Monday, 22 June 2015

Tips Excel dalam AddMath

syafi khizar | 14:15 | 4Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

AddMath? Kacang gorengss jahhh.. Pening kepala?

"Kak Yaya !  Tolong saya. AddMath susah la.."

"Akak ! Saya fail AddMath"

"Akak !  Saya benci AddMath"

Hai adik-2  sekalian, take it easy meh.. Jangan la mudah down bila fail. Alaa, AddMath je pun. :P Chill, Rileks ahh.. Kamu boleh skor AddMath kalau kamu tahu formulanya, faham isi kandungannya, buat kerjanya bukan meniru. \\Eh ! Tersentap pula// Okay ! Yaya akan kongsikan beberapa tips untuk skor well dalam AddMath ni. Bukan susah pun, senang jah. Yang penting ada kemahuan dan rajin.
  • Rajin buat Latihan
    Sekurang-kurangnya, setiap hari, kamu mesti siapkan satu soalan AddMath. DIULANG ! SEKURANG-KURANGNYA. Tapi, kalau Yaya, Yaya target satu muka surat. Kalau tak faham, untuk 3 kali yang pertama, buat latihan sambil rujuk nota/buku rujukan @ jawapan belakang. Jangan copy paste tapi tak paham satu habukss pun.
  • Buat Latihan sebelum Revise Subjek Lain
    Macam mana tu? Tips dia, AddMath tak perlukan hari yang khusus untuk study, cukup sekadar buat latihan satu soalan sebelum ulangkaji subjek lain. Contoh, target kamu hari ni nak study Biology, sebelum mulakan study Biology, kamu pilih satu soalan, dan jawab sampai siap. Kalau dah siap, baru study Biology.
  • Buat Latihan Soalan Sama Berulang Kali
    Kalau Yaya, setiap minggu, Yaya akan test diri untuk jawab soalan yang sama. Kan Yaya mention kat atas, buat sebanyak 3 kali dengan merujuk nota dll.. Untuk kali keempat, jangan rujuk nota atau apa-2 bahan untuk dijadikan rujukan, Cabar diri untuk uji kefahaman mengenai soalan dan topik tersebut.
  • Buat Latihan Soalan Past Year
    Jujur Yaya cakap, Yaya cuma buat soalan past year berulang kali. Tambahan latihan Yaya soalan past year SBP. Yaya cuma ada satu buku latihan AddMath. Buku tu da siap dengan solution dan soalan yang pelbagai. In sha Allah, kalau rajin belek buku tu ditambah dengan soalan past year, AddMath memang A+++ la. :D
  • Tanya Guru
    Sekurang-kurangnya, setiap hari, kamu pergi berjumpa guru untuk tanya soalan yang tak faham. Atau suruh cikgu tu terangkan, kenapa jawapan macam gitu, gini, Ada cara yang lebih mudah untuk selesaikan tak.
  • Ajar Kawan
    Tips terakhir, Yaya selalu ajar kawan, tak kisah la dia tanya ke, tak tanya ke, Yaya buat muka kering je ajar diorang. Diorang tak faham, Yaya tak faham, sama-2 tanya cikgu. 
That's all. Thank you :D

4 comments:

  1. hahah... malangnya i hate add math so much. huhuhu masuk matriks kena hadap lagi math ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. Maths sentiasa menghantui mereka yang kurang minat. Good luck !

      Delete
  2. Replies
    1. Same ! Rugikan siapa yang tak minat.. uhuks..

      Delete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥