Friday, 11 December 2015

Pinjaman Boleh Ubah (PBUB) Yayasan Bank Rakyat

syafi khizar | 15:18 | 1Comments |
Bismillah . . . 


Assalamualaikum !


Lama dah tak update blog . Last update sebelum last paper MidSem aritu . Bulan November . Sekarang Disember . Eh ! Sibuk betul Yaya ni . Of course la sibuk . Student life kan . . Okay , entry kali ni , nak cerita serba sikit pasal PBUB atau lebih dikenali sebagai Pinjaman Boleh Ubah Bank Rakyat . 


Pinjaman Boleh Ubah Bank Rakyat ni lebih kurang macam Pinjaman MARA . Untuk PBUB ni, once uollsss dapat pointer 3.75 ke atas, pinjaman uollsss akan ditukar kepada biasiswa. Best kan? Hmm, tapi 3.75 , tinggi oh! Usaha Tangga Kejayaan kawan! Kalau nak, kena rajin. Jangan malas-2.  Oh , sebelum tu, untuk maklumat lebih lanjut tentang PBUB , boleh klik SINI. PBUB ni tak terhad untuk pengajian dalam negara sahaja, malah, untuk mereka yang belajar overseas pun boleh mohon. 


Okay ! Kemudian , lepas dah apply semua kan , nanti , akan keluar senarai pendek pemohon yang layak untuk mendapat PBUB ni. Bila senarai pendek ni dikeluarkan , maknanya, kamu kena menjawab soalan penilaian diri. Kalau dulu, PBUB dia buat kuiz pasal isu semasa, pengetahuan am, etc. Tapi, bermula tahun 2015, tak silap Yaya la kan, ujian dia adalah ujian personaliti diri. Ada lebih kurang 300 soalan kot . Dimensi soalan ni hanyalah dimensi diri kita sahaja. Pilihan jawapan 'Ya' , 'Tidak' , 'Sangat Tidak Setuju' , 'Tidak Setuju' , 'Neutral' , 'Setuju'  atau 'Sangat Setuju' . Nampak senang kan? Tapi , once you kena jawab , berpeluh juga bohh . Sebab , soalan dia tricky and memerlukan kita untuk berfikir betul-2 . EH ! Bukan tricky je malah psiko. Namapun psikologi test kan . Masa yang diberikan 45 minit. Dan , last sekali, kalau kamu berjaya dapatkan PBUB ni, kamu kena attend satu kem, selama 3 hari 2 malam kalau tak silap, dalam kem ni, kamu akan didedahkan dengan lebih lanjut tentang YBR . Yeay ! Abis suda entry kali ni =)



1 comment:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥