Tuesday, 9 June 2015

Pendaftaran MUET Sesi November 2015

syafi khizar | 12:35 | 0Comments |


Bismillah..
Assalamualaikum..
Untuk mereka yang bakal mengambil MUET sesi November 2015 ini, Yaya ada sediakan sedikit panduan.. 

P/s : Info dari FB Pusat Asasi UiTM.. Kalau tak faham, boleh tanya Yaya..

Malaysian University English Test (MUET) adalah salah satu SYARAT WAJIB untuk permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi di Malaysia.
SEMUA PELAJAR ASASI hendaklah mendaftar sebagai calon persendirian bagi SESI NOVEMBER dan pusat ujian yang dipilih hendaklah berdekatan dengan kawasan tempat tinggal masing-masing. 

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi ujian MUET:
SESI NOVEMBER

Tarikh Pendaftaran Dibuka
5 Mei 2015

Tarikh Pendaftaran Ditutup
19 Jun 2015

Tarikh Ujian Speaking MUET
7, 8, 9, 10, 14 dan 15 September 2015

Tarikh Ujian Bertulis
7 November 2015

YURAN UJIAN MUET
PERKARA JUMLAH BAYARAN
Yuran Pendaftaran RM 40.00
Yuran Mata Pelajaran RM 60.00
Jumlah RM 100.00

Nota:
a) Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli No. Pin MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau perbankan internet.
b) BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.06 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.
c) Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Slip Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.
Pautan berkaitan :
1. Maklumat lanjut sila layari laman http://online.mpm.edu.my/
2. Download manual pendaftaran MUET bagi calon persendirian di link berikut http://online.mpm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=dd0407f0-d638-4194-9268-d224b265629c&groupId=10170
3.Arahan Dan Panduan Pendaftaran Calon MUET Tahun 2015 

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥