Monday, 1 June 2015

Review : Bio Oil, Nature Republic Aloe Vera & Al Shifa Natural Honey

syafi khizar | 00:50 | 2Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

This is totally a review session.. I loiike..

Okay, Currently, Yaya used these 3 'things' to treat my skin & face. Alhamdulillah, everything's run baby run smoothly..

Bio Oil :

Produk ni memang tak asing lagi dalam masyarakat marhean Malaysia kini. Hamboii, ayat, macam nak buat karangan kau.. Bio Oil memang mengambil masa sedikit untuk lihat hasilnya. Namun, hasilnya begitu memuaskan hati yang duka lara ini.. Kegunaan Bio Oil adalah untuk

  • Menghilangkan kesan-2 parut
  • Menyatukan balik tona muka yang tidak sekata
  • Mengembalikan keserian wajah dan kulit kusam
  • Mengelakkan kulit daripada kering
  • Mengekalkan kelembapan kulit
Yaya gunakan Bio Oil dua kali sehari (pagi dan malam) dan kesan yang sebenarnya jelas kelihatan selepas 3 bulan menggunakannya. Haaa.. Jangan main tipu, mesti guna hari-2, barulah nampak perbezaannya. Walaupun nama dia Bio OIL.. Bila digunakan, kulit kita tak rasa seperti minyak masak.. Akan rasa segar, lembut dan paling penting, selesa. Bio Oil boleh didapatkan di Watson, Guardian,etc.. Harga sebotol dalam RM30++ If I wasn't mistaken. Lupa suda.. Ada pelbagai saiz. Untuk permulaan, beli yang kecil-kecil dulu..

Nature Republic Aloe Vera :

Sejenis Aloe Vera yang ada di pasaran. Sebenarnya, Yaya tak tahu Nature Republic Aloe Vera ni jual kat mana, penaja Yaya, ohhhooo... Of course my sis. Harga dia +- lebih kurang RM 20++ atau boleh mencapai sehingga RM50++. Tengok pada diskaun (kalau ada). Mahal? Nak cantikss mesti kena mahalkan. Uhukss..  Falsafah merepekss.. Kelebihan Nature Republic Aloe Vera adalah...
  • Murah
  • Sebagai pelembap muka
  • Boleh mengembalikan seri wajah
  • Dapat menghilangkan 'sunburn' atau kulit terbakar
  • Berasaskan bahan organik
  • Multipurpose.. Can use it neither for your face nor hair
Untuk pengetahuan, Yaya apply aloe vera ni pada waktu pagi dan malam.. Pagi lepas mandi dan malam sebelum tidur.

Al Shifa Natural Honey :

Haa.. Madu. Okay! Ni madu asli punya.. Yaya just apply pada muka lepas bangun tidur dan lepas isyak.. Kegunaan madu banyak. Yaya guna untuk serikan wajah dan hilangkan Incik Pimpless.. Alhamdulillah, berkesan! Selain itu, boleh digunakan untuk makan.. Yummy! Aromalicious..


FYI, Yaya seorang gadis yang simple sangat! Bukanlah, Yaya sebenarnya tak pernah ada produk-2 kecantikan yang spesifik dan segala make up.. -,- Kulit sensetip.. Makin guna bukan makin hilang, makin bertambah. So, kita guna cara natural gitu.. Bedak pun Yaya jarang guna, perfume lagi la.. Hidung sensetip! Tak boleh kena bahan alkohol, mesti tumbang. Agak-2 kesihatan ok, Yaya gunalah. Mostly, banyak barang baby yang Yaya gunakan.. Walau apa pun, penjagaan cara Islam lebih berkesan yakni dengan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu. In shaa Allah, sama-2 mencuba. Selamat mencuba!

P/s :
Bahan-2 di atas sahaja yang Yaya gunakan untuk kecantikansss dan kecomelansss muka ni. Kalau muka nampak berserabutss sikit, tandanya, Yaya tak guna mereka 2-3 hari macam tu. Manusia kan, kadang-2 rajin kadang-2 malas. Selagi diapit oleh syaitonirajimm... Selagi tu lah malas dalam diri..

Btw, mulakan dengan basmallah dan selawat, in shaa Allah, semua akan menjadi..

2 comments:

  1. Nak cuba jugak lah bio oil tu . Mana tau berkesan jugak untuk parut di muka ni T-T . Btw nice share :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, silalah guna.. ^_^, menjadi in shaa Allah

      Delete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥