Saturday, 16 May 2015

Rewarding Saturday

syafi khizar | 23:11 | 3Comments |

Bismillah...

Assalamualaikum. (Eh, lupa kat atas da bagi salam)
\Waalaikumsalam w.b.t/

Biasanya kita akan guna Wordless Wednesday. Bagi satu noun, adjective, adverb, etc mengikut huruf hari tu. 

Kali ni, Yaya buat lain sikit. Sikit jahh.. Bagi perkataan guna huruf sebelum hari tu. Contoh. \Rewarding Saturday - R-S/ Unik sikit hokeeyyy.. :P Rasa tak unik tu, em.. shadaaapp.. ~_~

Junior-2 yang bakal melangkah ke dunia asasi Palam tanya Yaya..
Akak, Apa persediaan nak masuk Palam ni? Saya takut la
Jawapannya mudah sahaja dik..

Adik, Ingat ni!

1. Solat
Solat jangan lupa dik, Jangan ditinggalkan, Sebelum buat apa-2, solatlah dulu. Utamakan solat. Awak masuk alam universiti ni, ibu bapa duduk berjauhan, mereka tak tahu awak buat apa. Tolonglah jaga solat awak, adik-2 sekalian.

2. Solat sunat
Penting ke? Sangat penting. Solat Dhuha jangan tinggal, kunci pembuka rezeki terletak di Solat Dhuha. Yaya dulu, suka solat dekat surau fakulti, takut lambat. Sementara tunggu waktu solat Dhuha tu, boleh la baca-2 al-Quran tak pun menelaah lecture-2 notes tu sikit-2.
Solat hajat, taubat dan istikharah seboleh-bolehnya, buat juga, kalau sibuk sangat, pastikan hujung minggu mesti buat. Ok sayang?

3. Al-Mathurat
Ramai juga yang tak tahu al-mathurat ni apa, untuk pengetauan, al-Mathurat ni, himpunan ayat-2 al-Quran dan zikir-2. In sha Allah, amalkan setiap pagi & petang, hidup rasa mudah, tak rasa beban. in sha Allah.

4. Istighfar
Ya, kalau dah rasa takde kerja sangat nak buat tu, istighfar banyak-2, manusia sifatnya lalai. Sentiasa minta ampun dari Allah, supaya Dia sentiasa memudahkan urusan kehidupan kita.

5. Qiamulail
Ahaa.. Tips dari Yaya, okeylah, Yaya ada masa stay up dan ada masa tak stay up pun. Kalau boleh, kamu tidur awal dan bangunlah Qiamulail. Tidur pukul 11 pm dan bangun pukul 3.30 am. Solat Tahajjud dahulu, kemudian baru sambung study. ^_^

6. Call parents
Hari-2, kalau boleh, call parents. sebelum pergi atau selepas balik kelas. Minta restu dan minta didoakan agar dipermudahkan urusan. Okeylah, ataupun, seminggu sekali tu, mesti call parents, bercakaplah dengan mereka. Mungkin satu hari nanti, Allah takdirkan kita tak sempat cakap dengan mereka, jangan menyesal.

7. Jangan lalai dengan hiburan (Phone, Whatsapp, etc)
Bukan tak boleh untuk kamu berhiburan, boleh, tapi beragak la kan.. Kamu jangan menyesal di kemudian hari, kalaulah aku tak lalai. kalaulah aku tak tengok video ni.. kalaulah.. kalaulah... haihh..

8. Baca al-Quran
Sebelum @ sesudah kamu ulangkaji, bukalah al-Quran, baca, tadabbur dan hayatilah ayat serta maknanya. Satu potong ayat pun okay. Tanda kita bersyukur kepada Allah.  Sentiasa ucapkan alhamdulillah lepas ulangkaji dan beristighfar sekiranya kita tak faham sesuatu topik dan minta dibukakan pintu hidayah.

Okay. Ni la serba sedikit tips dari Yaya. :) Yaya bukan seorang yang alim, bertudung labuh, berpurdah. Yaya cuma seorang insan biasa yang terlalu lemah.. Sangat lemah dan sedang mencari diri Yaya kembali.. In sha Allah, sama-2 bantu agama Allah, nanti Allah akan bantu diri kita balik. Yaya taknak kamu menyesal di kemudian hari. Apa-2 pun, sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan hidayah kepada diri kita. In sha Allah. Amiin.

3 comments:

  1. Terima kasih share akak :)

    ReplyDelete
  2. Sharing yg sgt berilmu..terima kasih yer =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-2, in shaa Allah, sama-2 beramal

      Delete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥