Friday, 4 March 2016

Kerana Berasa Diri Lebih Baik

syafi khizar | 20:36 | 1Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 

Peringatan untuk diri .


Sungguh. Saya pernah mengalaminya. Pada satu ketika, saya melihat seseorang melakukan satu dosa.. lalu saya tertanya-tanya 'Kenapalah dia boleh tergamak buat macam tu?'

Subhanallah. Barangkali persoalan itu diiringi dengan rasa diri lebih baik daripadanya.. maka Allah menghukum saya.. Saya turut melakukan kesilapan yang sama! Allah ya Allah..

Sungguh.. dari perkara ini sahaja, paling tidak saya belajar tiga perkara:

1) Jangan pernah berasa lebih baik dari sesiapa. 
Sikap itulah yang menjadi punca syaitan menjadi makhluk derhaka lalu terkutuk selama-lamanya.

2) Manusia memang dicipta dengan fitrah cenderung melakukan dosa. 
Mempertikaikan seseorang melakukan dosa, samalah seperti kita mempertikaikan mengapa Nabi Adam boleh terkeluar dari syurga.

3) Yang pelik tentang manusia bukan saat dia tersilap. 
Tapi saat dia biadap. Saat dia tahu dia melakukan kesilapan, tapi enggan merayu keampunan. Saat itu, hatinya sekeras syaitan. Akur Nabi Adam membawanya ke syurga. Takbur syaitan berakhir dengan neraka.

Insya-Allah, sama-samalah kita berlindung dengan Allah dari kejahatan diri kita sendiri...

اللهم ألهمني رشدي، وأعذني من شر نفسي

“Allahumma alhimni rushdi, wa a’idhni min sharri nafsi"

Ya Allah, tunjukilah kami dan lindungilah kami dari kejahatan yang ada dalam diri kami sendiri.

(Hadis Riwayat Tirmidhi )

P/s : Copy Paste . Credit to Owner .

1 comment:

  1. sya pernah buat gini lpas tu sya pon buat, huhu

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥