Tuesday, 15 March 2016

Amboi , sakan awak ye .

syafi khizar | 17:56 | 1Comments |
Bismillah . . . .

Assalamualaikum . . .


Tajuk . Ada kaitan dengan AEON Shah Alam . Alaaa , AEON yang baru buka tu , yang dekat dengan Tesco Extra , yang dekat dengan MSU , yang dekat dengan Stadium Melawati & Stadium Shah Alam tu ... Haaa , senang citer yang dekat Sekysen 13 tu .


Begini ceritanya ...... 


Sedikit REVIEW daripada Yaya , sungguh ! Not bad at all AEON Shah Alam , Yaya sukakan konsep dia , tak tahulah konsep dia akan berubah setiap tahun atau macam mana , 14032016 , Yaya pergi semalam . =) Apa yang Yaya perhatikan , konsep hiasan AEON dalaman AEON ni adalah bertemakan Jepun . Pokok sakura , meja makan , laluan , etc . Siapa yang kaki selfie , wefie semua , memang cantik la kan gambar dia , seronok wehhh kalau nak gambar banyak-2 jet-2 kat luar negara . 


Semalam , Yaya pergi saje je , memandangkan kelas habis awal semalam , bak kata orang , tawaf keliling luar dan dalam AEON Shah Alam . Macam-2 kedai ada dalam tu , Yaya tercari-cari kelibat Sushi King , tak terjumpa pula , atau .... Yaya tak terperasan , ye la kan , jalan nak cepat je , ada tu , ada . In sha Allah . 


Ada entertainment juga dalam tu , kalau budak-2 nak riding dinasour pun boleh , biasanya kita tengok mall-2 ni buat tempat budak-2 main kereta kan , AEON Shah Alam buat lain sikit , budak-2 naik dinasour , kalau aku kecillll , dah lama naik dinasour tu . Kemudian , ada juga train @ kereta api yang bawa keliling mall , agak-2 penat nak berjalan , boleh la naik tren tu , Seghonokkk tengok orang-2 tua naik . Ekeke . Ok . Tu je sedikit review daripada Yaya . 


Masa tengah syioookkk bergambar kat level 2 kalau tak salah , ada sorang uncle ni 'Amboii , sakan awak yer' ...... Aiii keraiiii ... Nak tengok gambar mana ? Boleh la tengok kat IG Yaya , lepas abis tanhkap gambar tu , terus kena tegur . Uncle tu ada dekat tempat Yaya nak amik gambar dari mula-2 Yaya menapak kat tempat tu .. Sampai last sekali uncle tu offer nak tangkap gambar Yaya & kawan-2 . Uncle tu bosan tunggu aunty , katanyalah , Yaya pun layankan aje Uncle ni borak . 


Tetiba terrrjadi ramah semalam lepas dengar ayat 'Amboii , sakan awak yerr' :P Komen uncle tu 'AEON sepatutnya buka pusat bowling!!!' Yaya pun kena komen juga dek Uncle tu , Uncle tu cakap Yaya ni kecik . Ayat selamat 'Kecikkan comel' 


P/s : Alhamdulillah , Dean List ♥

1 comment:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥