Wednesday, 29 July 2015

Tips Kecantikan Sebelum Masuk Tidur

syafi khizar | 16:50 | 3Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..


Idea tetiba datang malam tadi sebelum masuk tidur.. Aiceh.. Nak bagi tips kecantikan konon.. :P Sebelum masuk tidur , semua orang mesti tak sabar-2 nak panjat atas katil || Termasuk Yaya || , Kadang-2 rasa malas gila nak cuci mencuci muka semua ni.. Bila dapat katil tu , Ya Allah , nikmat dia .. Hanya Tuhan yang tahu..


Hokey la semua , kalau nak cantiksss dari muda sampai tua , kena pandai jaga diri.. Jangan malas melampau sangat... Dalam entry kali ni, Yaya kongsikan beberapa tips yang Yaya biasa amalkan dan gunakan an nikmat bai menjaga kebersihan diri , kecantikanss kulit || Ya.. Ya.. Iolsss tahu , muka iolsss takde la cantiksss macam muka Nora Danish , but cantik what ! Allah jadikan :D Natural beuty bebeh =P || Semua orang cantik apa.. Jangan nak rendah diri sangat la kan.. Bersyukur apa yang ada. =)


1. Berus gigi

Kawan-2 sekalian , sebelum masuk tidur, jangan lupa berus gigi untuk elakkan gigi daripada berlubang (karies gigi) a.k.a kaviti ibu..... Menurut kajian.. Aicehhh ! Kaviti gigi dapat dielakkan sekiranya kita gosok gigi 2 kali sehari atau setiap kali selepas makan.. Impak kaviti gigi yang terlampau ekstrem dalam mulut boleh buat gigi kita berlubang selain daripada gigi penuh bakteria dan jalan akhir, gigi yang penuh dengan kaviti dan karies tu kena cabut.. Bila dah gosok gigi , barulah senang hati... :)


2. Membasuh muka

Sebelum masuk tidur , WAJIB basuh muka , malas nak cuci dengan pencuci muka pun takpe , just basuh dengan air sejuk @ suam supaya hilang segala kotoran dan liang-2 pori kat muka terbuka.. Bia muka dah bersih , minyak takkan ada kat muka dan Incik Jerawat pun tak berani nak mengorat.. Kelebihan lain bila basuh muka ni, kita akan berasa lebih segar , selesa dan dapat tidur dengan penuh yakin.. Tidur pun kena yakin tau.. :P Honestly , Yaya memang tak guna pencuci muka , sebab kulit muka akan cepat je kena mengorat.. Sebab tu lebih selesa cuci dengan air sejuk je :D


3. Ambil wudhu'

Macam biasalah kan , sebagai seorang Muslim , wudhu bukan kita gunakan untuk solat je , tapi untuk macam-2 .. :) Bila dah ambil wudhu', in shaa Allah , diri kita terpelihara dari segala macam anasir-2 jahat zahir dan batin...


4. Sapukan krim malam untuk muka 

Yaya gantikan krim malam muka dengan Bio-Oil.. Kenapa? Sebab kulit Yaya sebati dengan Bio-Oil.. Kalau guna krim-2 muka , pencuci muka mesti kulit makin teruk.. Yaya gunakan Bio-Oil ni untuk kekalkan kelembapan kulit dan elakkan kulit daripada berjerawat.. Selain tu, Bio-Oil berjaya bersihkan dan bagi keyakinan pada Yaya bila bangun pagi.. Bangun pagi takdelah nampak muka macam pocong sangat.. Bangun pagi muka kekal lembap macam biasa.. :)


5. Sapukan lotion pada seluruh badan

Setakat ni, Yaya gunakan Vaseline .. Kenapa kena sapu lotion? Untuk bagi kecantikan kulit.. Untuk elakkan kulit daripada terlalu kering.. Untuk kekalkan kelembapan kulit..Cuaca sekarang yang panas terik dan lembap kadang-2 boleh merosakkan kulit kita.. Untuk cegah daripada kulit kita rosak, kita boleh sapukan lotion untuk kekalkan kelembapan.. Ingat ! Kulit ni kita nak guna sampai tua, bukan masa muda je..


6. Minum air masak

Ada kajian cakap tak elok minum air masak sebelum tidur , ada kajian sarankan minum air masak sebelum tidur.. Mana yang betul wallahualam.. Yaya amalkan minum air masak sebelum tidur sebab Tok Yaya cakap dapat elakkan badan daripada kekurangan air di samping dapat menjaga kulit muka dan badan.. Petua orang-2 tua selalunya betul, sebab tu Yaya ikut je.. :D




3 comments:

  1. Semua ni tips yg bagus sekali..mmg wajib buat semua ni kalau nk cantik..hihihi..

    ReplyDelete
  2. Hye Yaya, btw nak cakap kalau krim malam tue sangat sangattt ;la wajib untuk pakai. Dia macam nak help skin utk rest jugak

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥