Thursday, 10 September 2015

Community Service Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bangi

syafi khizar | 09:08 | 4Comments |
Bismillah .


Assalamualaikum ...


Kalau dalam entry sebelum ni , Yaya ada mention pasal MBR MSU kan ? Yaya cakap Yaya pergi mana ye ? Tepat sekali . Yaya pergi Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bangi . Ada apa kat sana ? Nak tahu ? Ok , Yaya akan mulakan kelas Sejarah sekarang .


Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bangi ni merupakan rumah yang didiami oleh anak-2 yatim lelaki sahaja . Diulangi , hanya lelaki sahaja , mana pergi perempuannya ? Bagi anak-2 yatim perempuan , mereka ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Temerloh , Pahang . Rumah Anak Yatim Darul Izzah didiami oleh 19 orang kanak-2 lelaki berumur di antara 10 -17 tahun . The end of our history class . :D


Kami bergerak dari MSU pada pukul 9 pagi , konvoi 9 buah kereta , Yaya naik kereta dengan budak-2 final year PR , Seriously , Yaya tak kenal siapa-2 pun masa tu . Yaya pakat gamble je la , alhamdulillah , semuanya baik-2 , Pemandu dia Aid dan co-pilot Erry , Yups , lelaki , dua laki 3 perempuan dalam kereta serba merah tu . Mula-2 rasa macam awkward juga la , lama-2 , dapat sesuaikan diri . Sampai di Darul Izzah lebih kurang pukul 10.30 am macam tu .


Dah siap greeting , berkenal-kenalan dengan semua , kami pun mulakan aktiviti yang kami sediakan . Terdapat tiga jenis aktiviti yang berbeza .


1. BummerRun
Dalam aktiviti ni , setiap orang dikehendaki lari , sentuh penanda dan berpatah balik , setiap kali jumpa penanda , kita kena sentuh dan berpatah balik , tak boleh lari straight je .Ada 5 penanda semua sekali , mencabar ketahanan fizikal sungguh .


2. EggDrop
Setiap kumpulan diberikan kertas mahjung , straw dan sebiji telur . Setiap kumpulan perlu menggunakan pemikiran secara luar kotak untuk menjadikan telur tu tidak pecah apabila dibaling dari ketinggian 3 meter . Tak boleh balut dengan kertas mahjung , kertas mahjung sekadar alas untuk telur tu dibaling nanti . Maksudnya , by hook or by crook , kita kena guna straw sahaja . Kumpulan Yaya paling dahsyat , telur tu melantun hampir 5 kali dan tak pecah-2 , kumpulan lain tak pecah juga , cuma tak melantun .


3. Nature Hunt
Dekat belakang Rumah Darul Izzah tu ada sedikit laman , sepatutnya , game tu kena main sorok barang , tapi disebabkan kekurangan tempat untuk sorok-2 barang , kami tukar sedikit permainan ni . Setiap kumpulan dikehendaki melukis penambah baik kan untuk memajukan kawasan laman tersebut . Amazed gila Yaya dengan pemikiran anak-2 yatim ni , macam-2 kreativiti yang mereka tonjolkan dan mereka tak segan pun untuk buat presentation .


Makan-2 , nasihat-2 dan kami balik dengan riang gembira . Misi diselesaikan . Alhamdulillah . Pengalaman yang sungguh berharga buat Yaya . Yaya harap , Yaya dapat sertai community service macam ini lagi .

4 comments:

  1. Salam khamis...
    Singgah pagi melawat kawasan :)

    ReplyDelete
  2. Mesti best sangat2 buat aktiviti outdoor camtu kan? Dapat fikir lain dari yg lain. Terutamanya yg aktiviti nombor 2 tu. Lain dari yg lain :)

    ReplyDelete
  3. jom join GA ni...rm200 menanti anda!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥