Saturday, 24 October 2015

Bajet 2016

syafi khizar | 07:32 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum , seperti yang tertera tajuk di atas , Yaya nak share sikit pasal Bajet 2016 . *Yaya dah matang , yeay !* Dah duduk jauh dengan parents , rasa ada kepentingan untuk ambil tahu pasal dunia luar , kalau masa sekolah dulu-2 , parents yang cakap itu ini , sekarang , kena berdiri atas kaki sendiri da . Antara intipati Bajet 2016 :

  • Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015
  • RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
  • RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan
  • Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion
  • Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion
  • Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion
  • Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015
  • Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
  • Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016
  • Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion
  • Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion
  • Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion
  • Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi
  • Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion
  • Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta)
  • Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada
  • Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
  • Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017
  • Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS
  • Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS
  • Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank
  • Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya
  • RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak
  • Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka
  • RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu
  • Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka
  • Projek sambungan LRT Ampang-Putra Heights siap Mac 2016, Kelana Jaya-Putra Heights siap pertengahan 2016
  • Projek MRT Sungai Buloh-Semantan dapat digunakan pada Disember 2016, Semantan-Kajang pada pertengahan 2017
  • Projek MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bermula suku kedua 2016, siap 2022
  • Projek LRT3 Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang mula dibina pada 2016, siap 2020
  • Kerajaan teruskan rundingan High Speed Rail dengan Singapura
  • Bus Rapid Transit KL-Klang, Kota Kinabalu akan dilaksanakan
  • SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut
  • RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv
  • RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar
  • RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah
  • RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah
  • Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara
  • Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada
  • RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi
  • RM190 juta kepada FAMA untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
  • Penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan
  • RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade
  • RM877 juta untuk pelbagai usaha teknologi hijau seperti bekalan air bersih
  • RM515 juta untuk meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah
  • RM41.3 bilion untuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi 2016
  • Pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, empat MRSM dan lima SBP
  • RM135 juta untuk Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
  • Had maksimum amaun pelepasan cukai ke atas yuran pengajian dinaikkan RM7,000 daripada RM5,000 setahun
  • Kerajaan bersedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas
  • GST kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D 
  • GST kadar sifar ke atas tmbahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung 
  • GST kadar sifar atas barangan makanan seperti susu bayi & kanak-kanak berasaskan kacang soya & susu organik
  • Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional 
  • Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah
  • Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia 
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf
  • RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih 
  • MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi 
  • Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah & Sarawak
Sumber : Bernama & mysumber

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥