Sunday, 21 February 2016

Tips on How to 'Mengorat' Your Lecturers

syafi khizar | 11:42 | 4Comments |

Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Baru acah-2 rajin nak bawa Mr Laptop pergi campus bila buka sem nanti , dah beliau permainkan perasaan Yaya . +___+ . Dah kenapa semua tablet dan laptop mempunyai masalah yang sama . Battery cepat abis , Battery 'Kong' la senang citer . Ni mesti kes guna masa tengah charge . Tak lain tak bukan . Hm , tau . :Z  Haruslah di'operate' sekalian makhluk sebelum semester buka . 3 minggu lagi . Kot . =P Lama lagi ~ Dusshh , surat denda abang Posmen pun tak gi bayar lagi . Siapa rajin sangat hantar surat tak cukup duit setem niiiiii . Btw , tajuk entry look nice . Ain't it ? Saja nak bagi tips . Saja je okay . =)


1. Bertegur Sapa dengan Lecturer

Buat je muka tak malu bila jumpa lecturer kat tengah jalan tu , selamba badak je bagi salam atau pun senyum kat lecturer . Kalau Yaya la kan , Yaya suka senyum dulu . Senyum kan sedekah . Gituhh . Ada sorang lecturer ni , Yaya tak pasti fakulti mana , muka dia macam Einstein gitu . Yaya senyum je la . Kemudian , start daripada Yaya senyum tu , asal dia jumpa Yaya , komfirm dia akan senyum , angkat tangan & greet Yaya . Kadang-2 , bila nak pergi kelas kan , kalau lif ramai orang , dia akan bagi Yaya masuk dulu . Aucchh , rasa macam anak emas gitu . Tak la , sebab kadang-2 kalau kelas Yaya lambat lagi pun , kalau kat lif tu , Yaya suka bagi laluan dekat orang yang nampak macam rushing . Malas la nak berhimpit-himpit . Orang kata , kalau tak kenal maka tak cinta , so . rajin-2 la bertegur sapa dan berkenal-kenalan dengan lecturer .


2. Perkenalkan Diri

Yaya sebenarnya jarang buat benda ni , kecuali bila lecturer tanya . Biasanya , kawan-2 Yaya yang akan perkenalkan Yaya dan Yaya suka perkenalkan diorang pada lecturer . Pada Yaya la kan , bila kita introduce orang kat orang lain , sebenanrnya , orang tu lagi ingat dengan nama & muka kita . Sebab , kita yang banyak bercakap berbanding diorang . Seriously , tak tipu .


3. Keep in Touch dengan Lecturer

Ada orang jenis yang penakut nak amalkan perkara ni . Bagi Yaya , Yaya suka amalkan . Cara Yaya , kalau takde apa-2 yang nak tanya @ borak , cukuplah sekadar senyum masa berselisih kat mana-2 . Lama-2 , lecturer akan ingat muka kita . Kadang-2 Yaya tak keep in touch selalu sangat pun , Yaya suka kacau-2 lecturer masa tengah 5 mins break , tak pun sebelum start @ habis kelas . Kadang-2 saja-2 borak dengan lecturer sebelum masuk kelas . One of the reason Yaya suka duduk barisan paling hadapan sekali adalah untuk lecturer mudah ingat Yaya . Kata nak mengorat kan , mestilah kena amalkan sikap berbaik-baik dengan lecturer . Bagi Yaya , kalau duduk betul-2 depan meja lecturer , lagi banyak info yang kita tahu dan paham sebab bila tengah 5 mins break , kita akan borak-2 dengan lecturer , orang lain pula sibuk bising-2 kat belakang .


4. Participate Dalam / Luar Kelas

Point ni penting juga bagi Yaya . Bila kita selalu participate dalam dan luar kelas , lecturer akan perasan akan kewujudan kita . Masa semester lepas , Yaya ada la beberapa kali jadi 'orang besar' dalam beberapa program . Lecturer Yaya ada cakap semalam , one of the reasons dia selalu ingat dan perasan Yaya start daripada Yaya jadi 'orang besar' program . Rasa macam bangga pun ada juga . Bukan sebab apa , lecturer berbanding dengan cikgu sekolah , lecturer kan ada beratus-ratus students yang dia ajar dalam satu masa . Memang sangat tipis la dia nak ingat muka dan nama kita . Bila join beberapa program , lecturer ingat muka kita . Rasa macam , 'Wow ! Tak sangka lecturer ingat =)' Selain tu , selalu tanya soalan & berinteraksi dengan lecturer pun salah satu cara untuk kita dekatkan diri dengan lecturer . That feeling bila lecturer ingat nama kau , kau akan rasa takut tapi dalam masa sama happy . Takut sebab komfim-2 kau akan jadi target diorang masa nak jawab kuiz atau exam , komfirm-2 diorang nak tau pencapaian kau . Happy sebab , in sha Allah , one day , bila kau dah bekerjaya , kau jumpa lecturer balik , takde la lecturer macam terkial-kial nak ingat siapa kau .

Ada satu cerita , masa Asasi , Yaya rasalah , Yaya tak menonjol sangat . Rasa je la . Dah-2 , kawan-2 Asasi sekalian , jangan nak cakap Yaya menonjol sangat =P . Entahla , sederhana menonjol rasanya . Sem 1 je menonjol , Sem 2 malu-2 sikit sebab orang da kenal . Eh . Azam Yaya masa Degree memang nak rapat dengan lecturer macam zaman-2 sekolah dulu . Zaman sekolah Yaya dikenali sebab , pertama parents , semua cikgu-2 kawan parents Yaya , dah tu , sekolah pula masa tu tempat permainan Yaya masa kecik , memang la cikgu-2 kenal . Secondly sebab akademik Yaya . Alhamdulillah , Imma one of the holder Anugerah Berbintang Pengetua , tak pernah miss lagi dan rank pun top 3 , top 5 , top 1. Opps . Kadang-2 . Berlumba-lumba . Lols . Thirdly , memang aku famous . K. Gurau je . Eh , sambung balik , masa degree , sem satu . Yaya tak expect langsung lecturer akan ingat nama Yaya , lagi-2 lecturer CFS yang hanya masuk kelas Yaya sekali seminggu . Tiba-2 , 2-3 bulan sebelum final , nama Yaya naik dalam kelas . Jumpa mana-2 pun , komfirm Yaya yang kena bantai dulu . Kalau untuk lecturer BPH sendiri , memang lauk Yaya . Sebab , Yaya suka kacau diorang , bila berborak , diorang minta 'A' untuk setiap subjek diorang . Kalau tak bagi 'A' , memang lauk buka sem nanti . Point dia kat sini , bila kau rapat dengan lecturer , automatik semangat untuk belajar ada sebabnya kan , kau akan rasa macam kena force luar yang push kau untuk study . Macam Yaya , Yaya janji dengan lecturer nak bagi 'A' , so , macam malu la kan kalau tak bagi bila da janji . Automatik ,semangat study tu timbul .


5. Be You

Bagi Yaya , kejujuran tu penting . Apa-2 pun , jadilah diri sendiri . Bila kita nak deal dengan orang-2 yang kita kena dan wajib hormat ni kan , jadilah diri sendiri . Supaya orang berasa senang dengan kehadiran kita . Respect pendapat orang lain . Tak tahu nak cakap apa , better senyap . Ada yang tak puas hati , cakap depan-2 jangan cakap belakang . Bila masuk MSU , Yaya dapat bezakan perangai bangsa Melayu , Cina dan India . Serious best ! Budak chinese dalam kelas Yaya ada 5 orang je . Tapi apa yang Yaya suka pasal diorang , semangat belajar diorang . Diorang , kalau tak puas hati , cakap depan-2 lecturer , takde cakap belakang . Hmm . Ada la sebenarnya . Tapi jarang . Sikap suka bertanya diorang . Masa boleh check result MidSem dulu , Yaya taknak check . Terbawa-bawa perangai Asasi . Takut . Padahal , kalau zaman sekolah , masya-Allah , teruksssss perangai . cikgu tak tanda lagi , sanggup duduk depan cikgu nak tengok cikgu tanda dan dengar cikgu bebel . Masuk Asasi , maybe la , Yaya tersalah jadi diri Yaya . Semua benda peperiksaan Yaya takut nak tau . Lols . Masa Degree terbawa-bawa perangai tak senonoh ni . Mujurlah geng-2 Chinese ni geng-2 Yaya juga , diorag encourage untuk Yaya tengok result . Diorang cakap 'Kalau you tak tau result sekarang , macam mana nak improve untuk final nanti' . Pemikiran zaman sekolah Yaya . Sama ! So , beranikan diri untuk tengok result =) Last but not least , habis exam aritu , Yaya rasa , Yaya akan sentiasa jadi diri Yaya masa zaman sekolah . Sebab bagi Yaya , I'm at the best state during my schooldays .


Okay la kawan-2 , sebenarnya , kat atas ni , tips-2 untuk kita rapat dengan lecturer . Bukan mengorat okay .  Bila kita rapat dengan lecturer , kita akan rasa 'lain' . Kadang-2 rasa macam lecturer caring kat kita . Takkan rasa sunyi wa cakap sama lu . Kenapa ? Sebab kita selesa dengan mereka . Semoga bermanfaat . =) 

4 comments:

  1. thnx shaaring the tips. habis la lecturer guwe ngorat lepaih ni.. ^^

    ReplyDelete
  2. ada jugalah guna beberapa tips kat atas nun waktu study dulu hahaha kdg3 kecik hati juga bila lecturer tak ingat kat kita huhu

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥