Sunday, 13 March 2016

New Semester

syafi khizar | 01:01 | 1Comments |

Bismillah . . 

Assalamualaikum . .


Haritu citer pasal AEON SHAH ALAM yang baru buka kan ? Cadangnya , LEGENG @ PALAM / SALAM ni nak buat small reunion la kat AEON  . Dalam merancang tu , selalu Yaya jadi mangsa diorang . Layankan aje ~ Masa kat Palam dulu , setiap bulan , Yaya & batchmates yang kat Palam akan buat reunion , makan sama-2 , kitorang mesti akan dapa visitor tiap-2 bulan . Best sangat rasanya masa kat Palam tu . Dan , dari Palam lah mula timbul kes 'Yaya kena goreng' . Ciss ! Pasal nak gather-2 ni pun , Yaya kena goreng lagi . Hampeh budak-2 ni . Tapi , layankan aje . Sebab , Yaya tau diorang bergurau & diorang ada masa senang & susah Yaya . TRUE FRIENDS =) Baik lelaki mahu pun perempuan . 


Okay la , jap lagi nak kena balik Shah Alam da , New Semester . Guess what ? Yaya sedang berduka cita . Kemungkinan besar , grouping bertukar . I mean , classmates . Masa Sem lepas , Yaya masuk Group B sebab kitorang semua budak baru . Tiba-2 , Sir Whatsapp Yaya cakap yang Yaya Group A untuk Sem ni . . Pastu ada lah senarai nama yang lain-2 . Yaya terfikir-fikir la , senarai grouping kali ni based on results ke ? Tapi , result tak tau lagi .  Ke random ? Kalau dulu kelas Yaya 4 orang je laki , tapi 2 fly Japan untuk satu sem , tingal 2 je laki dalam kelas . Kewujudan 2 laki tu pun macam wujud tak wujud , sebab minoriti sangat , pastu duduk belakang-2 , awal & habis kelas je Yaya tegur-2 dua kumbang tu . =P Kadang-2 kalau diorang duduk sebelah Yaya baru Yaya borak lama sikit . 


Kalau betul la senarai nama yang Sir Whatsapp Yaya tu adalah classmates Yaya . Makk aiii , ramai la pula lelaki . Yaya & the gang still satu kelas . Cehh ! And the gang sangat . Tapi boleh la nak dikatakan gang-2 Yaya , sebab mostly , kalau ada aktiviti berkumpulan , kitorang buat sama-2 . Dan dah paham cara kerja masing-2 , dah selesa semua , malas la nak bertukar-tukar . One of the reasons Yaya suka kawan dengan diorang sebab diorang jenis bagi kerjasama & komitmen sepenuhnya . So , senanglah kan . 


Okay la , kita tunggu apa jadi hari Isnin . Semoga semua berjalan lancar . Amiin . 

1 comment:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥