Thursday, 25 June 2015

Tips Dapatkan CPUV Nuffnang

syafi khizar | 15:58 | 3Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Terpanggil untuk buat entry mengenai tips dapatkan CPUV Incik Nuffnang.. Apa CPUV ni? Dia adalah iklan Nuffnang yang biasa cuma dikategorikan dalam Cost Per Unique Visitor. Maksudnya, setiap unik visit kita boleh dapatkan fulus.. Kalau pengunjung yang rajin klik iklan CPUV kita ni. Extra fulus akan diberikan.

Yaya tahu dan memahami sangat ! CPUV memang susah nak dapat. Tapi kalau kita tahu tricks & tips, in shaa Allah mudah.. Melainkan kamu tu blogger famous. Haihh.. Takyah cakap la, memang senang.. Untuk orang-2 biasa macam kita ni, sedikit tricks & tips diperlukan :D Apelaaa yang iolllssss merepek ni.. Okay la, kita teruskan kepada tips & tricks dapatkan CPUV Nuffnang :D

1. Rajin hantar tiket kepada Nuffnang :
Apa pula tiket ni? Tiket ni macam tempat untuk kita buat enquiry, tanyakan soalan kepada Nuffnang.. Rajin-2 kan lah hantar kemudian letakkan pada HIGH PRIORITY.. Rajin macam mana tu? Maksud rajin kat sini, sekali seminggu pun da okay. Asalkan hantar tiket, biar pihak nuffnang nampak kesungguhan. Aicehh!  Nanti pihak Nuffnang akan hantar emel & bacalah jawapan kepada soalan kita tu.. Masalah pula, soalan apa nak ditanya? Taram dan hentam sajalah.. Tanyalah cara nak dapatkan CPUV, Siapa yang berkuasa bagi CPUV, CPUV tu penting ke? Hentam sajalah.. Asalkan matlamat kita untuk hantar tiket. Cara nak hantar tiket, tekan pada contact us --> Submit Ticket

2. Rajin update survey Nuffnang :
Haa ! Jangan risau, ramai juga sebenarnya tak tau survey Nuffnang tu & tak pernah update pun.. Kat mana nak update survey tu? Pergi dekat Profile Setting --> Blogger Bio.. Harap-2 faham.. Kenapa penting update survey? Penting untuk pihak Nuffnang tahu akan kewujudan blog kamu. 2-3 minggu sekali hapdate la.. :D

3. Rajin Blogwalking :
Blogwalking pun memainkan peranan yang sangat penting. Sebab, pihak Nuffnang akan lihat berapa banyak visitor yang datang ke blog kita. Prioriti diberikan kepada blog yang hari-2 jumlah pengunjung 1k++.. Tapi jangan risau, kalau kamu mampu kekalkan jumlah visitor 100++ setiap hari, tak mustahil kamu akan dapat CPUV.

4. Rajin Klik-2 Nuffnang Blogger lain :
Okay, yang ni Yaya rasa mainkan peranan yang penting juga. Sebab, Setiap kali kita visit dan klik Nuff blogger lain, nama kita tersenarai sebagai "Blogger Recently Visit Your Blog".. Dalam erti kata lain, pihak Nuffnang tahu keaktifan kita dalam dunia blogger dan nuffnang ni.. Untuk itu, sedikit sebanyak dapat tingkatkan prioriti untuk blog kita tersenarai penerima CPUV Nuffnang.

5. Update Blog :
Ahaa  ! Last but not least, mengenai hapdate blog. Tak berapa penting sangat sebenarnya. Tapi.. Penting la juga.. Bila kita selalu update blog, pihak nuffnang akan tahu blog kita aktif atau tidak. Kalau aktif, mudahlah mereka nak bagi iklan, takdelah sia-2...

6. Kedudukan Iklan Nuffnang dalam Blog :
EH ! Ni yang terakhir. Baiklah T_T Kedudukan iklan Nuffnang dalam blog sangat penting sebenarnya. Sebab... Bila iklan berada pada kedudukan yang terbaik, maka, mudahlah untuk orang lihat apa-2 promosi terkini.. Jangan nak sorok sangat iklan Nuffnang tu.. Kalau sorok iklan Nuffnang, maka pihak Nuffnang pun akan malu-2 la untuk berikan CPUV kepada ahlinya ..

Semoga bermanfaat ^_^

3 comments:

  1. dulu pernah buat. tapi sekarang ni dah remove. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mihmihmih.. Sama la.. Pernah buat dan pernah remove.. Untung Nuffnang :D

      Delete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥