JPN dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sesawang rasminya hari ini menyatakan maklumat yang tersebar tersebut adalah tidak benar.


“Sehingga kini tiada sebarang perubahan bayaran dikenakan ke atas permohonan MyKad,” jelas kenyataan itu.
Sehubungan itu, JPN mengharapkan kerjasama orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
Sehubungan itu, bagi sebarang maklumat yang berkaitan dengan JPN, orang awam dinasihat untuk melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my. – BERNAMA