Thursday, 25 February 2016

Sahabat Sejati

syafi khizar | 13:59 | 1Comments |


Bismillah . . 


Assalamualaikum . .  =)


Semalam menyepikan diri . Tak tau nak tulis apa . Pikir ku berfikir ku berfikir . Otak ligat memikir . Akhirnya . Alhamdulillah . Ada idea . Tetiba teringat satu kisah pasal sahabat sejati ni . Bukan cerita pasal diri Yaya . Tapi sorang abang dan kakak ni , em' boleh dikatakan macam abang dan kakak angkat Yaya . Yaya kenal  diorang masa sekolah tadika lagi . Ceritanya bermula . . .  . 

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Abang ni 'senior' pada sorang kakak ni . Jarak umur diorang beza 2 tahun . First time diorang kenal masa dekat kenduri . Like em' love in the first sight . Kakak ni menyampah gila dengan abang . Selalu abang kacau kakak . Menyanyi , berjoget , berdansa semua abang buat semata-mata nak curi perhatian kakak . Kakak tak layan sangat . Sampai satu tahap , kakak angkat kakak nama dia K. Chaa (Bukan nama sebenar) tolong abang . K. Chaa bagi nombor telefon dan alamat kakak pada abang . Abang apa lagi , happy gila la kan . Hari-2 abang call rumah kakak (masa dulu-2 kan tak guna handphone sangat) . Kakak pun macam-2 la bersoal jawab dengan abang . 


Kemudian , diorang declare 'couple' . Tapi , abang jenis kuat cemburu . Masing-2 lain-2 sekolah , masing-2 pasang spy . Kebetulan pula , masing-2 ramai peminat masa zaman sekolah . Orang ni buat jeles , orang lagi satu akan balas buat jeles . Macam tu la diorang . Kejap baik , kejap gaduh , baik gaduh baik gaduh . Sampai satu tahap , masa tingkatan berapa tak ingat , abang amik keputusan nak pinang kakak . 


Datanglah rombongan meminang , tapi , ditolak , hati manyak sedihhhh ohhhh . Atas alasan , diorang berdua masih muda lagi . Memang betul pun , muda sangat , nak kahwin tu , mungkin belum mampu untuk sara hidup kakak masa akan datang . Last-2 abang pun move on dan anggap diorang takde jodoh . Mungkin ada yang lebih baik untuk masing-2 dan kedua-dua mereka berjanji untuk jadi sahabat sejati . 


Masing-2 sebenarnya first love untuk diri masing-2 . Diorang membesar sama-2 , kerja pun dalam bidang yang sama , pendek kata semua sama-2 la lepas daripada kejadian meminang tu . Cukup umur , abang pun kahwin dengan pilihan hati & kakak pun kahwin dengan pilihan hati pada tahun berikutnya . Masing-2 hidup bahagia dengan pasangan masing-2 . Tapi , orang cakap , abang dan kakak masing-2 ada perasaan lagi antara satu sama lain , wallahualam . First love kan . Memang susah nak lupakan . 


Pada satu petang tu , abang accident , meninggal di tempat kejadian sebab pendarahan dalaman . Kereta abang memang tak gaya kereta da . Lepas habis kerja , abang cakap kat kakak , dia penat jadi nak tumpang kereta kakak untuk gi kat kereta dia sebab kereta abang , abang parking jauh , diorang borak-2 dan bergurau senda macam biasa . 1/2 jam lepas tumpang kereta kakak , abang accident . Lepas abang keluar dari kereta kakak , abang call isteri dan anak-2 , suruh diorang bersiap-siap nak bawa keluar makan memandangkan minggu tu abang sibuk , jadi masa untuk keluarga terhad sikit . Tapi , Allah adalah sebaik-baik perancang . Isteri abang dapat call daripada sepupu abang cakap abang accident dan meninggal kat tempat kejadian . Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata tu memang buat semua orang terkejut . 


Abang tinggalkan seorang isteri dan dua orang anak . Sebenarnya , abang ada 3 orang anak , tapi yang sulung meninggal masa umur 3 bulan sebab ada penyakit apa entah , tak ingat . Kakak pula , kehilangan kawan sejati . Sebenarnya , kakak baru bercerai sebulan sebelum tu , kemudian tahun berikutnya , bekas suami kakak pula meninggal sebab penyakit jantung kalau tak silap . Dan , kakak hidup dengan seorang anak hasil perkahwinan dengan bekas suami . The end .


Bila Yaya pikir-2 balik kan , betul Allah Maha Mengetahui atas tiap sesuatu itu . Kalaulah , ditakdirkan abang dan kakak kahwin masa dulu , berlaku pula accident , Yaya rasa , kakak tak kuat untuk hadapi semua ni sebab kakak kehilangan sahabat dan suami yang paling dia sayang dan cintai . Tapi , sebab jodoh diorang tak panjang , at least , kakak cuma rasa sakit sikit je . (Yaya rasa) Sebab batas diorang cuma sebagai kawan bukan batas sepertimana pasangan halal . Dan untuk isteri abang , dia sangat kuat orangnya . Anak-2 arwah abang , bila makin besar , makin sama muka dengan arwah abang . Si kakak mirip wajah arwah abang masa kurus (sebelum kahwin) manakala si adik mirip wajah arwah abang masa badan berisi (selepas kahwin) . Dan arwah abang , in sha Allah , berjumpa dengan arwah anak pertama mereka di dalam Syurga . Tuhan itu Maha Adil kan ? Arwah abang dapat jagakan arwah anak sulung  di dalam Syurga manakala isteri arwah abang , Allah kurniakan dua orang puteri yang mirip wajah arwah abang sebelum dan selepas kahwin sebagai pengubat rindu . 


Al-Fatihah untuk arwah abang . Yaya harap , one day , Yaya akan jumpa lelaki yang betul-2 perangai dan sikap macam arwah abang . I know , he's one in a million . Memang susah nak cari orang macam arwah abang . Selalu tersenyum walaupun ada masalah . Tak pernah tunjukkan dia ada masalah . Selalu sabar . Dan , seorang yang setia dan tulus dalam percintaan . Tak pernah tipu . Arwah abang cakap , yang paling penting dalam kehidupan adalah KEJUJURAN walaupun kadang-2 kita terpaksa terima kepahitan yang bakal berlaku . Arwah abang memang sentiasa jujur dengan perasaannya , tak pernah berselindung , tak pernah tipu , kejujuran seperti ini yang sentiasa dirindui . 

1 comment:

  1. ah sedih kisah diorang but hidup mati n jodoh sume tu Allah yg plan...and He's the best of planners ;)

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥