untuk jadi PROfesional Photographer , so , buat je la apa yang mampu . Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar . Pengalaman baru pun dapat .


Bagi aku , one day , kalau kena join lagi perkara-2 yang berkaitan tarian ni , in sha Allah , antara jadi committee atau peserta , aku pilih jadi peserta . Nak kata ada bakat dalam tarian , takde sangat la sebenarnya . Jadi photographer sebenarnya penat juga eh . Ingat tak penat . >_< 


Darah tari menari dalam diri aku ni sebenarnya ada la sikit . Sebab , masa umur antara 5-10 tahun , pantang cuti sekolah atau hujung minggu , aku akan balik Kuantan . Kat Kuantan , aku ramai sepupu yang sebaya . Kebetulan , sepupu aku yang lahir 3 hari lebih awal dari aku ni minat menari , dia selalu akan join mana-2 competition / buat performance untuk mana-2 majlis . Depends pada cikgu tari dia la kan . So , bila balik Kuantan , kalau sepupu aku nak berlatih menari , dia akan ajak aku . Ajar aku dan sebab masa tu masih kanak-2 lagi , lepas puas main pondok-2 , kitorang akan menyanyi kemudian menari . Kalau pukul 2-5 pm biasanya kitorang akan pasang DVD lagu irama tradisional (kalau tak silap) , kemudian kitorang akan menari . Memandangkan rumah Tok memang luas , so , pakcik makcik memang tak kisah sangat la . Dari situ aku minat menari . 


Untuk Aerodance ni pula , asal lagu dipasangkan , badan ni macam automatik nak menari sekali . Kadang-2 cover sikit la kan , supaya orang tak syak aku ni minat menari . :P Aerodance ni sebenarnya Major Project untuk PEC 04 (TEAMWORK SKILLS) . Alhamdulillah , aku dah agak da dari semalam sebenarnya ! Kitorang boleh JUARA ! Sebab ? 
  • Malam tadi aku susah nak tidur , tidur-2 ayam je 
  • Dari malam sampai pagi , badan ni asyik nervous memanjang

Kebiasannya , untuk aku la kan , kalau dua-2 tanda ni terjadi pada aku , maksudnya ada benda baik bakal berlaku . Tapi , aku tak percaya sangat pun , just instinct . Camtu la lebih kurang =) Disebabkan ini teamwork , pendapat aku , banyak lagi kumpulan yang lebih mengancam dan menarik , TAPI kenapa kami boleh jadi JUARA ? Sebabnya , kitorang ENJOY dan ada TEAMWORK ! Kumpulan aku sebenarnya hasil gabungan tiga buah fakulti , jadi , akan ada persembahan gabungan dan persembahan solo dari setiap fakulti . Pendapat aku lagi , kami menang sebab , kami bagi kerjasama yang penuh antara satu sama lain dan support antara satu sama lain , contohnya , bila fakulti aku buat persembahan , dua lagi fakulti akan tepuk tangan ikut rentak dan sama-2 sebut perkataan yang penting dalam lagu kami , begitu juga bila fakulti lain buat persembahan , fakulti aku akan tepuk tangan ikut irama dan sebut perkataan keramat dalam lirik lagu tu . 


Betul lah cakap ketua kami , show your support to each other , by doing this , we might WON and it shows our cooperation is at the highest level . 

Thank you semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung . Alhamdullilah , rezeki GENEZEN tahun ni . 



2 comments:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥