Friday, 12 February 2016

Wai Rai High School

syafi khizar | 19:17 | 0Comments |
Bismillah .  .


Assalamualaikum . .



Phewww ! Baru abis marathon Freshei High School . Orteang lain cuti-2 sem macam gini marathon cerita Korea , Yaya sebaliknya . Marathon abis citer-2 zaman 2000 an zaman umur 4 tahun . Kemaaaiiiin . Umur 4 tahun pandai tengok & paham citer-2 Korea , Thailand , Bollywood . Hmm . Matang cepat mungkin . =P . Ndak laa , terpengaruh tengok sebab family Yaya kan besar , so , Yaya generation ke 4 . Rasanya . Yang generation ke-3 ni , selalu sangat buka citer-2 macam tu . Masa kecik Yaya selalu balik kampung , tinggal lelama kat kampung tu . Dulu-2 kan takde gadget serba canggih ni sangat , TV la benda paling best nak layan . Abang-2 & kakak-2 sepupu pula jenis kaki movie , telenovela , cerekarama bagai , adik-2 sepupu yang kecik cenonet ni , terpengaruh jua akhirnya . 


Wai Rai High School merupakan Siri Pertama sebelum Freshei High School . Cerita ni cerita Thailand . Sedih beb ! Mengisahkan pasal persahabatan dan percintaan . Musuh yang bertukar menjadi sahabat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih . Yaya bagi 5/5 bintang untuk cerita ni . 


Untuk Siri Pertama , Rye, Aon, Nathelie, Bow, Tat, Ong dan beberapa orang kawan dia yang Yaya tak ingat nama merupakan geng Wai Rai . Diorang masa ni di alam zaman persekolahan . Masing-2 ada keletah dan perangai masing-2 . Diorang ni budak-2 nakal . Sebelumnya, Rye ni boleh dikatakan macam musuh Aon sebab Rye ni budak baru dan tak minat sangat bergaul dengan orang . Rye dan Aon kalau jumpa mesti bergaduh . Orang cakap jangan selalu bergaduh , nanti jatuh sayang . Last sekali , diorang couple , Rye sayang gila dekat Aon . Sebab diorang ni duduk kat kelas akhir , nakal pula tu , macam-2 cara diorang buat untuk kenakan cikgu-2 , diorang bukan tak suka cikgu-2 tu , tapi biasalah , asyik kena compare , siapa tak bosan kan ? 


Untuk Siri Kedua , Aon, Rye , Ong , Nathelie , Bow dapat masuk sama universiti . Can't get enough tengok Aon dengan Rye . Rye take care gila-2 kat Aon , I is jeles wehhhh . Muncul watak baru , Big , Dan , Jay , Kitty dan Prae . Kitty dan Prae ni Yaya tak minat sangat . Gedik ! Big dan Dan ni sebenarnya geng-2 Wai Rai pernah jumpa masa dekat satu event , diorang terlanggar antara satu sama lain , jet-2 gengster la kan . Last-2 sekali , geng-2 Wai Rai terima Big dan Dan sebagai geng baru Wai Rai . Big suka Aon , Big selalu jeles bila tengok Aon dengan Rye , tapi , dia tak tunjuk sangat , dia control gittew ~ Dalam Siri Kedua , percintaan Aon dengan Rye banyak diuji sebanarnya . Gaduh-2 manja tu biasala . Yaya suka gila-2 dengan watak Rye & harap one day dapat jumpa boyprennn macam Rye . Peace ! Gataiii . Uhuks . Rye ni pendiam tapi mudah memahami . Camtu la lebih kurang . Rye cakap 'Aon cepat marah dan cepat cool . Kalau Aon tengah marah , jangan cakap apa-2 dengan dia' Rye caring giler ! Ahhh . Melting . Tapi , dekat-2 akhir cerita , Rye tak layan Aon sangat , dia biarkan Aon marah diri dia , dia biarkan Aon benci dia , dia biarkan Big lebih menjaga Aon daripada diri dia .  Sebabnya ? Rye ada penyakit jantung , dia tahu , umur dia singkat , dia taknak Aon sedih & takde orang yang nak jaga Aon . Jadi , dia cari siap-2 pengganti diri dia untuk jaga Aon , sayang Aon macam mana dia sayang . Aon tak tau pun Rye ada penyakit jantung sampai la satu hari masa diorang buat trip , Rye sakit-2 , jadi diorang kena keluar dari hutan secepat mungkin , masa kat hospital , baru Aon tahu kenapa Rye buat semua ni , Aon pun macam salahkan diri dia sebab tak cuba dengar betul-2 penjelasan Rye . Last word daripada Aon bila Rye cakap sebab dia buat semua ni 

'I want you to get a better man to take care of you' - Rye
"Why do I need to find a better man when I have the best man with me?" - Aon .

That made him smile . Permintaan akhir Rye untuk tengok Aon senyum dan berhenti nangis . Aon senyum dan........ Rye pun mati . Jarang nak jumpa cerita yang hero dia mati . Seriously, dari awal cerita ni ada , Yaya akan nangis . Sedih . Cuba letakkan diri sendiri dalam situasi macam tu . Aihh . Tak kuat rasanya . Yaya harap-2 , masa umur Yaya dah cukup nanti , Yaya nak cari 'gang' macam diorang ni , selalu ada masa senang atau susah & kalau boleh Yaya nak cari juga lelaki macam Rye . Pendiam , rela berdiam diri tapi caring tahap infiniti . Impian kena ada . =P .

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥