Thursday, 11 June 2015

Langkah untuk Berubah

syafi khizar | 20:11 | 2Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Hari ni Yaya akan kongsikan beberapa langkah untuk berubah.. Berubah dalam menuntut ilmu maksud Yaya.. Aiceh.. Jet-2 pakar motibasivasi.. Jom ! Mulakan..

Sumpahku untuk berubah demi menuntut ilmu..

  1. IKHLAS :
    Aku ingin berubah tanpa dipaksa-2.. Untuk peringkat awal, yap ! Memang betul.. Bila kita nak berubah demi kebaikan, tak boleh orang paksa-2, nanti tak ada kemanisan dalam menuntut ilmu tu.. Niat pun nanti da jadi lain..

  2. TAQWA :
    Aku ingin berbah kerana Allah s.w.t sukakan orang yang berubah demi kebaikan. Perubahan aku kerana perintah Allah s.w.t..

  3. MELETAKKAN MATLAMAT :
    Aku berubah untuk mencapai cita-citaku. Aku berubah untuk membalas jasa kedua ibubapaku, guru-guruku dan ahli keluargaku..

  4. BERAMAL DENGAN ILMU YANG DIPELAJARI :
    Ilmu yang aku pelajari ini, akanku gunakan untuk kebaikan keluargaku, tempat kerjaku, perniagaanku, negaraku, dunia dan akhiratku.. Penting ! Sangat penting !  Bila da belajar, amalkan.. Macam mana nak amalkan? Ajar orang lain bila dapat sesuatu ilmu.. barulah kita ingat nanti..

  5. MENGHORMATI GURU DAN MENUNJUKKAN MINAT TERHADAP PELAJARAN :
    Aku hormati guruku. Dia yang telah mengajarku. Jika dia tidak menghalalkan ilmu yang diajarnya itu, maka sia-sialah usahaku selama ini.. Dalam point ni, Yaya suka sangat, setiap kali habis kelas, personally, ucap terima kasih dan salam cikgu tu.. Kalau tak sempat ucap terima kasih & salam dalam kelas, Yaya akan berlari keluar untuk berbuat demikian.. Rasa macam lebih menghargai guru itu..

  6. MENTAATI IBUBAPA DALAM PERKARA-PERKARA KEBAIKAN :
    Aku berubah ini tanpa menderhaka kepada kedua ibubapaku. Mereka telah mendidikku, memberi makan dan pakai, memeliharaku sejak kecil dan memberikan apa yang aku minta. Aku mesti taat kepada mereka. 
Selamat beramal !

P/s : Doakan Yaya berjaya dunia akhirat.. Amiin..

2 comments:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥