Thursday, 9 July 2015

Tips Score 4.0 Every Semester

syafi khizar | 19:59 | 10Comments |

Bismillah..

Assalamualaikum..



Kiriman Md Azree dalam Facebook beliau.. Yaya kongsikan dalam entry hari ni sebagai panduan masa akan datang..



Minggu lepas ada beberapa pelajar dari UiTM, USM dan Politeknik ada email dan PM saya dan bertanyakan tentang kaedah saya belajar dulu dan meminta saya kongsi tips pembelajaran. Jadi memandangkan Semester I 2015/16 akan bermula pada bulan September nanti, saya berasa terpanggil untuk berkongsi kaedah saya belajar semasa memegang "title" pelajar USM dari tahun 1999-2005 (matrikulasi, degree dan master). Apa yang saya kongsi lillahitaala ikhlas dari saya. Berikut adalah 10 kaedah saya belajar:


1. Kehadiran ke kelas

Saya tidak pernah ponteng kuliah walaupun sekali dan saya tidak pernah lewat datang ke kuliah. Biasanya saya akan sampai 20 minit awal untuk kebanyakan kuliah saya dan akan duduk depan sekali iaitu berhadapan dengan meja pensyarah memberi kuliah. Sebab saya datang awal adalah supaya saya betul-betul dalam keadaan bersedia untuk menerima input dari pensyarah. Sebab saya duduk paling depan, adalah ia adalah lokasi terbaik untuk saya absorb paling banyak input dari pensyarah. Ia sama sahaja dengan konsep gelombang/getaran. Bila pensyarah bercakap, jika saya paling depan, maka gelombang/getaran yang sampai ke otak saya paling cepat dan paling kuat berbanding dengan rakan saya yang duduk di barisan paling belakang dalam bilik kuliah. Apabila getaran/gelombang suara paling kuat dan paling cepat sampai, ia biasanya akan meresap masuk ke benak fikiran anda dan anda akan cepat ingat dan agak sukar untuk lupa (walaupun kuliah berjalan 3 jam)

2. Buku nota 

Walaupun pensyarah sekarang kebanyakkannya akan bagi slides kuliah kepada pelajar, jangan ambil mudah. Sediakan buku nota untuk mencatit point-point yang pensyarah bagi yang tiada dalam slides. Kadangkala pensyarah tidak memasukkan semua di dalam slides tetapi mereka akan kongsi maklumat atau informasi tambahan semasa memberi kuliah. Maklumat tambahan ini sangat penting dan banyak akan membantu anda memahami sesuatu perkara dengan lebih menyeluruh dan insyaALLAH ia juga akan membantu anda semasa peperiksaan akhir

3. Soalan Past Year

Jangan tunggu minggu ke-14 atau pada minggu ulangkaji untuk mencari soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Jangan tunggu minggu ulangkaji baru nak kalut buat past years question. Saya biasanya akan mengumpul soalan peperiksaan past years semasa cuti semester jadi semasa masuk semester baru saya sudah ada complete soalan peperiksaan past years selama 5 tahun terkebelakang. Jadi soalan peperiksaan ini akan failkan sebaik mungkin dan rujuk setiap minggu. Katakan pada minggu kedua seorang pensyarah memberi kuliah berkenaan "Fire prevention system and risk management", balik dari kuliah terus buka soalan past years dan tengok sepanjang 5 tahun ada atau tidak soalan berkenaan topik tersebut. Jika ada extract soalan tersebut dan tulis jawapan bagi soalan tersebut dan failkan elok-elok. But perkara yang sama sepanjang satu semester. Sebab tu saya selalu beritahu pelajar saya yang saya tidak pernah study untuk exam. Ketika study week, saya hanya berehat dan buat sedikit pembacaan tambahan sahaja.

4. Fokus dalam Kuliah

Bila masuk ke kuliah, jangan toleh kiri dan jangan toleh kanan. Hormat pensyarah yang bagi kuliah di hadapan dan beri sepenuh perhatian. Jangan main handphone dan jangan bercakap dengan kawan. Fokus sangat penting untuk anda absorb sebanyak input dari pensyarah. Sebaik-baiknnya duduk di barisan paling depan. Cuba duduk barisan paling depan, saya yakin pensyarah pun sayang dan pensyarah tidak akan tanya apa-apa soalan di dalam kelas (so anda terselamat)

5. Carry Marks 

Semasa saya belajar dulu, saya tidak pernah mendapat A- dan ke bawah untuk ke semua assignments dari Sem I hingga Sem 6. Ke semua assignments saya dapat A. Markah assignment @ kerja kursus ini sangat penting dan banyak mempengaruhi markah akhir (kerja kursus menyumbang 40% daripada 100% markah akhir). Bila buat assignment, bagi extra effort dan jangan take for granted. Baca keperluan kerja kursus (briefing) sebaik mungkin supaya segala point yang dikehendaki diambilkira semasa penyediaan kerja kursus. Jangan jadi "passenger" semasa group work. Libatkan diri sama-sama sahabat lain dalam menyediakan output kerja kursus yang baik.

6. Revision

Sehari memadai anda ulangkali selama 1 jam ke 2 jam tetapi secara konsisten. Jangan sekali-kali miss ulangkaji harian. Satu hari biasanya ada satu atau dua kuliah sahaja. Memadai anda spent setengah jam untuk baca nota kuliah on daily basis. Jangan hanya jadi "ulat buku". Tak perlu "study hard" tetapi "study smart"

7. Riadah 

Libatkan diri dalam apa-apa sukan yang anda minat untuk meransang minda yang letih selepas seharian berkuliah. Semasa saya jadi pelajar, saya tak pernah miss bermain bola, badminton, ping pong (but not squash or tennis sebab tak reti main). Saya akan pastikan saya terlibat dengan sukan ini hari-hari dari 5pm-6.30pm. Kegiatan sukan ini akan buatkan kita lebih bersemangat dan meransang pemikiran kita secara holistik

8. Solat

Jangan tidak solat dan jangan ambil mudah soal solat. Tidak guna kita pandai dan sehebat manapun tapi tidak melaksanakan asas agama. Kita jaga solat insyaALLAH akan akan permudahkan urusan kita belajar.

9. Minta Restu & Minta Maaf

Biasanya pada minggu terakhir kuliah, saya akan berjumpa dengan semua pensyarah yang mengajar saya dan memohon mereka halalkan ilmu yang mereka bagi dan ucapkan terima kasih dengan apa yang mereka curahkan. Saya juga akan memohon mereka berdoa untuk saya berjaya dalam peperiksaan akhir. Ini adalah perkara paling kecil yang 99% pelajar tak pernah buat. Cuba buat apa yang saya cakp ni dan lihatlah hasilnya nanti

10. Ilmu, Iman, Amal

Jangan kedekut ilmu, jangan kedekut nota dan jangan iri hati. Jika ada nota tambahan, kongsilah dengan sahabat. Jika ada sahabat tidak faham tentang sesuatu perkara, ajarlah mereka. InsyaALLAH Allah akan permudahkan semua urusan anda jika anda bukan dalam golongangan kedekut ilmu


P/s : Semoga kita sama-2 cemerlang dunia dan akhirat.. Ameen.. :)

10 comments:

  1. Good job, nice entry :) Boleh jadik panduan untuk student, and part buat revision tuh paling penting skali and buat nota, rajin buat revision and nota insyaAllah result mesti gempak :)

    ReplyDelete
  2. Apa pun hubungan dengan Allah mesti jaga..baru mudah ilmu yang kita dapat tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups.. Betul tu.. Tunaikan hak Allah, kejayaan menanti di hadapan

      Delete
  3. Good sharing, boleh dijadikan panduan ni untuk dapatkan pointer 4.0 next sem. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. Nice sharing & all d best......;-)

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥