Thursday, 30 April 2015

Vocabulary for Writing Cooking Procedure

syafi khizar | 10:46 | 0Comments |

Bismillah.

Hi Guys! Today, Cik Yaya wanna share a few words that we can use in writing process and procedure. I mean, cooking procedure. These are the three words that we can use :

Whisk : Stir / Beat. To beat the eggs, we use whisk \Whisk the eggs until frothy/

Skillet : It is actually a flat pan. 
Image result for flat skillet pan

Garnish : Decorates. In cooking session, in order to say we should decorate the cuisine, we use garnish. not decorate :)

Tuesday, 28 April 2015

Dotters of Mohd Din Birthday Giveaway

syafi khizar | 16:54 | 2Comments |

Bismillah.

GA kali ni oleh si comel manis Mastura bersempena dengan hari jadinya dan kakaknya. Ya Allah, baiknya buat GA bersempena dengan hari jadi.. Cik Yaya doakan kamu berdua sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan rezeki yang banyak. Amiin, in sha Allah. GA kan? Siapa taknak join. Cik Yaya pantang sikit dengar pasal  GA ni. Harapnya, ada rezeki dalam GA kali ni. Amiin.. In sha Allah. 



Dateline : 30 April 2015. Haa, Tak lama da tu. Cepat-2 semua. Jangan lupa joinnssss.. Mana tahu rezeki kamu kan? 

Untuk maklumat lanjut GA Birthday ni, boleh pergi ke laman web http://www.masturadin.com/2015/03/dotters-of-mohd-din-birthday-giveaway.html atau klik sahaja gambar atas ni. Semoga berjaya semua! 

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

syafi khizar | 16:29 | 3Comments |

Bismillah.

Hai! Assalamualaikum. Hari ni Cik Yaya join satu GA by akak IntaNBerliaN yang comel ni. Cik Yaya mencuba nasib sahaja. Ada rezeki, ada la, tiada rezeki, in sha Allah, GA lain mungkin bakal jadi milik Cik Yaya. 


Hadiah dia menarik-2 tau.. Jangan lupa join semua. FYI, hadiah-2 di sponsor oleh 3 pihak termasuk akak comel kita ni sekali, lagi dua sponsor ialah :



  • Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses
  • Awanazstyle Muslimah Shop

  • Dateline : 30 April 2015. Da dekat nak tutup da GA ni, apa lagi semua, Jangan lepaskan peluang. Jom sama-2 sertai.

    P/s : Nak join? Klik sahaja pada gambar.


    Monday, 27 April 2015

    ASASI UiTM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM (Part 4)

    syafi khizar | 00:24 | 8Comments |

    Bismillah.

    Hai ! Assalamualaikum. In sha Allah, entry Palam hari ni mengenai sistem pembelajaran di Palam.

    Jadual waktu kelas :
    Kelas akan bermula pada pukul 8.30 am setiap hari dan berakhir paling lewat pukul 6.30 pm setiap hari. Tapi, tak semua kelas akan bermula pukul 8.30 am. Period first tak tetap pukul berapa. Depends pada jadual kamu nanti la.

    Subjek :
    Subjek yang akan kamu pelajari ada 6, 4 subjek wajib 2 subjek elektif, tapi kamu tetap juga kena belajar 2 subjek elektif tu. Sebab kamu akan gunakan untuk kehidupan dunia dan akhirat nanti :)

    Sem 1 :
    1. Foundation Biology I (BIO091) - 5 hours (credit hours)
    2. Chemistry I (CHM092) - 5 hours (credit hours)
    3. Foundation Mathematics I (MAT093) - 5 hours (credit hours)
    4. Foundation Physics I (PHY094) - 5 hours (credit hours)
    5. ELC - 3 hours (credit hours)
    6. Tasawwur Islam (CTU085) - 2 hours (credit hours)
    Sem 2 :

    1. Foundation Biology II (BIO095) - 5 hours (credit hours)
    2. Foundation Chemistry II (CHM096) - 5 hours (credit hours)
    3. Foundation Mathematics for Scientists (MAT097) - 5 hours (credit hours)
    4. Foundation Physics II (PHY098) - 5 hours (credit hours)
    5. ELC - 3 hours (credit hours)
    6. Islam dan Sains (CTU087) - 2 hours (credit hours)

    ELC dan CTU adalah subjek elektif. ELC masa untuk kamu belajar English manakala CTU adalah agama. 

    Lecturer :
    Lecturer kat asasi Palam ni alhamdulillah, semua baik-2, cantik-2, hensem-2 dan cun-2 belaka. Yang paling penting semua mempunyai ilmu yang sangat tinggi. Kamu jangan takut untuk jumpa lecturer. Kalau boleh, rajin-2 kan lah pergi bertanya soalan pada lecturer, in sha Allah, kamu akan lebih rapat dan tak kekok bila nak luahkan perasaan kalau ada masalah. Lecturer kat Palam kita akan panggil ikut gelaran dan status mereka contoh Miss, Madam, Sir, Prof dan Dr.

    Lecturer asasi Palam <-- Klik link sebelah untuk kenal lecturer :D

    Web :
    Ok, da masuk era pelajar universiti ni, kamu mesti biasakan diri bukan laman web universiti kamu. Ada universiti, ada satu sahaja laman web, tetapi UiTM banyak  gilosss laman web. Jadi kena pandai-2 la kamu cari. Cik Yaya tak kejam hokeyyy.. Cik Yaya bantu kamu semua.. Nahh!! Hameekk kau..

    Link untuk assignment / kuiz Chemistry :

    Link untuk laman web rasmi asasi UiTM :

    Link untuk login i-Learn UiTM :

    Link untuk Student Portal UiTM :

    Course Work vs Final :
    Sedikit pencerahan mengenai Course Work dan Final. FYI, Course Work dan Final markah dia sama rata which is 50% each. Maknanya, untuk Final nanti, hanya separuh markah kamu akan diambil kira. 50% markah lagi datangnya dari Course Work. Cik Yaya sarankan pada adik-2 supaya skor Course Work at least 35% ke atas untuk kekalkan dapat A- @ A bila final nanti. Markah course work datang dari lab report, test, assignment dan kuiz. Skor betul-2, in sha Allah, kamu boleh dapat 4.0 nanti. Masih samar-2 dengan Course Work vs Final? Jangan risau, hari first kamu ada lecture, lecturer akan terangkan semua ni balik supaya kamu faham dan tak keliru. Penting ke semua ni? Iyuuup, Sangat penting untuk markah kamu, jadi, jangan abaikan. 

    Kyaahh. Sampai di sini sahaja entry asasi Palam. Sebarang pertanyaan boleh email @ contact Cik Yaya di laman sosial @ komen di bawah ni. Good luck semua! Do the best, beat the rest. Ingat, niat belajar kerana Allah, sentiasa tajdid niat, in sha Allah, cemerlang dunia akhirat. Amiin..

    P/s : 
    • Doakan Cik Yaya dapat sambung dalam kos pergigian untuk degree September 2015 ni. In sha Allah, Amiin..

    Friday, 24 April 2015

    ASASI UiTM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM (Part 3)

    syafi khizar | 16:32 | 0Comments |



    Bismillah. 

    Hai! Er, Cerita pasal Palam lagi? Ohhohhhooo.. Ada lagi 2,3 entry pasal Palam sebelum Cik Yaya move on. Jangan lah bosan dulu. Cik Yaya masih dalam mood mengimbau suasana Palam. 
    Okay, seterusnya Cik Yaya nak cerita serba sedikit mengenai bangunan yang akan adik-2 gunakan untuk belajar nanti.

    Bangunan utama yang akan digunakan adalah :
    FSK 7
    FSK 6
    FSK 1,5
    FF1 dan FF2
    FF3
    FF4
    Bangunan-2 ni kebanyakannya akan bersambung antara satu sama lain. Untuk minggu pertama, kamu pasti akan keliru, tapi lama-2, da biasa, kuranglah kekeliruan tu. Jadi, sebelum mula kelas, sehari selepas habis MDS, kamu turunlah ke bangunan fakulti, melawat tempat yang akan kamu gunakan untuk kelas pertama supaya kamu tak lewat dan tak salah masuk kelas.

    Bangunan FSK 7, bersambung dengan bangunan PSB. Dekat FSK 7 ni terletaknya Dewan Kuliah kamu nanti. Dewan Kuliah kita panggil sebagai DK. DK-2 dekat bangunan FSK 7 ni besar-2 belaka, boleh muat dalam 500 orang pelajar atau lebih. Dekat bangunan FSK 7 ni juga ada satu mesin ATM, mesin ATM Affin Bank, kalau tak silap. Kemudian ada satu gerai yang dinamakan Daddy's. Gerai ni kecil je, jual makanan-2 dan minuman untuk sarapan, makan tengahari dll.. Ada jual roti, karipap. In sha Allah, harga berpatutan. Jadi, untuk mereka yang malas berjalan jauh pergi ke PSB, beli makanan dekat Daddy's ni pun da okey, sebab ye lah, kadang-2 kita mengejar masa untuk pergi ke kelas, dalam masa yang sama kita lapar, jadi Daddy's la pilihan yang sesuai untuk beli makanan.




    Seterusnya bangunan FSK 1,5. Aik? Kenapa tak citer pasal bangunan FSK 6 dulu? Sabar ye adik-2, Cik Yaya cerita mengikut susunan bangunan. Okeh, Bangunan FSK 1,5 bersambung dengan bangunan FSK 7. Bangunan ni adalah bangunan yang terpenting untuk pelajar asasi. Kenapa? Sebab dekat bangunan FSK 1,5 ni terletak  surau, makmal Kimia dan Biologi, Bilik Kuliah (BK), Bilik Pensyarah (BP), Bilik Rehat Pelajar dan Pejabat Pusat Asasi. Aras yang kamu akan guna adalah aras 2,5 dan 7. Aras-2 lain kamu tak guna. Untuk aras 2, biasanya sebagai laluan untuk ke bangunan lain dan kat sini terletak surau. Surau lelaki dan surau perempuan. Pejabat Pusat Asasi, Makmal Kimia dan Biologi dan Bilik Pensyarah Senior ada kat aras 5. Manakala aras 7 pula adalah BK, BP dan bilik rehat pelajar. Oh ya. kalau tandas pula, setiap aras akan ada tandas. Aras 2,4,6 merupakan tandas perempuan dan aras 1,3,5,7 merupakan tandas lelaki. Mengenai surau di aras 2 FSK 1,5 ni, surau ni kecil sahaja. Kalau kamu datang awal, kamu tak payah berebut untuk ambil wudhu' dan tunggu turn untuk solat, kalau lambat akan penuhlah surau. Alternatif lain, gunalah surau FF2, lebih besar dan selesa.



    Kita masuk pula ke bangunan FSK 6. Dekat bangunan ni ada BK dan Dewan Peperiksaan (DP). FSK 6 merupakan bangunan yang paling tinggi dalam Palam. Jangan lupa naik rooftop nanti. Kamu dapat lihat keseluruhan Palam nanti. Kalau yang gayat tu, hati-2. Eh, takkan BK dan DP je ada dekat bangunan FSK 6? Mestilah tak.. Ada banyak lagi bilik dan pejabat. Tapi, kamu tak guna. Bilik-2 lain adalah untuk kegunaan pelajar degree dan diploma. Untuk tak peningkan kamu, Cik Yaya tak cerita la. Arasso? Bangunan FSK 6 tak terikat dengan mana-2 bangunan lain. Bangunan ni berdiri sendiri dan dia adalah bangunan paling belakang sekali dekat Palam.



    Bangunan FF1. Bangunan FF1 tak kurang pentingnya untuk pelajar asasi. Segelintir pensyarah, bilik mereka dekat bangunan FF1 ni la. Kebanyakannya pensyarah CTU (Agama) dan ELC (English). Selain tu,  Pejabat Bendahari ada dekat bangunan FF1 ni, kalau kamu kena bayar saman atau ada urusan mengenai kewangan, Pejabat Bendahari lah tempat untuk kamu selesaikan masalah. Dekat aras 1 FF1, kalau kamu rajin melawat. Kamu boleh tengok pembinaan bangunan-2 Palam ni.


    Bangunan FF4, ahaa.. Bangunan ni berbentuk kotak. Dekat bangunan FF4 hanya ada DK. Jumlah DK dekat FF4 adalah 11. Kebanyakan kelas, biasanya, jadual lecture dia akan buat dekat DK di FF4. Bangunan FF4 bertentangan dengan bangunan FF1.


    Bangunan FF1 bersambung dengan bangunan FF2. Bangunan FF2 pula ada surau, makmal komputer, DP dan Bilik TEC. Surau lelaki terletak di aras 1 manakala surau perempuan terletak di aras 2. DP ada di setiap aras bermula daripada aras 2. Makmal komputer Cik Yaya tak ingat dekat aras berapa. Sebab pernah masuk sekali je. Kemudian, bilik TEC. Apa tu? Bilik TEC sama fungsi dengan BK. Tempat untuk kamu belajar tutorial.



    Bangunan FF2 bersambung dengan bangunan FF3. Jangan sesat tau.. Bangunan FF3 ni gelap-2, Kalau tak berani jalan sorang-2, jalan la berdua atau berkumpulan. Okeh, dekat bangunan FF3 ni terletak makmal Fizik dan makmal-2 yang lain. Untuk pelajar asasi, bangunan FF3 digunakan untuk pergi ke makmal Fizik sahaja,


    Cik Yaya rasa sampai di sini sahaja pengenalan bangunan-2 di Palam.. Memang Cik Yaya tak cerita semua bangunan. Tak syokk la kalau cerita semua bangunan. Cik Yaya cerita bangunan yang penting-2 sahaja untuk kegunaan pelajar asasi.. Lain-2 bangunan, kamu kenalah discover sendiri. Barulah ada pengalaman. :D

    Bangunan paling tinggi tu adalah FSK 6

    Ketinggalan entry Palam?
    Klik Palam Part 1
    Klik Palam Part 2
    Klik Palam Part 4
    Klik Palam Part 5

    ASASI UiTM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM (Part 2)

    syafi khizar | 03:06 | 0Comments |

    Bismillah.

    Bersua kembali dalam eksplorasi mengenal Palam. Hokey, ini over. Sebelum terlupa, Cik Yaya tak lupa nak perkenalkan Surau Ibnu Sina. Bukan saje-2 lupa, tapi.. Tak jumpa gambar, tak syok la kalau tak dapat tengok gambar. Iye dop? 

    Surau Ibnu Sina a.k.a Masjid UiTM Puncak Alam :
    Surau Ibnu Sina ni baru sahaja ditubuhkan. Alhamdulillah, Asasi batch 2014/2015 (batch Cik Yaya) perasmi penggunaan surau ni. Surau untuk apa anak-2? Mestilah untuk solat. Haa, adik-2 jangan malas-2 datang surau untuk solat berjemaah, tak rugi pun.. Sentiasa jadikan surau sebagai rumah kedua kita di Palam selain daripada kolej kediaman masing-2. Surau ni alhamdulillah, meriah jugak, Ada kuliah maghrib, ada Back to Basic (apa tu? Nanti kamu tahulah) Hint : Satu program.. Best.. Setiap hari Jumaat, in sha Allah, kalau tiada aral melintang, akan ada ustaz jemputan, tak pun imam muda. in sha Allah.. Setiap hari Jumaat, pelajar lelaki akan solat Jumaat di sini, kalau dulu mereka perlu solat di ruangan Kolej Angsana, sekarang tidak lagi. \Macam iklan je bunyinya, iklan apa entah/ 


    Tangga Maut a.k.a Tangga Batu Caves a.k.a Tangga Palam a.k.a Tangga Kejayaan
    Haa, Sebelum masuk Palam ni, kamu mesti familiar dengan tangga Palam kan? Atau lebih dikenali sebagai Tangga Batu Caves. Oh! Tak familiar juga ke? How abaout Tangga Kejayaan? Ok, Last choice, Tangga Maut. Nama. Amboii.. Tak boleh bawa maut pun adik-2 semua ya, KECUALI kamu yang cari maut sendiri (terjun tangga dari atas ke jalan tar tu) haaa. Tu memang patut dinamakan Tangga Maut, tapi kalau kamu sopan santun dekat tangga ni, takdenya boleh bawa maut. Minggu first memang kamu akan rasa penat, lama-2 akan terbiasa. Takkan hari-2 kena naik/turun tangga ni? Ahaa, Jangan risau, bas Rapid KL ada disediakan, tapi kamu kena bayar RM 1 untuk setiap perjalanan. Tangga ni Cik Yaya tak ingat berapa bilangan dia, yang pasti, Cik Yaya pernah kira masa awal-2 dulu *Sebab takde kerja sangat kan?* All the best! Best naik tangga ni, Sihat tubuh badan. Uhuks. Kalau kamu dapat R4, kamu beruntung. Sangat! Sebab, naik-2 je tangga, blok kamu depan tu. Tak payah nak berjalan jauh lagi..





    Plaza Satelit B @ PSB :
    Apa pula PSB ni? PSB ni adalah bangunan.. PSB ni adalah permulaan untuk kamu naik tangga tu. Dekat PSB akan ada kafe-2 untuk makan pagi sampai petang sewaktu di fakulti, Ringgit Mart *Sebelum beli tanya harga dulu, kadang-2 ada yang mereka tak letak tag harga*, kedai buku ala-2 koperasi sekolah gitu, tempat untuk fotostet, surau, Bilik Kaunseling, Pejabat ACIS (Pejabat bahagian keagamaan), pejabat Bank Islam, mesin ATM Bank Islam dan mesin deposit tunai Bank Islam. Nanti kamu survey-2 la ye. Makan la dekat mana yang kamu suka, ada banyak pilihan, untuk rasa eksklusif sikit boleh cari kafe kat bahagian atas bangunan PSB ni. Kemudian, PSB ni juga penghubung untuk pergi ke bangunan fakulti, cuba tengok gambar bawah, nampak tak jejantas tu? Yang tu la yang akan menghubungkan untuk pergi ke bangunan fakulti lain.


    PTAR @ Perpustakaan Tun Abdul Razak :
    FYI, bukan kat Palam sahaja ada PTAR, perpustakaan kat UiTM Shah Alam pun ada juga yang dipanggil PTAR. Jadi, kamu jangan komfius nanti. PTAR Palam baru setahun dua buka. Jadi masih baru. Segala kelengkapan dia, alhamdulillah, memuaskan. Kamu boleh sewa loker untuk satu sem (kalau kamu rajin nak pergi PTAR la) PTAR Palam berbentuk bulat, macam UFO. Kemudahan di PTAR memuaskan hati juga. Ada surau, jadi kamu tak terkejar-2 nak cari surau bila tiba waktu solat. Sebelah PTAR ada kafe. *Kafe lagi* Kalau tak cukup makan kat fakulti tak tahulah macam mana. Sebelah PTAR lagi ada kedai-2 buku, kedai beli tiket bas *Tapi tak jual tiket bas untuk semua tempat*, Kedai printing baju dan banner serta Dewan Serbaguna a.k.a DSG. Dekat DSG biasanya akan ada karnival-2 UiTM @ Karnival Kerjaya @ Jualan-2 @ PC Fair @ Book Fair. Ikut la event mana yang dia nak buat. :P





    Tasik :
    Kawan Cik Yaya (Encik Ikmal Alif) cakap tasik Palam famous kat Palam. Ekeke.. Sejauh mana famous wallahualam.. Ok la, memang famous pun, Kalau kamu nak release stress, boleh la datang tasik.. Bagi makan ikan. Tasik Palam sangat cantik dan menenangkan. Cuma, kalau nak pergi jauh sikit, belakang fakulti. Cari la nanti. Bila da sampai. Haa.. Luas katakauu.. Banyak ikan yang comel-2. Jujurnya.. Tasik kat Palam banyak sangat. Tapi, yang bawah ni yang paling femes. 




    Okay. Sampai di sini sahaja entry Palam Part 2. 
    Ketinggalan entry Palam?

    Klik Palam Part 1
    Klik Palam Part 3
    Klik Palam Part 4
    Klik Palam Part 5

    Thursday, 23 April 2015

    ASASI UiTM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM (Part 1)

    syafi khizar | 23:51 | 43Comments |
       



    Bismillah.

    Haa. Nampak gambar atas tu? Ok, Cik Yaya lepasan asasi UiTM Puncak Alam atau lebih dikenali sebagai budak-2 PALAM. Best hokeh Palam ni. Rugi siapa tak masuk sini.. Uhuks. Titew lepasan asasi yuuuaiiitiiiemmmm je.. Tak macam awak-2 yang pandai-2 tu.. \Okey, ni mengada/ Alhamdulillah, Palam terima permohonan Cik Yaya masuk sini. Seriously, tak rugi kamu masuk sini. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nak dijadikan cerita, Palam ni bukan la pilihan pertama Cik Yaya, Tapi, Allah s.w.t dah tetapkan Cik Yaya berada di sini. So, just follow the flow. Chill! Nak belajar, kat mana-2 boleh belajar, yang penting niat. Betul tak? Okey, seperti yang dijanjikan, Cik Yaya akan cerita serba sedikit mengenai Palam berdasarkan pengalaman Cik Yaya sendiri. Cik Yaya batch 2014/2015 Palam (baru abis asasi katakauu, maka, aura nak hapdate pasal Palam masih berkobar-2 lagi) Aiceh...

    Buat pengetahuan adik-2 semua, Asasi UiTM ada kat banyak tempat, UiTM Puncak Alam, UiTM Shah Alam, UiTM Kuantan dan UiTM Lendu. Tapi untuk Asasi Sains dan Asasi Kejuruteraan ada kat UiTM Puncak Alam sahaja. Kalau Asasi Undang-2 dan Asasi TESL ada kat 3 lagi UiTM. *Cik Yaya Asasi Sains* :D Tapi, untuk batch 2015/2016, masuk sem 2 kamu semua akan dikumpulkan dalam satu pusat sahaja, iaitu di Dengkil, in sha Allah, kalau tiada aral melintang. Doa-2 kan lah kamu dapat masuk di Dengkil, bukan apa, semuanya baru.. Jadi kamu dapat jadi perasmi.. Entry kali ni Cik Yaya belanja banyak-2 gambar sikit.. Almaklumlah ex-student sini, takkanlah takde gambar Palam kan? Ohh, lupa, FYI, Palam ni sangat cantik. Sebab kekalkan tema kehijauan giteww. So, bagi sesiapa yang gilar photoshoot, boleh la cari port-2 yang cantiks dan menarikss untuk jadikan tempat shooting, misalnya.


    Gambar atas tu kamu akan jumpa sebelum masuk gate utama Palam, haa, kalau kamu tak perasan, Wallahualam, tak tahu nak cakap macam mana. Perasaan first time nampak UiTM PALAM, Fuhh.. Dup.. Dap.. Dup.. Dap.. Adrenaline turun tak henti-2, bergetar tulang rusuk <Okay, ni hiperbola sangat> Rasa lain la, macam eksaiitedd giteww..

    Tempat Kediaman :
    Mula-2 sekali, mesti kamu nak tahu pasal tempat kediaman kamu kan? Tempat kediaman terbahagi kepada 3, Angsana, Rafflesia dan Casuarina. Rafflesia khusus untuk pelajar perempuan, Angsana untuk pelajar lelaki dan ada juga blok Angsana pelajar perempuan yang duduk dan Casuarina sebahagian untuk pelajar lelaki dan sebahagian lagi untuk pelajar perempuan. Eh, Blok-2 ni semuanya didiami oleh pelajar asasi (semua pelajar asasi WAJIB duduk kolej kediaman), lain-2 dipenuhi oleh pelajar diploma dan degree.. Angsana dan Rafflesia masing-2 ada kolej kemudahan pelajar. Back to the topic, Angsana, Rafflesia dan Casuarina masing-2 ada 6 blok dan kedudukannya tak semestinya ikut nombor. Macam mana tu? Maksudnya, blok-2 ni disusun tak ikut nombor, tapi kamu boleh tengok nanti ada 6 blok untuk setiap kolej kediaman, dan tingginya berbeza. Sebagai contoh, kalau R2 (Rafflesia 2) ada 7 tingkat, Blok-2 lain ada lebih daripada 7 tingkat. Kenapa tu tak pasti la pula. >_< Terimalah seadanya. Nampak tak gambar bawah ada macam gym luar? Ahaa, memang wujud pun, kalau nak release stress, boleh la main. Dekat blok angsana pun ada juga. 



    Kamu akan duduk dalam rumah tau, bukan dalam dorm macam dekat UiTM Shah Alam, haa. Ini yang special pasal Palam, pelajar duduk dalam rumah. Dalam rumah akan ada 4-5 buah bilik dan setiap bilik didiami oleh 2 orang pelajar sahaja. Tak padat kan? Selesa. Lebih banyak masa privasi untuk diri sendiri. Dalam setiap bilik dilengkapi dengan 2 set almari, 2 set meja belajar, 2 buah katil 2 lampu pendarfluor, 1 kipas dan 1 memo board. Pandai-2 la kamu dengan roomate kamu nanti. Sebagai persiapan, kamu kena bawa bantal (dalam gambar memang ada bantal, tapi kadang-2 ada bilik yang tiada bantal, untuk keselasaan sendiri, bawa bantal siap-2), cadar, selimut, bantal busuk (kalau ada), kunci almari jangan lupa, sebagai keselamatan)  



    Dalam rumah akan ada ruang tamu, saiz ruang tamu tak menentu, ada rumah ruang tamu besar dan ada yang kecil. Ada rak kasut (tapi kalau kamu memang jenis guna kasut berpuluh-2 untuk satu sem, lebih baik bawa rak kasut sendiri). Macam mana dengan tandas dan bilik air pula? Ada 1 bilik air lengkap (ada shower dan tandas duduk), ada satu tandas cangkung dan ada 1 bilik air yang ada shower sahaja. Total up ada tiga la semua sekali, jadi kamu semua tak berebut masa nak guna. Lain-2 kamu kena berbincang la dengan housemate masing-2, macam mana nak ceriakan @ nak jadikan ruang makan ke, ruang belajar, pandai-2 kamu la nanti, jangan sampai bermasam muka pula.

    Lupa nak mention, kat setiap blok kolej kediaman akan ada bilik TV, bilik dobi, surau, dan bilik study, semuanya terletak di aras 1..

    Kompleks Kemudahan Pelajar (KKPA @ KKPR) :
    Apa pula kompleks kemudahan pelajar tu? Boleh dikatakan kafe la dan bahagian atas terletaknya pejabat-2 yang berkaitan dengan kolej kediaman masing-2. Kenapa Casuarina takde kompleks kemudahan pelajar? Sebab Casuarina bangunan baru, in sha Allah, akan dibina kompleks kemudahan pelajar lepas ni, bila tu? Wallahualam, ada la dalam perancangan..KKPA/R stands for Kolej Kemudahan Pelajar Angsana/ Rafflesia. Okeh, kat sini akan ada kafe, banyak kafe, ada ABC, Roti canai, lauk-pauk, masakan panas, burger, cucuk-2, waffle, nasi ayam, dll.. Bahagian tengah ruang KKPA/R ni dijadikan court badminton, bagi sesiapa yang berminat bermain badminton, bawa lah siap-2 raket dan shuttle masing-2. Bahagian atas pula ada gym, pejabat Angsana/Rafflesia, bilik study, surau, bilik muzik (kalau tak silap nama dia) dewan serbaguna, tandas, bilik komputer, bilik unit sukan (okey, kamu boleh pinjam basikal kat sini, tapi ada limit, tengok jadual dia), dll. Ada juga ruang menonton TV, selalunya akan kecohlah bila ada perlawanan bola. 



    Dekat KKPA/R akan ada Mini Mart dan Is Mart. nilah mart-2 yang kamu akan ulang-alik masuk ketika kelaparan.. Cari stok makanan atau beli segala keperluan la senang cerita. Dekat Is Mart ada SkyNet, kat sini boleh la kalau nak pos apa-2 barang.. FYI, dalam KKPA/R ni akan ada satu mesin ATM je, yakni mesin ATM Bank Islam.. Iyaa.. di Palam semua urusan menggunakan akaun Bank Islam. Jadi, sesiapa yang tiada akaun Bank Islam tu, cepat-cepatlah buat ye. Jangan risau, ATM ni boleh juga digunakan untuk withdraw bank lain punya kad.


    Padang Kawad :
    Kalau dulu, kat padang kawad ni akan ada makcik-2 atau pakcik-2 dari luar datang berniaga, Sekarang ni tapak perniagaan da tukar kat sebelah C4 (nanti cari sendiri :P) Nama pun padang kawad, jadi, kat padang kawad ni selalunya orang akan berkawad, ada martial art (Taekwondo).. Padang kawad dikelilingi oleh gelanggang gelanggang futsal dan gelanggan basketball. Petang-2 dan pagi-2 hujung minggu biasanya meriah la..Malam pun tak kurang meriah juga.


    Sampai sini dulu cerita Palam. In sha Allah, akan bersambung.  See ya :)

    Ketinggalan entry Palam?
    Klik Palam Part 2
    Klik Palam Part 3
    Klik Palam Part 4
    Klik Palam Part 5

    Wednesday, 22 April 2015

    Malaysia Tertiary Education (Form 6, Asasi, Matrikulasi, Diploma)

    syafi khizar | 22:07 | 6Comments |

    Bismillah.

    Tajuk kemaiin lagi. \Malaysia Tertiary Education/ Jangan terpengaruh dengan tajuk. Entry kali ni masih menggunakan bahasa ibunda ya.



    Kita mulakan dengan Form 6 @ Pre-Univeristy :
    • Ada 2 Semester sama macam asasi dan matriks.
    • Terikat dengan undang-2 sekolah.
    • Uniform? Ohh.. Form 6 sekarang canggih dah, takyah pakai uniform sekolah macam zaman muda-mudi sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pakaian boleh pakai baju kurung biasa. Hmm, Sebenarnya depends pada sekolah tu jugak, ada sekolah masih nak kekalkan guna uniform sekolah, biar seragam katanya.
    • Segala apa yang kita buat, cikgu akan tolong, macam zaman-2 UPSR,PMR,SPM.. Menarik kan? Ibarat cikgu suap lagi la.. 
    • Pendapat Cik Yaya la, Form 6 best sebenarnya.. Sebab lagi rapat dengan cikgu-2, memandangkan jumlah pelajar sikit, tak macam universiti.. and, kita pun lagi selesa.. Selain tu, Form 6 lagi dipandang tinggi daripada budak-2 matriks @ asasi sebab sijil Form 6 laku untuk cari kerja berbanding yang masuk asasi @ matrik.. Kalau asasi @ matrik, takde sijil pun and kalau nak cari kerja, kena apply guna result SPM (haa, kalau result SPM bagus ok la, kalau K.O macam mana?)


    Next station : Asasi atau lebih dikenali sebagai foundation :
    Ok, gambar atas tu beberapa contoh universiti yang ada asasi dan program asasi yang ada dalam universiti tersebut. Memandangkan Cik Yaya lepasan asasi, maybe la, boleh cerita sedikit sebanyak mengenai asasi ni.. Orang tanya "Sambung mana belajar sekarang?" -Asasi- "Wussshh, budak-2 pandai ni".. Aipp..Aipp.. Don't judge the book by its cover, Semua orang pandai hokeeyyy, yang membezakan rajin atau malas je. Sekiaann..
    • Asasi taraf dia sama je macam matriks.. Yang membezakan, asasi da duduk dekat universiti, matrik pula masih bawah KPM. Apa KPM tu? Kementerian Pelajaran Malaysia la sayanggg oiii..
    • Kehidupan asasi lagi best daripada matrik sebab? Sebab da jadi pelajar universiti, boleh keluar masuk ikut suka hati, takde peraturan yang ketat, boleh pakai apa sahaja asalkan menutup aurat dan ikut tatacara universiti masing-2 la kan. Takde da warden nak menjerit dari bawah ke atas sebab tak pergi prep, tak kemas bilik, tak pergi 'roll call' dll. Tapi jangan terlampau enjoy, pandai-2 la bawa diri.. Melampau sangat hari-2 nak keluar lepas abis kelas balik lewat tengah malam, agak-2 la bross.. sisss... 
    • Jadual asasi depends pada kelas masing-2, kebiasaanyya, kelas akan bermula pukul 8.30 am dan paling lewat abis pukul 6.30 pm, depends asasi masing-2 la ye..
    • Advantage dia kalau masuk degree, kalau pilih lagi universiti yang sama untuk sambung degree, in sha Allah, tempat kita da secure da.. Eh.. Jangan malas belajar pula, depends pada pointer kamu juga hokeyy, jangan malas-2, cuba dapatkan pointer tertinggi ikut kemampuan kamu.. Tapi, kalau kamu pilih universiti lain daripada asasi kamu, persaingan tu sengit sikit la, bukan kamu sorang je budak pandai dalam Malaysia ni.
    • Silibus asasi lagi sikit berbanding dengan silibus matrik. Ini serius, bukan main-2.. Sebab tu, kadang-2 bila kawan-2 matrik tanya, macam ternganga sikit.. apa la yang diorang belajar ni..
    • Tempoh asasi pun kalau macam Cik Yaya punya, sekejap je. kurang 8 bulan..
    • Apa yang best asasi? Banyak cutiii.. weeee... Boleh balik kampung selalu.. Betull... Tak tipu.. Kalau matrik, masih menggunakan sistem asrama, ada masa boleh balik, ada masa tak boleh balik, ikut warden masing-2..
    • Kehidupan asasi serius best!
    • Ahaa, lupa, tempoh asasi, ada setahun, satu tahun setengah and 2 tahun.. Tengoklah kamu dapat yang mana.
    Seterusnya.. Matrikulasi a.k.a Matriksss :
    • Matriks.. Hmm, nak cakap apa eh. Matriks ni sama macam asasi, adik-beradik tiri.. Matriks bawah KPM dan asasi bawah KPT (Kementerian Pelajaran Tinggi)
    • Matriks kehidupan dia macam sekolah berasrama, ada warden, ada barang larangan (henpon boleh bawa, jangan risau), ada masa outing, nak balik kena minta signature warden.. Haa, macam tu la..
    • Jadual kelas dia bermula pukul 8 am dan berakhir 4@5 pm..Gap ada untuk makan tengahari & solat.. (alaa, macam jadual zaman sekolah-2 dulu) dapat bayangkan?
    • Orang selalu cakap, jadual budak matriks padat, Ahaa, betul! Sebab kan kehidupan macam asrama, jadi ada la aktiviti-2 tertentu yang kena lakukan.. Tapi takde la fully asrama, sebab takde jadual prep, jadual makan malam, bebas la nak makan pukul berapa, cuma jadual yang dah ditetapkan pihak matriks kena la patuh.. Jangan buat hal pula, masak kamu nanti..
    • Matriks cuti dia 2 minggu je, (Cuti Sem), Sekejap je..
    • Matriks masuk paling awal, 2 minggu akhir hujung bulan 5, mesti da daftar da..
    • Tempoh pengajian 10 bulan @ 2 tahun
    • Matriks biasanya habis lambat.. Asasi masuk lambat habis awal.. (Sesetengah asasi la)
    • Student matriks biasanya senang nak skor 4.0 sebab cikgu-2 mereka tolong. Tolong macam mana tu? Cikgu-2 mereka akan buat kelas tambahan atau bagi latihan tambahan, buat past year and bincang past year sama-2, tapi asasi depends pada diri sendiri, Kalau kamu nak berjaya, kamu buatlah semua tu.. Asasi kena lebih berdiri atas kaki sendiri.. Faham?


    Lastly, Diploma atau nama manja Dip :
    • Dip ni orang selalu akan pandang rendah. Sebab apa? Alaa, Dip je pun, heii.. Heii.. Awak. Awak.. Awak tahu tak dip ni sijil dia lagi bernilai daripada matrik dan asasi yang takde sijil tu?
    • Dip biasanya 3 tahun dan kalau nak sambung degree ambil masa 2-3 tahun je.. Ahaaa, bila grad, awak still grad sama tahun dengan budak asasi dan matriks.. Naisss kan?
    • Dip best juga! Sebab jadual mereka tak padat langsung.. Banyak aktiviti pula tu.. Kadang-2, akan ada at least satu hari awak takde kelas langsung, @ ada satu kelas je untuk hari tersebut..
    • Budak dip senang nak skor, sebab silibus mereka sikit-2 lama-2 jadi bukit, Eh, tak la, silibus mereka dah dibahagikan untuk 3 tahun. Jadi, budak-2 dip ni kebanyakannya relax je, slow and steady giteww..
    • Lepas abis dip, awak boleh apply kerja terus guna result dip. Kalau malas nak sambung degree la.. and gaji awak pun tak kurang lumayan jugakss.. 

    Hokehh, sampai sini je cerita pendidikan tertiary di Malaysia ni.. Maaf andai ada salah info, Semua tulisan ini berdasarkan pemerhatian, pengalaman Cik Yaya sendiri, ada soalan boleh tinggalkan jejak anda. 

    P/s :

    Untuk adik-II yang keliru nak terima tawaran matrik atau tak, Cik Yaya cadangkan, awak terima je, tak akan ada effect langsung pada result UPU awak, sebab sistem UPU dan sistem Matriks lain-2..
    Entry lepas ni tajuk dia lebih kepada asasi yang Cik Yaya masuk. Asasi mana? Nantikann.. 





    Keyboard Warrior (Keyboard Shortcuts)

    syafi khizar | 00:13 | 0Comments |


    Bismillah..
    Hi! At this hour, I wanna share with you 100 (I guess) keyboard shortcuts.. //taksemuaorangtahushortcutkeyboardni\\ Believe me :) Okay-2, Jangan gaduh-II, yang tak tahu tu mari belajar.. Simple and Easy enough :)

    The General Shortcuts

    We’ll kickoff the list with some really general shortcuts that you often used.
    • CTRL+C (Copy)
    • CTRL+X (Cut)
    • CTRL+V (Paste)
    • CTRL+Z (Undo)
    • Delete (Delete)
    • Shift+Delete (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
    • CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
    • CTRL+Shift while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
    • F2 key (Rename the selected item)
    • CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
    • CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
    • CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
    • CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
    • CTRL+Shift with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
    • Shift with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
    • CTRL+A (Select all)
    • F3 key (Search for a file or a folder)
    • Alt+Enter (View the properties for the selected item)
    • Alt+F4 (Close the active item, or quit the active program)
    • Alt+Enter (Display the properties of the selected object)
    • Alt+Spacebar (Open the shortcut menu for the active window)
    • CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
    • Alt+Tab (Switch between the open items)
    • Alt+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
    • F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
    • F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
    • Shift+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
    • Alt+Spacebar (Display the System menu for the active window)
    • CTRL+ESC (Display the Start menu)
    • Alt+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
    • Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
    • F10 key (Activate the menu bar in the active program)
    • RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
    • LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
    • F5 key (Update the active window)
    • Backspace (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
    • ESC (Cancel the current task)
    • Shift when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

    Dialog Box Keyboard Shortcuts

    • CTRL+Tab (Move forward through the tabs)
    • CTRL+Shift+Tab (Move backward through the tabs)
    • Tab (Move forward through the options)
    • Shift+Tab (Move backward through the options)
    • Alt+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
    • Enter (Perform the command for the active option or button)
    • Spacebar (Select or clear the check box if the active option is a check box)
    • Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
    • F1 key (Display Help)
    • F4 key (Display the items in the active list)
    • Backspace (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

    Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

    • Win (Display or hide the Start menu)
    • Win+BREAK (Display the System Properties dialog box)
    • Win+D (Display the desktop)
    • Win+M (Minimize all of the windows)
    • Win+Shift+M (Restore the minimized windows)
    • Win+E (Open My Computer)
    • Win+F (Search for a file or a folder)
    • CTRL+Win+F (Search for computers)
    • Win+F1 (Display Windows Help)
    • Win+ L (Lock the keyboard)
    • Win+R (Open the Run dialog box)
    • Win+U (Open Utility Manager)

    Accessibility Keyboard Shortcuts

    • Right Shift for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
    • Left Alt+left Shift+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
    • Left Alt+left Shift+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
    • Shift five times (Switch the StickyKeys either on or off)
    • NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
    • Win +U (Open Utility Manager)

    Windows Explorer Keyboard Shortcuts

    • END (Display the bottom of the active window)
    • HOME (Display the top of the active window)
    • NUM LOCK+* (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
    • NUM LOCK++ (Display the contents of the selected folder)
    • NUM LOCK+- (Collapse the selected folder)
    • LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
    • RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

    Shortcut Keys for Character Map

    • After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
    • RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
    • LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
    • UP ARROW (Move up one row)
    • DOWN ARROW (Move down one row)
    • PAGE UP (Move up one screen at a time)
    • PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
    • HOME (Move to the beginning of the line)
    • END (Move to the end of the line)
    • CTRL+HOME (Move to the first character)
    • CTRL+END (Move to the last character)
    • Spacebar (Switch between Enlarged and Nor mal mode when a character is selected)

    Microsoft Management Console (MMC) Main Window Keyboard Shortcuts

    • CTRL+O (Open a saved console)
    • CTRL+N (Open a new console)
    • CTRL+S (Save the open console)
    • CTRL+M (Add or remove a console item)
    • CTRL+W (Close window/tab)
    • F5 key (Update the content of all console windows)
    • Alt+Spacebar (Display the MMC window menu)
    • Alt+F4 (Close the console)
    • Alt+A (Display the Action menu)
    • Alt+V (Display the View menu)
    • Alt+F (Display the File menu)
    • Alt+O (Display the Favorites menu)

    MMC Console Window Keyboard Shortcuts

    • CTRL+P (Print the current page or active pane)
    • Alt+- (Display the window menu for the active console window)
    • Shift+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
    • F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
    • F5 key (Update the content of all console windows)
    • CTRL+F10 (Maximize the active console window)
    • CTRL+F5 (Restore the active console window)
    • Alt+Enter (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
    • F2 key (Rename the selected item)
    • CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

    Remote Desktop Connection Navigation

    • CTRL+Alt+END (Open the m*cro$oft Windows NT Security dialog box)
    • Alt+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
    • Alt+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
    • Alt+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
    • Alt+HOME (Display the Start menu)
    • CTRL+Alt+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
    • Alt+Delete (Display the Windows menu)
    • CTRL+Alt+- (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
    • CTRL+Alt++ (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressingAlt+PRINT SCREEN on a local computer.)

    Internet Explorer navigation

    • CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
    • CTRL+E (Open the Search bar)
    • CTRL+F (Start the Find utility)
    • CTRL+H (Open the History bar)
    • CTRL+I (Open the Favorites bar)
    • CTRL+L (Open the Open dialog box)
    • CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
    • CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
    • CTRL+P (Open the Print dialog box)
    • CTRL+R (Update the current Web page)
    • CTRL+W (Close the current window)

    The end~