Monday, 3 August 2015

Tips Sebagai Pelajar

syafi khizar | 09:07 | 0Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..


Scroll Incik Effbiii semalam , terjumpa satu post ni..  Dia bagi tips untuk pelajar , tapi bagi Yaya , sebenarnya , tips yang perlu diamalkan oleh seorang Muslim . :) Sumber sepenuhnya dari Facebook (Tak dapat nak link kan , sebab Yaya lupa copy URL tuan punya Facebook , mata ajak bergusti dah semalam)


  1. Mandi waktu pagi antara pukul 1am - 6am. Pada waktu ini,sangat bagus mandi,kerana ia akan mengurangkan lemak dlm badan.
  2. Jika bangun pukul 4am dan ke atas,jangan lagi tidur selepas itu,kerana jika tidur semula,akan melemahkan badan.
  3. Sarapan antara pukul 7am - 7:30am. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.
  4. Datang ke kelas seelok-eloknya 10 minit awal atau lebih awal,kerana ia adalah adab, dan mungkin keberkatan di situ.
  5. Makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam,tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.
  6. Lakukan aktiviti fizikal selepas asar,kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi,gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.
  7. Mandi malam lebih kurang antara pukul 6pm - 6:30pm.jangan beriadah terlalu lama,kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.
  8. Luangkan masa maghrib-isya` kepada Allah,kerana waktu ini adalah waktu menenangkan minda dengan terapi.
  9. Mula study lepas isya`. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.
  10. Tidur awal,lebih kurang pukul 11pm atau 11:30pm. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.
  11. Jangan lupa bertahajud dan qiamullail,kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

Ok , itu sahaja :) Semoga bermanfaat ^_^ 



No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥