Friday, 25 March 2016

Get to Know Yaya Better

syafi khizar | 21:24 | 1Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Kengkadang (Short form untuk kadang-2) , ada orang tanya soalan kat Yaya , 'Who Are You Actually' Ihiks . Terasa femes sekejap . Sekejap pun jadi lah . Okay la , 25 May 2016 , Officially , Yaya nak buat sedikit pengenalan / sesi suai kenal diri Yaya dengan pembaca-2 sekalian . 


Nama diberi SNSMK , Sebenarnya  ! Penggunaan Yaya dalam blog ni takde kaitan pun dengan nama Yaya , eh ! Mungkin ada sedikit . Kenapa guna Yaya ? Sebab , masa dulu-2 Yaya obses sangat dengan novel remaja / kanak-2 'DEAR YAYAH' . dan , Yaya nampak dan dengar kadang-2 bila orang panggil nama Yaya , ada terkait sikit bunyi dia dengan Yaya . Dalam alam realiti , orang akan panggil Yaya as 'Syafi , Syaf , Sya , Fiya , Fiah , Pia dan Syafiah' Okay !  Bab nama selesai . 


Umur ? Masih berjiwa kanak-2 , zaman kanak-2 diepenuhi dengan Walt Disney Cartoon . At that time , Yaya hampir memiliki separuh anak patung / bear daripada main characters Walt Disney . Yaya sebenarnya seorang yang pendiam tetapi peramah . Mungkin ! Yaya senang nak mingles around denga orang baru mahupun lama , yang tua mahupun muda , yang lelaki mahupun perempuan , walaupun kadang-2 rasa awkward , Yaya hentam je . Yaya jenis yang tak pandai nak judge orang sebenar-benarnya . Yaya tak suka judge orang so that , orang tu hopefully tak akan judge Yaya . Sebab , setiap individu ada kelemahan dan kekuatan yang tersendiri , seharusnya , kelemahan tu dilengkapi oleh mereka yang mempunyai kekuatan . Bagi Yaya la . =) 


Imma a choosy girl actually especially pasal minuman . Yaya jarang akan cuba minum minuman di luar kebiasaan Yaya . Sebabnya ? Yaya ni seorang yang takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan kadang-2 terlebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan suka ambil risiko terhadap apa yang Yaya nak capai . 


Kelahiran blog ? Yaya mula menulis blog pada usia 14 tahun , masa tu tulis main-2 , orang nak ada blog , Yaya pun nak ada blog . Kalau diikutkan sejarah menulis blog , stnrsyfh ni merupakan blog yang KELIMA / KEENAM buat Yaya . Dan kali ni , Yaya betul-2 serius nak tulis blog . Yaya dah matang sikit dah . Yaya perasan , sekarang ni , semua maklumat di hujung jari , Yaya harap , dengan kewujudan blog Yaya ni , Yaya mampu memberikan maklumat dan info buat mereka yang mencari maklumat / info tersebut . 


Last but not least , I'm an Rx to be . What's that ? Rx means pharmacy symbol . Yaya tak sangka Yaya akan ceburkan diri dalam bidang Farmasi . Menurut sejarah hidup Yaya , cita-2 Yaya menjadi seorang doktor O&G / Dentist . Tapi perancangan Allah Maha Hebat , Sebab Allah tahu apa yang terbaik buat Yaya , maka Allah campakkan Yaya dalam bidang Farmasi ni . 


Oh ya ! Mungkin ! Lepas ni Yaya akan gunakan kata ganti 'aku' untuk entry seterusnya supaya pembaca dapat menjiwai entry-2 Yaya yang berikutnya . Aiceh ! In sha Allah . Semoga bermanfaat . 

1 comment:

  1. Minat juge doctor tapi takde rezki. Allah plans most better right sis? Btw, selamat berkerjaya farmasi yaya. (;

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥