Sunday, 20 September 2015

Kenapa Negara Arab Kurang Pesakit ?

syafi khizar | 23:03 | 2Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .

Ini cerita dari sebuah blog . Kisah sangat menarik untuk dikongsikan , Yaya akui , sepanjang Yaya berkunjung ke Tanah Suci , memang kurang / sikit la patient yang Yaya nampak dalam sesebuah hospital / klinik di sana . Yaya pun naik hairan kadang-2 , tapi husnudzon , Tanah Suci kan . Doa mudah untuk dimakbulkan . Tiba-2 Yaya terbaca satu blog ni , menceritakan kisah sebenar di Klinik di Tanah Suci .


Ada seorang doktor membuka klinik di Tanah Suci (Makkah Mukarramah). Selama 6 bulan amalan, tidak ada seorang pesakit pun yang datang untuk berubat. Hingga beliau merasa hairan, apakah orang-orang di sini tidak pernah sakit? Akhirnya beliau dapati jawapannya, dari salah seorang muslim di sana.

Bila kami sakit, ikhtiar pertama yg kami lakukan ialah solat dua rakaat, dan memohon kesihatan kepada Allah. In syaa Allah sembuh dengan izin dan kasih sayang-Nya. Kalau belum sembuh,

Ikhtiar keduaIaitu baca Al Fatihah / surat2 lain, tiupkan pada air dan minum. Dan alhamdulillaah kami akan sihat. Inilah Ruqyah utk diri sendiri. 


Tapi kalau belum sihat juga, kami lakukan ikhtiar yang ketiga.Iaitu bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan, & dijadikan jalan penyembuh sakit kami. In syaa Allah akan sembuh.


Kalau tidak sembuh juga, kami akan tempuh ikhtiar yang keempat. Iaitu banyak-2 istighfar, untuk bertaubat. Sebab, Nabi صل الله عليه وسلم beritahu kami, bahawa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa-2.

Kalau belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar yang kelimaIaitu minum madu dan habbatussauda '.


Ikhtiar yang keenam iaitu dengan mengambil makanan herba, seperti bawang putih, buah tin, zaitun, kurma, dan lain-lain, seperti disebut dalam Al-Quran.Dan, Alhamdulillah. Laa hawlaa wa laa quwwataa illaa billaah. 

Jika belum sembuh, baru kami ikhtiar ketujuh iaitu pergi ke doktor muslim yg soleh. In syaa Allah akan diberi kesembuhan dari Allah SWT. Aamiin ..

Wallaahu a'lam ..

Kalau di Negara Berkembang, ketika kita sakit:
1. Googling di internet gejala sakit apa ya kira-2.
2. Beli ubat di farmasi, bila sakit berterusan
3. Datang ke doktor dan minta ubat. Kalau belum sembuh juga,
4. Pindah ke doktor lain, doktor itu tak sesuai, belum sembuh lagi,
5. Cari maklumat teman-teman, ubat herba atau rawatan alternatif, bila makin parah.
6. Berunding dnegan ustaz-2 meminta amalan-amalan apa yang harus dilakukan untuk menyembuhkan sakit.

☝ Kemudiannya, baru bertaubat kepada Allah atas segala dosa dan khilaf dan berdoa kepada Allah memohon kesembuhan.


Doa sakit yang diajarkan Rasulullah:
.
اَللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ البَاسَ، اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah sakit ini, sembuhkanlah, Engkaulah As-Syafi (Sang Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. (HR. Bukhari 5675 dan Muslim 2191).



Kesimpulan yang dapat Yaya katakan , Jom kita sama-2 berubah dalam mencari kesembuhan pada kesakitan yang kita alami. Letakkan sandaran kepada Allah s.w.t, in sha Allah , akan dipermudahkan segala urusan . Amiin . Tapi , kalau dah penyakit kronik yang perlukan rawatan segera di hospital , cepat-2 pergi hospital . =) 

2 comments:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥