Saturday, 23 April 2016

Best ke Belajar Farmasi ?

syafi khizar | 18:13 | 0Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Yeayyyy ! ! One day nak bercuti 'Underwater' . Mohon abangs-2 sepupu sekalian support hadekkk sorang ni =P Kenapa abangss sepupu ? Sebab mereka suka buli sayaaaa masa kecikkk . Suka sangat tengok budak kecik ni nangis . Cisss ! 


Alhamdulullillah , daripada 11 homework [Assignment, Proposal, Report] tinggal lagi 4 sahaja belum siap ! Great job Yaya ! Lepas habis Test , lepas habis lepaking kat AEON , lepas Asar Jumaat semalam , terus bertungkus-lumus siapkan semua homework . Yang penting, Ahad esok nak rileks-2 je. Nak study untuk Quiz Korean Class Selasa nanti . Masuk kelas Bahasa Korea , kemaiiin lagi kau Yaya . Saja mencabar diri macam Yaya cabar diri masa mula-2 nak belajar Bahasa Arab dulu . Okay , cukuplah membebel . 


Sebenarnya , Yaya tak boleh move on lagi bila tengok gambar nikah abang sepupu yang kat Penang tu . Bila tengok je gambar nikah diorang , automatik air mata mengalir . >_< Terlalu happy untuk mereka . Plus , abang sepupu Yaya sorang ni , terlampau baik dan bertanggungjawab . Tak sangka dah jadi milik orang .Tak boleh da nak bermanja-manja , nak merengek-rengek , nak mengejek-ejek  , nak kacau-2 dia bila balik Penang nanti . Pasti ! Akan jarang gila dah nak jumpa . *Kakk , Jaga abang kami baik-2 . Kami susah nak lepaskan dia tau*


Back to the main topic . Masa buat blog ni , Share pengalaman itu ini dalam blog ni , tinggalkan e-mail address dekat sidebar , Alhamdulillah , Yaya dapat feedback yang positif daripada pembaca-2 sekalian . Terima kasih semua . Tujuan Yaya buat blog ni sekadar untuk ceritakan pengalaman , share-2 idea , bukan nak mengarut-ngarut sangat la . 


Selalu juga Yaya dapat soalan 
Best ke belajar dalam bidang Farmasi ni?

Mai sini , kami nak jawab soalan hampa .


1. Minat

Sejujurnya , mula-2 Yaya memang anti gila dengan bidang Farmasi ni . Yaya memang taknak amik bidang ni . Memang tak minat . Dan kalau boleh taknak tanam minat dalam bidang Farmasi. Orang cakap , jangan benci sangat , nanti jatuh sayang . Alhamdulillah . Sekarang ni Yaya dah boleh adapt dalam bidang Farmasi ni , walaupun kadang-2 rasa macam nak give up sambung belajar dalam bidang Farmasi ni. Biasalah , kehidupan as a student , ada masa rilex , ada masa stress ada rasa macam-2 dan bercampur baur . Bagi Yaya , sebab Yaya memang minat dalam Medical Field ni dari kecik , so , mungkin la , lepas dah belajar dalam bidang Farmasi ni , Yaya rasa minat tu datang secara automatik walaupun tak dapat jadi doktor (Hmm , Ayat keling apakah petang-2 ni?) . Buka hati luas-2 , terima seadanya kita dalam bidang apa , in sha Allah , seronok bila belajar dan akan minat dalam bidang tu . 


2. Susah ke Senang ?

Memang susah la nak jawab soalan ni . Bagi Yaya , setiap bidang ada susah senang dia . Kita tak boleh nak compare satu bidang ni dengan bidang lain . Ada orang cakap Farmasi lagi senang dari Medic , tak juga . Sebab dalam Medic , kau tak belajar cara nak buat sesuatu 'drug' a.k.a ubat tu . Bagi pendapat Yaya sendiri la kan , nak compare sesuatu tu compare dengan yang setara dengannya . Lagi-2 kalau dalam bidang yang kita belajar , waima , Accountancy , Law , Islamic Banking , TESL , semuanya ada susah senang yang tersendiri dalam cara yang berbeza . Sejujurnya , bagi Yaya yang sedang mengikuti kos Farmasi ni , Farmasi ni ada yang senang dan ada yang susah . Depends pada cara kita handle kesusahan dan kesenangan sesuatu subjek tu . Macam yang Yaya cakap awal-2 tadi , kalau kita letakkan hati dan jiwa kita untuk sesuatu bidang tu , in sha Allah , kita akan rasa senang untuk subjek tu . Mindset kena selalu fikir 'Senang' barulah semua benda jadi mudah . Kemudian , kena rajin membaca . *Ehem ! Yaya ni pemalas untuk membaca* Tapi seriously , setiap hari , peruntukkan satu jam untuk membaca notes setiap subjek tu , in sha Allah , mudah untuk faham . Yaya sendiri pun kadang-2 , bukan kadang-2 , jangan nak menipu sangat . Selalunya , bila baca sekali je notes tu , memang tak faham . Kena baca banyak kali . Madam Yaya selalu pesan , "Read everyday , Repeat , Repeat , Repeat" In sha Allah , ke arah meningkatkan pembacaan harian . Doakan Yaya . 


3. Best ke Tidak ? 

Bagi Yaya , best ! Sebabnya , kita tahu mechanism ubat yang masuk dalam badan kita , kita tahu cara untuk pilih ubat paling terbaik buat diri kita , kita tahu apa penyakit yang kita hadapi bila badan-2 kita dah bagi beberapa tanda dan symptom-2 . Bagi Yaya la . Best ni berkait rapat dengan minat . Kalau kita minat , akan jadi best la . Best juga tersangat berkait rapat dengan rakan-2 satu batch dan classmates . Bagi Yaya , apa yang buat Yaya masih bertahan dan survive dalam bidang Farmasi ni adalah sokongan penuh daripada family , kawan-2 dan lecturer . Alhamdulillah , kawan-2 Yaya semua best-2 . Nak judge kawan-2 ? Yaya tak berani . Yaya lebih terima mereka seadanya . Malas nak serabut otak nak judge orang buat masa sekarang ni . Tapi , kadang-2 perlu . Ikut keadaan semasa . Mostly , Yaya abaikan je . Classmate baru untuk sem ni pun alhamdulillah semuanya ok . Takde yang buat masalah . 


Apa-2 pun , best ke idokkkk , semuanya bergantung pada individu tersebut . Bagi Yaya best . Tapi , mungkin ada orang rasa tak best belajar dalam Bidang Farmasi ni . Apa-2 pun , semuanya bergantung pada minat . Ada minat semua boleh jalan . Takde minat , pergi jalan daaaa~ 

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥