Friday, 20 November 2015

Ayat Sentap 4

syafi khizar | 19:42 | 1Comments |

Bismillah. .


Assalamualaikum . .


Saje je la check bahagian 'Keywords Search' setiap hari.. Tak sangka pula, ramai yang nak cari pasal Ayat Sentap . . :3 . Sebenarnya , ayat-ayat tu takde la sentap mana pun . Cuba buat kita tersedar dari tidur yang lena je. Acewaahhhh . Belum baca lagi ? Klik Ayat Sentap , Ayat Sentap 2 & Ayat Sentap 3 .


Okay . Hari ni , Yaya nak kongsi sikit pasal Ayat Sentap 3 . Eh ! AMARAN ! Ini bukan ayat sentap . =3 Ayat bagi kesedaran pada diri atau lebih kepada tingkatkan taqwa dan mencari hidayah-Nya . In sha Allah .

Kadang-2 kita rasa bahawa hidup ini terlalu suram, Tiada gelak tawa, tiada hela nafas, tiada segalanya. Hakikatnya, kita mempunyai Tuhan yang mengurniakan cinta yang berwarna warn. Terus masih ingin mengatakan hidup anda suram tanpa rasa bibit cinta Lillah? Tepuk dada, tanya iman derr.

Kita dihidupkan di dunia ini bukan untuk menghina sesama sendiri. Tetapi kita dihidupkan di dunia ini untuk saling melengkapi. Sepertimana cikgu mendidik anak-2 muridnya hingga lahirnya seorang arkitek yang berjaya, seorang pendakwah yang terkenal, seorang pelakon yang bombastik. Setelah itu, arkitek mula membina bangunan yang kukuh, setelah itu, pendakwah dapat menyebarkan ilmu, setelah itu, pendakwah dapat menyebarkan ilmu, setelah itu, pelakon melakonkan cerita yang hebat. Semuanya berkait antara satu sama lain. Sepertimana berjayanya seorang lelaki itu kerana mempunyai isteri yang hebat! Sepertimana hebatnya iman seseorang kerana mempunyai cinta Lillah yang hebat. Semuanya itu saling melengkapi. Maka, masihkah dikau ingin menghina sesama diri sendiri?

Kalau hari ini kita masih buta mencari cinta Lillah, harapesok ataupun sekarang kita tercelik melihat cinta Lillah.

Time zaman Jahlliah dulu, semuanya hitam pekat, masih kabur dengan iman. Semua dosa dilakukan hingga muak dosa. Tapi Allah masih bagi peluang untuk memulakan kehitaman zaman silam dipancarkan dengan cahaya keimanan. Dosa yang dibuat masih boleh diganti dengan solat taubat. Siapa cakap zaman silam terus menjadi silam? Hakikatnya, masa silam akan terus menjadi pengajaran.

Sering kali kita perbandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Sering kali kita cemburu dengan kebahagiaan orang lain sehingga kita lupa untuk sujud syukur ke atas segala nikmat yang Allah turunkan kepada kita. Kita lupa dan kita terus membanding.

Credit to : chejilbab


Okay , sampai sini dulu entry ni. Nanti Yaya sambung lagi . Uhuk-2 , exam . Doakan Yaya . Last Payyyyperrrr =)

1 comment:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥