Sunday, 30 August 2015

Fakta Anak Kedua

syafi khizar | 10:33 | 3Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .



Rasa macam kelakar bila baca , but no doubt on it .


Semuanya betul untuk diri Yaya . 

=) 
Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Saturday, 29 August 2015

ILM Arts Festival

syafi khizar | 20:34 | 2Comments |
Bismillah  . .


Assalamualaikum . .


Nak happy ke nak nangis . Tsk . Tsk . Tsk . Dua perasaan yang sedang bercampur baur . Takde lah eksaited mana kan untuk pergi ILM Arts Festival tu .


Tapi . .



Tapi . .


Jikalau lah Yaya tak balik kampung . & stay still at Shah Alam , Kompom !  Yaya akan serbu , by hooks or by crooks .



ILM Arts Festival tak menarik perhatian sangat . Tapi . Booth No. 22 menarik perhatian Yaya , Dr.AFL akan ada kat sana . :-( Dan . Peluang untuk beli Buku Tribulasi 365 on the spot amatlah cerah . Belum rezeki lagi dapat baca Tribulasi 365 .


Btw , untuk sesiapa yang berminat untuk dapatkan Buku Diagnosis 2 + Tribulasi 365 dengan harga RM50 , boleh la datang ke Stadium Melawati Shah Alam pada 30 Ogos 2015 di booth nombor 22 . Dan , paling menarik , pada pukul 11 am - 12 pm ada sesi autograf + fotografi bersama Dr. AFL .


P/s : Menangis tak dapat pergi . >_<


Giveaway 1.0 by ENA

syafi khizar | 08:29 | 14Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum  . .




Jom support GA Ena kali ni . This is the very first time Ena buat GA . Nak tahu maklumat lanjut ? Boleh klik banner ya ;)

Friday, 28 August 2015

10 Best Food Idioms

syafi khizar | 22:30 | 5Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum .


Alhamdulillah , sampai rumah sudah . Dan . Dan . Alhamdulillah , Gambar-2 kat blog dah diperbetulkan semula .  Psstt , mana-2 entry yang gambarnya rosak , tolong bagi tau Yaya ye . :) Okay la , Duduk rumah seronok sikit berblogging .


Sambil mencari-cari nota , mata liat-2 tengok apa yang boleh dijadikan entry . Nampak tajuk kat atas tu ? Okay , Yaya nak share dengan semua bloggers , manusia seluruh alam ini , tentang idioms . Idioms kali ni berkaitan dengan makanan . Yummy .






Oh . Oh , cerita pasal makanan . Sadiss punya cerita ini hari , How come eh , Lunch tadi Yaya makan sampai RM20 . :'( Sad life . agagaga . Gara-2 salah order punya pasal . Duit pun melayang .


P/s : Sumber daripada Nakbebel . =P
Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Sunday, 23 August 2015

Entry Ringkas dan Padat Promote Amora & Simple Hijab

syafi khizar | 14:23 | 2Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Alhamdulillah . Siap pun :D , Okay , entry ni saja nak promote , okay . SAJA je okay . Tak sabar tunggu Jumaat ni untuk sesi blogwalking balik . Yeay ! Ampun dan maaf dipinta kerana tidak blogwalking di blog kalian . Saya kekangan masa . T_T  Jangan lupa klik-2 bawah ni . Aiceh ! 

 


Saturday, 22 August 2015

Kenapa Perlu Masuk MSU ?

syafi khizar | 10:45 | 23Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum . .

First of all , Yaya nak minta maaf sangat-2 kepada mereka yang sudi mengunjung blog Yaya yang dah serba sedikit musnah akibat sedikit kehancuran yang tidak disengajakan . Amboi ! =,+ Kehancuran di sini bermaksud , ada beberapa post yang sepatutnya ada gambar , tapi , gambar tu hilang . Dan kena tunggu hujung bulan Ogos 2015 , baru Yaya dapat betulkan balik . In sha Allah .


Secondly , Yaya in sha Allah , akan blogwalking semua blog masa cuti merdeka nanti dan tak lupa untuk klik-2 Nuffnang korang . Almaklumlah , bila dah bergelar student balik , semua laman sosial kita perlu control , supaya dapat menghindarkan diri dari kelalaian dunia yang nyata memberi kesan dan impak yang amat mendalam ke atas seorang insan bergelar pelajar . Dah apesal gaya nak bagi hujah ni .


Ok la , tujuan asal Yaya tulis entry hari ni adalah untuk promote MSU . Ekekeke . MSU atau lebih dikenali sebagai Mangement and Science University . Eh , Jangan nak buat-2 tak pernah dengar pula eh , dekar surat khabar , media sosial , TV , iklan-2 kat highway , akan selalu keluar pasal MSU ni . Walaupun kos yang Yaya dapat sekarang ni bukanlah kos pilihan hati sebenarnya , tapi Yaya follow the flow je la . Orang kata tak kenal maka tak cinta , dan Yaya yakin , ketentuan Allah adalah sebaik-baik percaturan . Persoalannya , kenapa Yaya pilih MSU ? Kenapa IPTS ? Kenapa bukan IPTA ? Ini jawapannya .

MSU dari rumah Yaya

Yang dalam pembinaan tu adalah hostel MSU dan Hospital MSU . 


1. Link dengan Keperluan Industri

Sebab pertama Yaya ambil keputusan untuk masuk MSU adalah kerana , MSU ada ikatan yang kuat dengan pasaran-2 dan industri masa kini . Pihak atasan organisasi MSU akan sentiasa up-to-date dengan industri tentang pekerjaan apa dan kos apa paling diperlukan industri masa kini . Kos-2 di MSU adalah limited , MSU hanya tawarkan kos yang akan menjamin pelajar itu mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang 6 bulan daripada hari pelajar-2 MSU grad . Untung kan ? Dunia sekarang , penuh dengan persaingan . Memang susah untuk dapatkan kerja sekarang ni , malah ada yang tunggu bertahun-tahun untuk dapatkan kerja . Paling sedih , belajar tinggi-2 , end up as a buruh . Tak , Yaya tak maksudkan kerja buruh itu tak elok , cuma kurang kena la dengan qualification yang dia ada . Tu je .


2. 98.3% Pelajar Mendapat Pekerjaan Selepas Grad

Mengikut kajian yang dibuat oleh Bahagian Menteri Pelajaran (Eh , Ye ke , tak ingat menteri apa) 98.3% pelajar dari MSU mendapat pekerjaan selepas tamat belajar kurang dari 6 bulan . Dan , kajian dari pihak MSU sendiri , setiap tahun , bila ada pelajar grad , 95% komfirm dapat pekerjaan kurang dari 6 bulan selepas grad . Kenapa boleh jadi macam tu ? Teruskan pembacaan anda .


3. MSU tawarkan dua jenis transkrip

Uniknya MSU , mereka tawarkan kepada pelajar dua jenis transkrip . Bukan transkrip akademik semata-mata malah transkrip untuk aktiviti kokurikulum juga atau lebih dikenali sebagai GEmS Transcript . Dalam GEmS Transcript ni , segala aktiviti charity , volunteer , particpation dalam mana-2 event akan direkodkan . Kalau banyak , maka teballah GEmS Transcript tu . Dengan adanya transkrip ini , ia dapat membezakan soft skill yang dimiliki pelajar MSU dengan pelajar universiti lain . Satu advantage kepada pelajar sebenarnya dalam mencari pekerjaan pada masa akan datang .


4. Soft Skill

Apa yang paling Yaya suka adalah mengenai soft skill MSU . Pelajar di MSU mempunyai Soft Skill yang sangat tinggi . Tak percaya ? Mohon masuk MSU ye . :) Pelajar-2 setiap minggu akan diasah soft skill nya , dari kurang berani sehinggalah berani mara ke hadapan .


5. Boleh pergi Overseas

Ni pun Yaya suka juga , disebabkan MSU ada link dengan beberapa buah negara macam Japan , Indonesia , Thailand , Sri Lanka , India , etc , pelajar boleh buat internship mereka di luar negara . Yaya harap Yaya ada peluang nanti . Amiin . Selain tu , ada juga beberapa program yang pelajar organise di luar negara . Contoh , macam jadi volunteer untuk sediakan makanan kepada mangsa-2 bencana alam luar dan dalam negara .


6. People from Walk of Life

Okay , Yaya tertarik dengan bahagian ni , ni adalah first time Yaya belajar , satu kelas dengan orang-2 yang multi races dan overseas student . Kalau lecturers overseas , Yaya banyak kali da merasa . Tapi , untuk classmate multi races and overseas students , ni la kali pertama buat Yaya . Yaya harap , Yaya boleh bersaing sengit dan secara sihat dengan mereka . Amiin . In sha Allah .


Okay lah , mungkin ini sahaja perkongsian dari Yaya mengenai MSU . Oh , maybe ada yang akan kata , Masuk private , IPTS ? Pfft . Dalam otak ligat cakap anak-2 orang kaya la tu . Okay , Yaya tak tergolong dalam mereka yang berada . Di MSU , macam-2 boleh jadi . Boleh guna eduloan MARA , PTPTN , Tajaan , Private Student , Exchange Student , dan lain-2 . Sila buka minda anda okay . Private University doesn't belong to the richest person only . Everybody can apply and study in MSU .

P/s :

Pemandangan MSU sangat unik , belakang ada sungai , depan ada highway . Universiti kau hado ? =P Just kidding .

Read on: Penginapan Berhampiran MSU

Luna & The Conteng Totebag Giveaway Contest!

syafi khizar | 10:01 | 2Comments |
Bismillah .


Assalamualaikum .



Hi Guys! Let's join Luna & The Conteng Totebag Giveaway Contest by Wada Luna & The Conteng Totebag! The contest will end on 25 August 2015, 12 Noon. So, you better hurry!

The prizes are:

Winner:
● 1 Hello Kitty Totebag with customise name on the bag ( Limited Edition ) worth RM45.00
First & Second runner-up:
● 1 Customisable Totebag  worth RM25.00.


Only 3 Lucky Winners that going to win the prizes ! Are you the lucky one?

Click here to join the contest:
LunaGiveaway

Jom join & support ramai-2 :) 

Pilihan Degree Yaya

syafi khizar | 08:00 | 6Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Yaya umur berapa eh ? Ada juga Yaya terima e-mail dari kawan-2 yang hantar e-mail untuk bertanyakan mengenai Transkrip , Tutorials , Asasi Palam dan lain-2 . Jawapannya . . . Yaya berumur . . . . yang boleh melayakkan Yaya mengisi borang UPU =P


Lepas result UPU keluar , Yaya memang dah agak da akan dapat kos sebegini .


Wuu . Memang cita-2 asal untuk jadi seorang dentist . Tapi apakan daya , Allah Maha Mengetahui . Ada sebab-2 tertentu Yaya tak pergi interview dentistry .


Orang cakap hidup ni kena ada back-up plan . So , lepas apply UPU hari tu , Yaya sengaja buat back-up plan . Yaya apply IPTS . Boleh dikatakan semua IPTS la Yaya usha dan apply ikut mana yang Yaya suka . Alhamdulillah .

So , Yaya dapat apa untuk UPU ? Yaya dapat kos . . . .  Engineering , Oh mannnn . Yaya memang tak minat engineering ni . Dapat la pula . Nangis . Okay , tipu belaka .



Dapat UPM Serdang . Wuuu . Malangnya , terpaksa tolak . 

Pada 14 Ogos 2015 , tiba-2 dapat mesej dari UniKL , Alaaa , one of the most famous universities among students . Lagi . Sekali lagi . Engineering . Pfffttt . Memang citer dia tolak mentah-2 la kan =P




Dan . . . 


Apa yang Yaya terima ? Tawaran dari MSU . Okay , sebenarnya , MSU lamar Yaya dari bulan 6 lagi . Dan , without hesistation , Yaya setuju terus . Tak pikir apa dah . Sebab tu Yaya tak kisah sangat pasal keputusan UPU . Sebab tu Yaya berani mati tolak mentah-2 UPM . Kenapa Yaya terima ? Sebab , pada asalnya , Yaya nak secure tempat , Yaya risau Yaya tak dapat apa-2 untuk IPTA , tu berani apply IPTS . Kemudian , asalnya , Yaya kena daftar 08 Ogos 2015 , tapi , tiba-2 orang sana ubah , 17 Ogos 2015 . Yaya terima IPTS juga sebab Yaya dapat apa yang Yaya pilih . Kalau UPU , kalau tak dapat apa yang kita minat dan minta , tak boleh jadi juga . 






So . . Imma newbie in MSU right now . =) 


P/s : Belajar kat mana-2 tak kisahlah , asalkan sentiasa Tajdid Niat , Lillahitaala . In sha Allah . Doakan Yaya dapat buka farmasi sendiri dan dan dan . . .  Jadi top students . Ihiks . Amiin . Nanti Yaya belanja ubat satu sorang  


P/s : Good luck Kawan-2 yang baru nak masuk alam degree . Seriously , BEST !

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Friday, 21 August 2015

Promotion Amora Affliate

syafi khizar | 23:15 | 6Comments |
Bismillah ..


Assalamualaikum...


Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan tetapi kekurangan modal dan kepakaran?
Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Amora dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:
Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate Amora?:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 3% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut!
Apa yang lebih menarik lagi?
1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 2% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Amora. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Amora.
3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.
Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!
Terima kasih.

Cara Mengetahui Nombor Akaun SSPN

syafi khizar | 07:00 | 8Comments |
Bismillah  . . .


Assalamualaikum  . . .


Aiseymannnn . Masa isi online form PTPTN hari tu , tiba-2 ada dia minta nombor akaun SSPN . Ayah Yaya buka akaun SSPN ni lama da , manalah Yaya nak tahu . =P Jadi , cuba la ambil nombor akaun dekat buku akaun , tekan-2 tak boleh , tak sah katanya . Nak nangis da . Huaa . .


Kemudian , mencuba nasib je la . Rupa-2 nya , senang je nak tahu nombor akaun SSPN ni . INGAT ! Nombor akaun SSPN ada 15 digit .


2 digit di hadapan adalah nombor kita anak ke berapa .

12 digit selepas itu adalah No IC Emak atau Ayah kita

1 digit belakang random number dari computer , boleh try and error dari nombor 0-9


Contoh :

04 (Kalau anak keempat)

020617565001 (NO IC Emak / Ayah)

3


Jadi nombor akaun SSPN kita adalah : 040206175650013


Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Thursday, 20 August 2015

Contractions

syafi khizar | 07:45 | 4Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .


Kalau ber'whatsapp' , ber'sms' , ber'line' , dan bermacam-macam berrr lagi . Mesti kita akan gunakan contractions untuk beberapa perkataan English . Ya , contractions untuk perkataan English , bukan contraction masa nak bersalin tu . Jangan salah paham kayy .


Kadang-2 kita tak tahu pun apa maksud perkataan tu , orang tulis , kita pun nak tulis juga , jet-2 omputih sikit . Bagi sesiapa yang tak pernah tahu maksud singkatan-2 dalam English tu , Yaya ada sediakan gambar kat bawah ni . Err . Bukan Yaya buat . Orang ni yang buatkan . Yaya , em , copy paste je la =P .




Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Wednesday, 19 August 2015

Surah Yassin - Pengertian Setiap Ayat

syafi khizar | 06:00 | 2Comments |
Bismillah ..


Assalamualaikum . .


Entry kali ni Yaya nak kongsikan berkenaan dengan pengertian setiap ayat Surah Yassin . Lebih kepada ringkasan setiap ayat macam tu .




Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri


Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.


Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.


Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.


Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.


Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.


Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.


Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).


Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.


Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.


Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.


Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.


Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.


Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.


Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.


Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.


Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.


Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.


Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.


Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.


Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.


Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.


Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.


Ayat 79 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."


Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari - boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3 kali berturut-turut), baca pada air (100 kali) dan berdoa apa sahaja hajat. Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan .



Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Bloglist September Nyamuk Terbang

syafi khizar | 03:00 | 1Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .


Yaya nak tag +PeRdU cINta  , +addin farhani 

Nak join ? Boleh klik gambar di atas  . 

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

SEGMEN KLIK-KLIK NUFFNANG

syafi khizar | 01:00 | 10Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .



Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Tuesday, 18 August 2015

Liang Liang Selamat Melahirkan Bayinya

syafi khizar | 21:01 | 4Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .

Today's news was quite interesting for me . In my personal opinion , deep in my heart , I don't like Panda that much , but still can consider to love them , em' sometimes . I found they are cute , em' sometimes . Perhaps . I don't know .  Did you know who's Liang Liang ? No ? Ohhmeeennnnn , Liang Liang is the name for Panda at National Zoo . Wanna know what happened for her today ?

KUALA LUMPUR: Liang Liang, the panda at Zoo Negara, has given birth to a cub this afternoon. The cub was safely delivered at 1.45pm. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak via his Twitter account (@NajibRazak) announced the good news to Malaysians.

“Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di Zoo Negara, telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari tadi.” (Received the good news that Liang Liang, the panda at Zoo Negara, has given birth to a cub at 1.45 this afternoon)

The panda pair, Liang Liang and Xing Xing are on loan from China. The duo were presented to Malaysia on May 21, 2014 and are on loan for a period of 10 years.

Liang Liang is on the left and Xing Xing the right one . Why are you shy dear Xing Xing ?

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

1st Giveaway by @ Mawar_Assufi

syafi khizar | 20:40 | 7Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .


Berminat nak join GA ni . ? Nak tahu syaratnya ? Baca sampai bawah =P

Syarat @ Cara Penyertaan :

1- Blogger menetap di Malaysia & Beralamat di Malaysia

2- Buat entry "1st GIVEAWAY by@Mawar_Assufi"

3- Letak banner which links to this page.

4- Letak link sponsor dalam entry & : (No worries, only put LINK)

       LIKE FB PAGE : DwiNuri Scarfs (Kalau rajin LIKE. Admin ucap terima kasih daun keladi :)
       FOLLOW IG : @dwinuriscarfs_ (if ada, kindly mention ye if ada)

5- Hantar your link entry dalam kotak komen by mention :
          - NAME :
          - FB NAME  :
          - BLOG NAME :


Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Ujian Besar daripada Allah , Apa Penawarnya ?

syafi khizar | 06:00 | 1Comments |
Bismillah ...


Assalamualaikum ...



Dalam kehidupan seorang hamba Allah di atas muka bumi ini , acap kali kita akan menerima ujian daripada Allah . Tidak kiralah , sekecil-kecil ujian mahupun sebesar-besar ujian . Allah itu Maha Penyayang . Allah tidak akan membiarkan hamba-hambanya terumbang-ambing selepas DIA menguji kita .


Untuk itu , di bawah ini merupakan antara 10 surah yang boleh dijadikan amalan bagi menghadapi ujian-2 besar daripada Allah . Semoga kita tabah menghadapi setiap ujian daripada-Nya .


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.


2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.


8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Monday, 17 August 2015

Show , Don't Tell - Feelings

syafi khizar | 06:00 | 2Comments |
Bismillah ..


Assalamualaikum . . 


Let's start our English Class . In this world , there are thousands words we could use to express our feelings . Really . You must try to use these words to enrich your vocabs . 




Source : Teach Starter

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Saturday, 15 August 2015

9 Shortcut Simbol Windows yang Perlu Diketahui

syafi khizar | 08:12 | 10Comments |
Bismillah . . .

Assalamualaikum . .

Pernah nampak tak gambar bawah ni pada keyboard korang ?


Er , tak pernah nampak ? ~_~ Cuba cek betul-2 balik . Ada ? Okay ada . 


Sebenarnya , simbol windows tu banyak fungsinya . Kita je yang noob . tak tahu . Eceh . Noob katakauuu . Jom tambahkan sedikit ilmu pengetahuan tentang shortcut-2 yang boleh kita gunakan bersama-sama Simbol Windows ni . 

1. Screen Lock

Tekan simbol Windows + L . Dia akan directkan pada screen lock laptop kita . Jadi , kita tak bimbang sangat la kalau tiba-2 nak keluar sekejap , kemudian ada orang nak godek-2 laptop kita ni.


2. My Computer / PC Manager

Tekan simbol Windows + E akan direct kan kamu pergi ke My Computer , Tak perlu susah-2 klik sana sini untuk mencari My Computer / PC Manager .


3. Desktop

Tekan simbol Windows + D. Kalau dah gelabah sangat , tiba-2 bos buat spotcheck masa kerja , tekan je  Windows + D , kamu akan direct terus pergi ke Windows . Jadi , bos takde la kata kamu main-2 masa kerja . =P


4. Keyboard Virtual

Tekan simbol Windows + R ,  Kemudian , tulis osr , akan terkeluarlah satu keyboard virtual pada screen laptop . :) Macam mana rupa dia ? Macam ini :



5. Magnification Windows 

Tekan simbol Windows + '-' / '+' . Dengan cara ni , kita dapat besarkan atau kecilkan windows kita . Kalau agak besar sangat , kita boleh kecil kan , kalau agak-2 tulisan tu kecil sangat , kita boleh besarkan .


6. Tukar Tab Menu dalam Satu Windows yang Sama 

Macam Yaya , Yaya suka buka banyak-2 tab dalam Google Chrome , jadi untuk ubah kepada tab yang kita nak , Tekan CTRL + TAB , nanti , dia akan ubah sendiri tab mana yang kita nak . 


7. Tutup Tab Menu yang Banyak dalam Satu Windows 

Tekan Windows + W , kita akan tutup tab menu yang kita nak tutup .


8. Start

Tekan CTRL + ESC , dengan cara ini , kita akan di direct kan kepada menu Start . Tak payah nak klik-2 Start da .


9. Tutup Windows / Program yang dibuka 

Tekan ALT + SPACE + C , kita akan tutup windows yang kita tengah buka . Tak perlu klik pangkah di hujung kanan desktop da .

Dulu Yaya ada buat satu entry tentang 100 Shortcut yang perlu diketahui ketika menggunakan komputer . Klik lah kalau nak tahu .

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Friday, 14 August 2015

Lin Dan Akhiri Zaman Kegemilangan

syafi khizar | 22:11 | 2Comments |
Bismillah ..


Assalamualaikum . . .


As a Badminton Player during school days , of course la I kena ambil tahu pasal perkara-2 yang meibatkan Badminton ni . Ahh , Dah lama tinggalkan zaman kegemilangan badminton ni . Bila entah nak berubah =P .. Cerita dia , di Astro 817 , tengah panas dengan Kejohanan Badminton Dunia . Dunia okay , bukan calang-2 tournament . So , apa cerita semasa badminton sekarang ni . Ikuti laporan di bawah .


JAKARTA: Bintang sensasi China, Lin Dan mengakui kecewa di atas kekalahannya ke atas pemain Denmark, Jan O Jorgensen 12-21, 15-21 dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Stadium Tertutup Istora Senayan, hari ini. Jogensen akan membuat perhitungan dengan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dalam aksi separuh akhir, esok. Juara dunia lima kali itu, berkata dia tidak beraksi pada tahap prestasi sebenarnya dan mengakui Jorgensen bermain lebih baik dan berhak untuk menang.

"Saya kecewa dengan prestasi saya, saya tidak bermain dengan baik. Apa pun, saya terpaksa terima kekalahan ini," kata Lin Dan sejurus tamat perlawanan. Kekalahan itu menyaksikan Lin Dan terlepas peluang untuk menjadi pemain terbanyak merangkul gelaran juara dunia pada penampilannya di sini. Lin Dan, 32, berpeluang untuk menjadi pemain terbanyak merekodkan kejuaraan jika dia berjaya muncul juara buat kali keenam di Jakarta. Setakat ini, dia sudah meraih lima gelaran juara dunia iaitu pada 2006 di Madrid, 2007 di Kuala Lumpur, 2009 di Hyderabad, 2011 di London dan 2013 di Guangzhou. Dia berkongsi kedudukan dengan legenda badminton Korea Selatan, Park Joo Bong yang turut merekodkan lima kejuaraan. Joo Bong meraih dua gelaran juara dunia dalam acara beregu lelaki manakala tiga lagi menerusi beregu campuran.

Lin Dan tak hensem macam zaman muda remaja dia . -__-

UiTM Dengkil

syafi khizar | 20:04 | 2Comments |
Bismillah  . .


Assalamualaikum . .


Entry ini khas buat mereka yang sedang mencari gambar-2 pemandangan yang indah dari UiTM Dengkil . As you know , UiTM Foundation Student 2015/2016 will be moved here for their Main Foundation Campus . .


So , gambar-2 ni diambil dari FB UiTM Dengkil sendiri . Hadek-2 sekalian , UiTM Dengkil ni kan baru lagi , patutnya , kamu bangga , sebab kamu jadi perasmi untuk segala kemudahan di sana . Kalau Yaya , komfirm , Happy gila ;D


Jangan risau , in sha Allah , kamu dapat sesuaikan diri di sana nanti . Jangan risau sangat la . Nak pergi kelas pun 5 minit perjalanan je , kemudian , tak perlu dah kamu turun tangga maut a.k.a tangga Batu Caves tu . =D Think positive okay ?











Menarik bukan ? Ahh . Kerusi , gazebo , semua berbalut lagi bakhaannnggg . 


P/s : Jangan lupa follow FB UiTM Dengkil untuk maklumat lebih lanjut . 

Giveaway Wallet By Opzzpinky

syafi khizar | 19:39 | 7Comments |



Bismillah . .


Assalamualaikum  . .


Jom join GA by Opzzpinky . Seriously . Hadiah dia , Bawah ni . Sorang pemenang sahaja . Sobs . . Yaya harap Yaya ada rezeki untuk menjadi lucky winner GA ni . Amiin . Nak join ? Boleh klik Banner di bawah =D

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Cara Membeli No. PTPTN

syafi khizar | 17:51 | 2Comments |

Bismillah ..


Assalamualaikum ..


Siapa tak tahu PTPTN tu apa ? Okay , jangan nak jadi macam katak di bawah tempurung okay . PTPTN ni adalah salah satu daripada sumber untuk kita membuat pinjaman kewangan bagi menampung yuran pembelajaran . Haa camtu la cerita dia . XP


Okay , memandangkan keputusan UPU bagi Lepasan STPM 2014 dan setaraf dah keluar , ni lah masanya untuk korang cari dana bagi membiayai kos pembelajaran korang . Salah satunya , untuk IPTA dan IPTS adalah dengan memohon pinjaman PTPTN . 


Macam UPU juga , Nak mohon PTPTN kena beli nombor pin , nombor pin PTPTN berharga RM 5 dan boleh beli di BSN . Terdapat 3 cara untuk membeli nombor PTPTN , 


1. Kaunter BSN :

Senang je , pergi dekat kaunter BSN tu cakap , 

'Bang / Akak , saya nak beli no pin PTPTN' 

Kemudian , isi borang , nama & No IC kalau tak silap , bayar RM 5 , tunggu sekejap , then mereka akan bagi la slip no pin PTPTN .


2. Mesin ATM :

Kalau nak beli no pin PTPTN menggunakan mesin ATM , pembeli perlulah mempunyai kad ATM BSN . Tak kisah lah kita nak guna kad mak , ayah , abang , kakak , makcik , pakcik , asalkan diorang benarkan . Cuma , masa nak isi beli no pin tu , bawa masuk lah No IC kita , jangan no IC diorang pula . 

Bawa masuk kad > Tekan no pin > Pilih Lain-lain > Pilih beli No. PIN > Tekan PTPTN > Masukkan No IC > Akan keluar menu semakan dan pembayaran > Pastikan semua betul , tekan YA > Tunggu sekejap , slip No pin PTPTN akan dikeluarkan .


3. SMS :

Kaedah melalui SMS ni Yaya tak berapa pasti , jadi , Yaya google kan untuk kamu . Mula-2 kita mesti ada akaun Online Banking BSN . Caranya seperti di bawah ini .

PENDAFTARAN DI ATM / CDM

 - Masukkan kad MATRIX BSN

1.   Pilih Bahasa
2.   Masukkan NO. PIN
3.   Pilih Urusan Lain
4.   Pilih Perbankan SMS
5.   Pilih Pendaftaran
6.   Masukkan No Telefon Bimbit
7.   Urusan Telah Berjaya

8.   Slip dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC
9.   SMS pendaftaran berjaya akan diterima (6 digit M-PIN + 2 digit UAC)


PENTING:
Anda dinasihatkan supaya tidak menyimpan nombor M-PIN di dalam telefon bimbit anda. Kerahsiaan nombor M-PIN adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Sekiranya berlaku kehilangan telefon bimbit, sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan BSN di talian 03-2142 5258 dengan segera untuk pembatalan.



FORMAT SMS

Format Pengaktifan
ACT<jarak>M-PIN<jarak><4 digit UAC>XX

Contoh :  ACT 111222 123499
hantar ke 36898

NOTA: XX adalah 2 digit UAC yang akan dihantar dalam SMS pertama
Format Pembelian PIN
PIN<jarak>M-PIN<jarak>PTPTN<jarak>KP

Contoh :PIN 123456 PTPTN 700519085801
hantar ke 36898
Format Pengesahan
CONFIRM 1234
 atau CANCEL 5678
hantar ke 36898


Sekian , terima kasih . Harap membantu =D

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Suka Sebab Allah atau Nafsu ?

syafi khizar | 13:58 | 4Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum  . . 


Saja buka FB , kemudian , terjumpa ni , dan , saja share . Dan , silalah baca .


Dan  . . . Terjumpa ke , atau stalk orang . ? XP Dan , apa-2 je la .

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Thursday, 13 August 2015

Tips Berblogging dengan Nuffnang

syafi khizar | 17:16 | 18Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Pada petang yang indah nan permai ni , Aicehh . Yaya nak kongsi sedikit tips mengenai Nuffnang . Sebenarnya , idea buat entry ni tercetus pabila Kak Ena yang comel ni komen dalam Entry CPUV Nuffnang #5


Yaya dengan Encik Nuffnang ni baru masuk bulan kelima , rasanya la . Masa berblogging tahun 2009 , Yaya tak letak pun Encik Nuffnang dalam blog . Ye la , zaman tu kanak-2 remaja lagi , orang ada blog , kita pun nak ada juga . Mudah terikut la katakan . Ekeke . Bila da besar ni , baru perasan kepentingan berblogging sebenarnya . Dan , start tahun ni , memang nak blogging dengan penuh bersungguh-sungguh sampai , em' usia 'muda' . >_< Alhamdulillah , dari bulan kedua / ketiga dengan Nuffnang , Yaya diberi kesempatan untuk merasai CPUV Nuffnang yang pertama . Rasa macam awal sangat pun ada juga . Rasa macam lambat sangat pun ada juga . Tapi , syukur selalu . Amboii , promote hashtag TV3 nampak .


Macam yang ramai bloggers tahu , Nuffnang merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan dalam dunia blogging ni . Nuffnang terbahagi kepada dua kempen , CPC dan CPUV Campaign . Bagi ramai bloggers , kita lebih sukakan CPUV Campaign , sebabnya , orang tak payah datang klik iklan kita pun , kita akan dapat earnings . Kalau orang yang datang blog kita klik iklan CPUV Campaign , bonus tambahan akan diberikan . Lain cerita pula dengan CPC Campaign , CPC Campaign ni , income kita akan dijana hanya bila ada orang klik iklan tersebut . Kalau dia cuma datang singgah tak klik , maka takkan ada earning yang dijana .


Dulu , Yaya ada la buat sedikit Tips , cara-2 untuk dapatkan CPUV Campaign bagi bloggers baru . Nak baca entry mana ? Boleh klik Tips Dapatkan CPUV Campaign . Kalau entry ni , semua tulisan je , hari ni , Yaya olah kembali dengan adanya gambar dan sedikit penambahan .


Mula-2 , mestilah kita kena masuk web Nuffnang tu sendiri , pastikan ada account Nuffnang , kalau dah ada baguslah , cuma login je balik . Bagi yang tiada account Nuffnang , boleh layari : http://www.nuffnang.com.my


Mula-2 , kita mesti kenal setiap menu tab yang ada dalam web Nuffnang ni .



Tengok bahagian BLOG MANAGER


Bagi Menu Blog Stats , dia akan keluar graf dan bilangan pelawat di blog kita pada hari tu . Ada dua jenis pelawat , satu unique visitors dan satu lagi visitors je . Apa beza dua ni ? Kalau untuk visitors je , orang tu dah pernah melawat blog kita beberapa kali . Dan unique visitors pula maksudnya , berapa orang pelawat baru yang singgah blog kita . Kalau boleh , cuba dapatkan unique visitors dalam sehari sekitar 200-300 orang . Setiap hari maintain jumlah ni , Kalau dapat maintain kan jumlah yang lagi tinggi dari tu , lagi bagus . Kenapa penting unique visitors yang tinggi  setiap hari ? Sebab , ni bermaksud , ramai orang yang berbeza suka datang blog kita , blog kita mungkin banyak info yang mereka cari , mostly , pihak pengurusan Nuffnang akan bagi CPUV Campaign pada bloggers yang tinggi unique visitors dia . 


Menu Came From , dari tab menu ni , kita akan dapat tahu bloggers dari negara mana yang suka singgah blog kita . Em , bagi Yaya , tak penting sangat menu tab ni , takyah usha hari-2 pun takpe .


Keywords , Okay , ni penting juga . Bagi Yaya , ia penting sebab kita tahu orang godek-2 apa kat blog kita , nak cari info pasal apa . Bila kita dah tahu apa yang orang cari dalam blog kita , kita boleh la buat entry berkaitan . Dengan cara ni , kita dapat tingkatkan traffic blog kita . Lagi bagus kalau dalam blog orang lain takde langsung info pasal keywords yang dicari . Cuma blog kita je yang ada macam-2 info tentang keywords yang dicari . Secara tak langsung , kita dapat tingkatkan unique visitors kita . Kalau nak buat sesuatu entry , cara terbaik adalah kita google dulu , ada tak orang buat entry pasal apa yang kita nak sampaikan , kalau ada , macam mana olahan dia ? Sama tak macam apa yang akan kita tulis . Nak buat entry macam nak buat karangan , tak boleh sama dengan orang lain , kalau sama , takde umpph la jawabnya .


Referrels : Macam references , dari mana diorang tahu mengenai blog kita , Yaya abaikan je part ni , tak penting pun , tapi kadang-2 ada la juga tengoknya . Nak tahu dari mana diorang tahu pasal blog kita ni .



Tengok bahagian EARNINGS :


Dekat bahagian earnings , bila kita tekan , akan keluar dua table . Satu CPUV Campaign , dan satu lagi CPC Campaign . Dari sini lah kita dapat tahu berapa jumlah earnings untuk setiap iklan kita tu , dari sini juga lah kita dapat tahu ada CPUV Campaign atau tak , dari sini lah kita kena pikirkan cara tingkatkan earnings. 


Hmm . . Itu je yang Yaya rasa apa perlu kita tahu mengenai Nuffnang ni . Eh , ada lagi , tapi dalam entry yang lain pula ya . Kalau Yaya sambung lagi , komfirm ! Panjang berjela . Oh lupa . Susun atur Nuffnang dalam blog sangat penting . Kalau nak dapatkan CPUV Campaign , letak ketiga-2 jenis susun atur Nuffnang dalam blog . Jangan ada yang tertinggal pun . Kalau tinggalkan , peluang dapatkan CPUV Campaign Nuffnang tersangatlah rendah . 


P/s : Hmm , rasa macam buat karangan pendapat pula . Mujur takde peribahasa bagai , kalau ada , Yaya nak minta cikgu sekolah tandakan la . XP

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

CPUV Nuffnang #5

syafi khizar | 09:33 | 14Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Alhamdulillah , setelah Nuffnang asyik merajuk , mood tak menentu , Nuffnang bagi hadiah . Alhamdulillah .


Dan , ini , meningkatkan semangat untuk berblogging . Aiseeymaaann , nak masuk belajar da , mana boleh kerap blogging ..


Maka , untuk itu , Yaya akan buat siap-2 entry untuk keseluruhan bulan 8 / 9 . Kemudian tekan publish ikut scheduled .


Kalau sesiapa yang perasan la kan , Minggu ni , setiap hari , pukul 6 am , mesti Yaya akan ada post entry . Eh . Yaya tak la rajin sangat bangun pagi-2 semata-mata untuk post entry , Yaya buat publish ikut scheduled . Haa ! Nampak la sikit yang blog ni tak bersawang even Yaya masuk belajar . Ekeke . Taktik nak bagi blog sentiasa haptuudate . :)


Terima kasih Encik Nuffnang . I loveeee you :) Alhamdulillah


Wednesday, 12 August 2015

Cara Mengetahui Jenis Darah

syafi khizar | 18:52 | 2Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . .


Masuk dua hari Yaya menyepi . Ke mana ? Ke dunia luar . Eceh ! Tak la , ada kelas , jadi , kena la menyepikan diri . 


So , Sebenarnya , Yaya tak pernah tahu pun Yaya ni tergolong dalam kumpulan darah mana . Bukan tak nak ambil tahu , nak . Malangnya , setiap kali nak pergi derma darah . Kompom ! Muka pucat lesi , badan lemah tak bermaya , dan . Em , Malu nak cakap , ehehe , Yaya pernah pengsan sebelum diambil darah . Haih ! Yaya bukan jenis yang kuat pengsan ni . Melainkan tak makan sehari semalam , dua hari dua malam berturut-turut . 


Scroll FB abang sepupu , terjumpa la apa yang dia share , jadi , ayuh ! Jom tahu kumpulan darah kita , sesetengah orang mungkin betul berdasarkan personaliti ni , sesetengah mungkin tak betul . 







P/s : Kenapa dalam dunia ni mesti bersikap tak jujur ? Tak pernah fikir ke perasaan orang bawahan anda ? Kenapa mesti ambil rasuah ? Kenapa mesti tegakkan benang yang basah ? Tak pernah fikir ke mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk retest ? Tak pernah fikir ke mereka yang hanya mempunyai wang kais pagi makan pagi , kasi petang makan petang untuk bayar semula duit retest ? Bertaubatlah . Mohon faham . 


Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .