Monday, 8 June 2015

Review : Nur Laman Bestari Ulu Yam, Selangor

syafi khizar | 21:58 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Nur Laman Bestari merupakan salah satu Eco resort yang wajib pergi.. Tak rugi ! Best ! Menarik.

Dekat Nur Laman Bestari ni, macam-2 aktiviti disediakan.. Antaranya..


Di samping itu, nama pun resort kan? Mesti la boleh menginap di Nur Laman Bestari ni.. Bilik penginapan ada bermacam-2 jenis, rumah VIP, blok asrama, chalet atas air, etc..

Selain dari itu, kat sini ada sungai dan kolam untuk mandi.. Air sungainya sejuk ...

Kebiasaanya juga, ada sesetengah sekolah akan menjadikan Nur Laman Bestari sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti perkhemahan bersepadu atau kem kepimpinan..

Kedudukan ur Laman Bestari yang jauh dari hiruk pikuk bandar mewujudkan suasana yang sungguh mendamaikan untuk menghilangkan stress, untuk bersendirian dan bermacam-macam lagi..

Oh ya ! Nur Lembah Bestari ni juga dikenali sebagai Nur Lembah Pangsun. Bagi sesiapa yang menonton program TV Pelamin Fantasia Astro Ria, Episod Suku akhir kalau tak silap Yaya, peserta dikehendaki pergi ke Nur Lembah Pangsun . Haa.. kat sini lah Nur Lembah Pangsun tu.. Terletak di Ulu Yam Selangor..

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web http://www.nurecoresort.com/











P/s : Kalau berhajat datang ke sini, sila bawa bekalan makanan dan minuman yang extra banyak.. Tiada kedai di situ.. 

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥