Thursday, 25 February 2016

Sebab Dilarang Solat 15 Minit Sebelum Zohor

syafi khizar | 07:44 | 0Comments |


Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Pernah tak kadang-2 kita tertanya-tanya kenapa tak boleh lakukan apa-2 solat 15 minit sebelum waktu zohor ? Ni jawapannya =) 


1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.


2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:
  • + Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat
  • + Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)


3. Waktu ini, jin syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api. Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge). 


4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - Ilmu Perubatan Islam 


5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah. Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.


6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.


7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.


8. Ikuti sunnah, pasti berkah.


Untuk point ke-3 dan ke-5, Nabi SAW bersabda:
"Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah."

**Lupa , diambil daripada FB**

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥