Monday, 15 June 2015

Biskut Chocolate Chip Badam

syafi khizar | 09:53 | 2Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Biskut Chocolate Chip Badam menjadi pilihan untuk minuman petang semalam..

Bahan-bahan :
  • 200 gram butter
  • 300 gram self raising flour
  • 100 gm badam cincang
  • 100 gm gula halus
  • 150 gram chocolate chip
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan koko
  • 1 camca teh chocolate emulco
  • 1 camca teh vanilla

Cara-caranya :
  1. Krimkan butter, gula dan masukkan telur dan vanilla.
  2. Perlahankan mesin, masukkan tepung sedikit demi sedikit, koko dan chocolate emulco
  3. Masukkan chocolate chip dan badam cincang. Sebatikan.
  4. Sedukan ke dalam loyang, panaskan oven, bakar pada suhu 190°C dalam 15 minit.


P/s : Warna cookies bergantung kepada berapa banyak kamu letak chocolate emulco. Yaya terletak lebih..  Btw, rasa tetap sama "D

2 comments:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥